Wednesday, December 26, 2012

Aku sukakan ini

Aku sukakan satu blog /penulis ni. Cara tulisan dia bersahaja tapi tersirat maknanya. Suka sangat baca blog dia. Terasa cam nak beli pula bukunya hehe... suka sangat. Jadi my Idol boleh tak?



Monday, December 24, 2012

Angry kitteh!


posing with angry cat
haha!
zuma, u so cute!!! 
just look at that eyes...
precious! 

hahahaha!!!


Friday, December 21, 2012

Taken

'Taken" kat tv9 semalam. 

Citenya pasal sorang bapak ni yang dah cerai dan bekas CIA kot rasanya . Anak dia kena culik sindiket perdagangan manusia-yang lacur-lacur perempuan tu r. time melancong entah ke mana entah (lupa). Then, dia carilah anak dia ni, sampai jumpa.
** nak tahu lebey, pegi wiki sendiri
 



Basicly, ini cerita action, banyak lawan-lawan, kejar mengejar.. 
Ok, my opinion,
citer ni awal-awal cam gempak , menarik untuk ditonton, especially babak masa anak dia nak kena culik tu, anak dia cakap ngan dia melalui telefon, dan dia dapat dengar apa yang berlaku tyme anak dia kena culik tu, so, kita yang tonton pun rasa cam cuak, nervous sume ler..
ngan ayat tak bleh blah...

:" I don;t know who u are, I dont know what u want
but if u dont let my daughter go, i will find you,
I will kill u/"

Fuu...~~ siap warning kat penculik tu. 

then teruslah scene-scene action yang aku rasa tak perlu kot aku cerita, tapi adrenalin naik r, tengok sume tu kan...

Tapi masalahnya, perkembangan cerita dia cam tak besh jer..
buatkan aku rsa cam.. tertanya-tanya then terus jadik cam tak besh..


contoh stu scene dia selamatkan sorang dak perempuan ni sebab dak perempuan ni ada jaket anak dia ( dak perempuan ni pun mangsa sindiket itu), [pass dah selamat dia bawak balik, soal skit2 then pass tu takde pulak antar pmpuan tu g polis ke..)*aku pun tak tahu apa stori pass tu..

Sama gak masa dia serbu satu tempat simpan girl2 yang diculik ni,belasah sume bagaikan kan.. kemudian dia check satu-satu, dia jumpa banyak remaja perempuan, then dia jumpa kawan anak perempuan dia yang time tu tengah khayal, cam nazak2 kene bagi dadahkan. dia check, then dia biarkan aje dak tu..
buatkan aku bengang jer!  
boleh lak dia biar camtu, aku bengang sebab dalam karekter dia nie,
die cuma nak carik anak dia jer.. otak dia anak dia jer!..
yang lain die buat bodo jer..
at least btau ler polis location tu ke... 
ni bleh lak biar camtu...

Sama gak, 
time dia soal siasat orang jahat ,
dia dera dorang cam kijam yang amat lah
sampai adik aku  yang tingkatan 1 tu, kata watak hero lagi jahat dan kejam dari watak orang jahat!
pass tu dia gi main game, sebab tak suke tengok hero camtu..
Sekali lagi aku cakap =, dalam citer nih.. 
hero cuma nak carik anak dia jer.. otak dia anak dia jer!..
yang lain die buat bodo jer..



Aku rasakan orang yang buat cerita ni nak masukkan banyak scene-scene lawan-lawan, dia lupa masukkan elemen kemanusiaan dalam citer ni.. 
seriously shit!

Anyway, sebabkan banyak babak-babak action
dari mula-mula rasa besh,
at the end, aku rasa jadik tak besh n ngantuk 
Letijh kot nak tengok diorang fight2
tak terikut kot mata aku tengok gerakan-gerakan pantas mereka itu..

So waktu ending,
aku sangat bersyukur sebab dapat tutup tv dan tido...


Rating : 5/10





Wednesday, December 12, 2012

Random Post

Feelin so sleepy.. suppose i should write a chapter for 'Berikan ku jawapan' e-novel, but end up feeling so tired and sleepy. Plus, my Mr zuma now 'buat tebiat'. He keeps meowing excessively during night time and when I let him out, he will pissed and berak at neighbour's house. Dammit! he really-really try to annoy me! Grrr....

Think back, after google ' how to stop excessive cat meowing' just now, one of the reason is because he is lonely, stress and have not enough attention. Yeah, now  i realised that i have not paying him attention lately. Well.. because of so tired, multitask at the office when i went home, i end up sleep early, so i'm not having enough time for him.. SOrry, my lOve zuma.. i'm such a bad owner..
biani!! m(_ _)m ~gomanisai!




Friday, December 7, 2012

Aiskrim Goreng

Sejak dah reti buat aiskrim goreng ni, rajin pula aku buat. Ni suma gara-gara pekena aiskrim goreng pasar malam kat opis, dah terus addicted.. dengan adik mok sekali addicted.

Tetiba Rajin pula die teman ayah aku pegi supermarket, then time-time tu juga dia sambar roti, sambar aiskrim sekotak.. (hamboi kau...)

Aku balik keje jer, dia dah sengih-sengih suh aku buat kan aiskrim goreng. Jadi sebagai kakak yang nak dicalonkan sebagai kakak mithali marvelous kebabomm oleh adik-adiknya, aku pun masuk ler dapur, buatkan 'desert' ini..

Inilah rupanya, bulat comey kan.. sukenye aku, klass ko nyah, letak atas pinggan coca -cola tuh... ngee~


Aku buat banyak-banyak kemudian letak dalam fridge a.k.a peti ais, then bila teringin jer, sambar goreng.. teringin jer, sambar goreng, teringin lagi, sambar dan goreng lagi.. hahahar- selamat ler ayah aku tak selalu ikutkan permintaan adik mok untuk beli aiskrim setiap kali gi kedai, kalau tidak mau jadik bulat-bulat suma orang kat rumah ni, disebabkan syik melantak aiskrim goreng.. 

Sangat rangup bila roti nya dipecahkan... rangupnye....


hokeyy.. sangat sedap, aiskrimnya yang sejuk, rotinya yang rangup...
emmm.....


Okey dah, cukup-cukuplah terliur yer...


P/S : Hari ni on the way ke ofis, nampak kete kenari lupa tutup tangki minyak ngah relaks gerak di highway.. dalam hati aku dok jerit-jerit " anyone, abang-abang motor, tolongler sound kan driver tu jap, geram aku tengok tangki minyak yang tak tutup tu!" 


It's Me, again.


Ok. 
Ini muka selenga
popoyo n syok sendiri
...
tapi pedulik hapa aku..
yang penting aku dah tak tembam dah lagi..
sudah kurus.
i'm walking on the right path to my goal

walalalalala...~ 

Thursday, November 22, 2012

Saya mau balik!

Saya mau balik. Dah tak tahan dah bertungkus lumus di opis. Dah tak tahan dah duduk pakai sweater tahan sejuk aircon yang macam peti ais . Rasa nak balik rumah sekarang, guling atas katil, berpelukkan incik zuma. Haishh.. incik zuma tetiba rasa rindu yang teramat sangat padanya. Rasa nak peluk-peluk cium-cium sampai lemas harharhar!!

Hishh... meroyan betul aku ni. Mungkinkah sebab hari ini hari khamis, semangat nak hari jumaat sedang melonjak-lonjak mengetar jiwa, mengelodak perasaan aku tika ini??? ( waa... ayat jiwang der- seriously i need to update my nexx-novel blog ~)

Short note : Love your work. Work with no love and enjoyment, it will suck your life out! and you will die miserably .. seriously.. heh~


Friday, November 2, 2012

Nose Pore tape

Blog ni dah jadi cam blog masak memasak laks, asyik post kan citer pasal masakkk jer kennn.... padahal nak jadikan blog ni sebagai luahan hati and diary simple yang menceritakan kisah hidup aku yang sangat PLAIN hokey... so Warning : Blog ini boring hahaha..

Anyway, nak share satu produk yang memang aku suke and sangat worth to buy. PORE TAPE. Ala yang lekat kat hidung tu bagi buang blackheads & whiteheads.. Gals-gals out there mesti kenal sangat la benda ini. 

Memperkenalkan.. treng.. treng trenggg.....

"DEEP CLEANSING NOSE PORE TAPE"

Sila tepuk meriah-meriah skit

Watson Brand 



Okeih, before ni, sejak tingkatan lagi aku pakai BIORE Brand. Tak pernah terfikir nak tukar. Bebaru ini tetiba rasa nak tukar yang baru. So belilah jenis ini .

Waktu mula-mula beli tak sure samada berkesan atau tidak benda ini, sebab ia murah dari Biore. Tapi ia tidak benar sama sekali..  Sangat berkesan hokeyy.. 100% berkesan.. so like it!!

WoW, sangat banyak my whiteheads.. hukhukhuk (-_-'''

Tengok buktinye.. 

Di pakai, once every two weeks, blackheads& whiteheads berkurangan. Hidung rasa smooth jer everytime used. Seriously (= ; =)


Pros 

 Harga acceptable
 Senang nak cari = Watson Outlet mana-mana cawangan
3Whiteheads& Blackheads memang tanggal -berkesan



Cons 

1: Ada bau yang kuat bile lekap kat hidung. Tapi bau tu lama-lama hilang dan don wory sebab bau tuh takkan lekat kat kulit.. 
2 : Sakit skit bile ditarik tapi semua pore tape begitu.. don worry. ^^


Rating : 10/10 . 
Will continue to use this product. Sangat berpuas hati. Thumbs up!!
tepuk -tepuk tepuk!!

(^_______^)v





Wednesday, October 31, 2012

Wardrobe make Over SOS!





Black and yellow
black and yellow
Upss black and purple.. 


..



Gosh!!
A year later..
still the same outfit..
my wardrobe really need a make over 
SOS! 

Tuesday, October 30, 2012

Mochi

Ini Mochi.. 
Mochi sudah besar
sangat  banyak bulu bushy- bushy..
berat gemuk 
sangat comey sangat sangat!! 



aku jer yang tak comey-comey...
adeesss~~ 

Thursday, October 4, 2012

Best thing

The most best thing happen for me is bila my Project Manager balik rumah awal or balik kampung . kekeke... maksudnya free time for me di opis.. gagagagag (^o^)

Sunday, September 16, 2012

Pesta Bunga di KL

Sape kate nak tengok bunga-bunga yang cantik kene pergi pesta bunga kat putrajaya tu jer? Aku tak pernah berkesempatan nak pergi pun tapi dapat jer tengok bunga-bunga yang cantik sekitaran Key El tercinta ni?Heh~



Winter Zonata

Pink In Melody

Our Pride


White Dream


Tuesday, September 4, 2012

Once In a Blue Moon

Read this in the internet. This yearAugust 2012, there will be a blue moon. A Blue Moon is the name given to the second full moon in a single month, a rare occurance that won't happen again for three years. So that's means if you don't get to see it this year, wait for year 2015 and watch it. All over the internet, people have shared the pictures taken. 



Blue Moon


Beautiful Blue Moon



Oh beautiful blue moon!
You like a diamond on the sky,
Sparkling and mesmerizing,
Glittering my gaze, capturing my heart
A princess in a lonely night
That came once in a blue moon




But don't be deceived, the blue moon is not blue in color .. it's a normal full moon jer  (;P

Explanation : (Wikipedia) 

"A blue moon is the appearance of the third full moon in a season that has four full moons, instead of the usual three.[1] It is never visually blue. Because a blue moon occurs only every two or three years, the term blue moon is used colloquially to mean a rare event, as in the phrase "once in a blue moon".[2] "


 




So, lets take out our camera and enjoy the night of full moon of blue moon !





Monday, September 3, 2012

Ayam oh Ayam

Kegemaran adik mok adalah makan ayam goreng. Apa saja asalkan ayam goreng ( dah macam upin ipin pulak) ..

Ayam goreng halia

Me'variasi'kan masakan ayam goreng di umah selain ayam goreng Mcd, KFC, terhasil lah ayam goreng halia yang sangat sedap.. Rasanya sangat cam ayam sate... sedapppppppp..

Ayam goreng Serai
Ayam goreng serai... hmm.. not my taste.. rasanya sedikit pelik, tapi adik mok hentam juga.. (asalkan ayam goreng )

Teringin nak buat ayam goreng berempah, tapi sangat malas nak memerapnya.. next time ya mungkin..

P/S : Oh, sangat boring hari ini, amik AL untuk pegi JPN amik IC yang sudah siap. Kemudian melepak marathon cerita The king 2heart sebanyak 20 episode. Dan kemudian ada memori dan adegan mementingkan diri ( huhuhu.. aku la tu) yang membuatkan aku rasa sangat bersalah dan rasa nak marah diri sendiri sambil menjerit .. " Teruknya aku ni!!!!!!!!!" ok bye.




Sunday, September 2, 2012

Mee Kari Sedap

Mee kari sedap, rasanya lain dari mee kari yang biasa kita makan tu.. serious.. rasanya sangat berlemak, cam kari yang buat sendiri tu.. Untuk rasa pedas, bagi aku rasa pedas tu macam takde maybe sebab aku pun memang biasa makan pedas-pedas, sambal belacan.. sume so, kepedasan mee kari Sedap ni bagi aku cam 2/5 ler.. tapi rasa kari lemak berkrim ni 5/5 hehehe.. so apa lagi, mari tryyyyyy...

(^_____^)V

Mee sedap - sumber google

Saturday, September 1, 2012

Rambling Nonsense

This year raya tahun ini, satu family takde gambar raya. Sedehnye.. why..why... baru nak abadikan kenangan raya 2012... pilunya. Sebabnya.. aku demam raya pertama and kedua, yang lain pun sebabkan aku memang tiap-tiap tahun jadik cameraman, jadi bila cameraman ni jatuh sakit, sume pun tak bergambar, iskh..iskh.. ada ka patut..

So tahun ni walaupun rumah memang dah upgrade bagi cantik kaw-kaw, tapi takde gambar..

Haish...I need LIFE!!!!!!!!!


Wednesday, August 1, 2012

Kad Acces ku.. dimana kamu..?

Rupa aku kala ini..


Mana kat access aku ni??!! Arghh!! Stress sesangat!! Hilang ke? Kalau hilang mampus nak kena bayar ganti .. dahle tengah poket kempis untuk beraya nih. huhuhuhu... (ToT)

Tuesday, July 31, 2012

Blues- petai- lenguh-lenguh


Ngantuk sangat! Nak kata monday blues, ari ni ari selasa, so tuesday blues ke? Huaghhh!! So...... ngantuk.. ngantuk..

 Pernah makan petai? Emm... aku suka gila makan petai, sambal petai udang ke, sambal petai ikan bilis ke.. yummy...yummy!!! Sebelum ni kalo makan petai, tak pernah ler berbau.. tetiba  cam rasa orang yang kata makan petai t , mulut busuk r, kentut berapi la, semua itu mitos!!  (lantang aku bersuara nih harhaharhrar.)

Sekali ari ni, gi jamban... pergh!!

Sekali lagi aku 'kuatkan' fakta aku, yang makan petai banyak-banyak, memang berbau.. hahahar.. seriously (-.-")

Haishhh!! Lenguh gila badan... rasa cam nak pergi massage saje... ngeehngehngeh ....

Friday, July 27, 2012

First Job




My friend start her first job after graduate today !!  She called me this morning and inform me. Don't know why i feel so excited more than her.. hehehe.  Abis bagi kata-kata semangat padanya.. padahal dia relaks jer.. over pula aku ni. 


Rasa debar-debar pula, teringat first day aku keje after graduate.. 
sangat ler susah nak cari keje yang ada berkaitan dengan sijil aku tuh..
rasa nak nangis, give up, rasa cam menyesal pun ada
kemudian @ the same time tengok member-member lain dapat keje yang berkaitan dengan sijil
rasa jelez membara-bara 
yerlahkan, kita pun pegi interview berbelas-belas interview
tertanya-tanya napa la aku tak dapat keje ? nape? Nape? 
rasa useless sangat waktu tu.. 




 tu kalau boleh nak menganggur, dan try apply lagi keje yang ada kaitan..
tapi  bila tengok family, adik-adik.. dan kewangan yang sentiasa tak cukup..
niat tu di batalkan..
Yang penting time tu, dapatkan keje, sekurang-kurangnya boleh lah tolong bayarkan bil-bil, beli barang dapur ke.. apa sahaja yang boleh membantu keluarga yang bukannya orang senang.


Takde transport, takde lesen, takde member sangat kat kl, sebab selama ni skolah jauh-jauh, sume member jauh dari kl..
jadi memang limit cari kejer dalam kawasan kl sahaja, yang ada public transport ke sana..





First keje, di Guardian, kat pudu tu..
jadi cashier cum sales..
gaji pun murah jer.. 800 je sebulan, tapi bolehlah buat bagi ayah skit duet.. , bagi adik skit duet..
diri sendiri takde pakai duet.. jimat cermat,
hari-hari waktu lunch time makan roti harga taklebih dari RM 3.00
dalam masa 3 bulan keje, badan kurus cantik cam kpop tuh hehehe..
Banyak kenangan pahit manis sepanjang di situ...
kene tengking, kene maki, kene marah
kena puji, bergelak tawa ngan kawan sekerja yang sangat besh, dll





 


Lepas 3 bulan, carik keje yang gaji lebih skit.. 
dapat keje di sebuah syarikat insurans kat  bangunan AIA,
kecik jer insurans tu.. pekerja dia aku, bos aku, supervisor aku dan agent insurans yang lain
Gaji up la skit dapat lah RM 1600, potong-potong 1400, 
mampu dah nak beli barang-barang toiletries untuk diri sendiri,
tapi beli kat mydin jer lah, tempat laen tak mampu lagi..


Keje situ banyak pengalaman... 
naek LRT yang himpit2,  dapat duet raya dari agent insurans, layan karenah pemegang insurans,
buat sales & promotion, dapat organised event, dan juga dapat join motivasi..
tapi rasa sangat kesunyian,, takde member untuk lunch... 
hari-hari dok kat opis sorang-sorang
sekali sekala supervisor masuk opis dapat lah makan sesama..
waktu ni, simpan duit untuk amik lesen kereta...
 dah mampu nak sponsor duet belanja adik ke sekolah sepenuhnya...
alhamdulilah...



Pass tu rasa nak try carik keje yang berkaitan ngan sijil..
pilu lihat sijil yang tak dipakai tuh...
berhenti kerja dan tanam anggur...
lama... penantian tu...
rasa give up  kembali balik...
sedih sangat waktu tu, susah betul untuk dapatkan keje,
setiap kali pegi interview mesti tak dapat... 
sedih sangat.. 
jadik terus kerja dengan kakak sebagai kerani..
gaji RM 1200 jer.. rendah dari dulu
 tapi semua kakak sponsor kan dulu...
makan sume sama-sama sponsor..
waktu ni fokus simpan duet untuk amik lesen...
jadi memang ikat perut, tahan nafsu..
takde beli barang-barang untuk diri sendiri... takde...
kalau baju koyak jahit, kalau member ajak keluar, tolak..
duet pakai untuk benda penting jer, bil, belanja adik,
dan bila raya memang sangat sedih.. takde duet nak bermewah macam yang lain,
selamat adik-adik faham jadi mereka tidak meminta lebih..
dan syukur tahun tu kakak dapat bonus..
digunakan serba sedikit untuk raya..
aku? Masih tak mampu untuk membantu keluarga ketika raya...
Kemudian, ada member kenalkan aku untuk kerja di satu ofis sdn. bhd
kerjanya memang takde kaitan dengan sijil aku..
tapi gajinya lebih tinggi, untuk fresh graduate..
 Aku terima peluang itu dengan besar hati...
dan sehingga sekarang aku kerja di sini...

Walaupun keje nye memang dah larik jauh dari sijil aku..
tapi keje nye tak banyak, ada kawan-kawan ... gajinya juga ada kenaikan...
syukur dah mampu pakai kete skrang, simpan sikit duet untuk masa depan,
bagi duet dapur rumah, bagi ayah skit duet, sponsor perbelanjaan adik sepenuhnya,
dapat dah pakai insurans, dapat dah bayar ptptn...
walaupun sumenye dalam amount kecil-kecil
tapi sekurangnya aku kini mampu dah untuk bayar ...
walaupun masih tak mampu bermewah-mewah lagi...
tapi berjimat cermat tu kan amalan mulia?
Moga raya tahun ini, kami sekeluarga dapat berbahagia dan beraya seadanya..
Amin~~








Thursday, July 26, 2012

Bosann..

Arghh bosannya.. bila ler nak balik ni.. waiting patiently for 5 pm.. tik tok..tik tok...

Haish... 

Lapa....

Haishh...

Bad mood

Haishh..

kene kritk..

Haish..

Jelez

Haish..

Bersyukurlah di atas apa yang Allah kurniakan pada kita
walaupun banyak kekurangan
walaupun sentiasa rasa cam nak merungut je kan..

tapi itu memang sikap manusia
tak pernah puas 

jadi, aku pun nak kena banyak bersabar
dan berhenti merungut
kerana rungutan tidak membawa ke mana..

Mood : Pilu and sedih.. 


Saturday, July 21, 2012

Hey, it's me!

K, mari kita ber'selca' ....  ^ - ^

Alhamdulilah this is me latest updated..

dah nampak perubahan skit dari segi
ketembaman,
eye bag
black eye

muka beser-beser jer.. tak de nampak tue kan?kan? huhuhuhu



Saje mengecikkan mulut,  kahkahkah
Senyum feeling cam cun padahal tak pun wahahahha


ah mintak-mintak dikekalkan ler camnie..
letih dah jadik dak gumuk..
penat diett seh....

Mata 'panda' pun dah kurang
berkat tidur awal selalu skunk nih..
Kalo dulu benci tengok gambar sendiri
eye bag huhuhu...


Masih ada 3 kg nak dikejar nih..
Gambate!!! 



Friday, July 20, 2012

Biskut Dan Milo




Jom kira berapa kalori makanan di atas 



Biskut kering 5 keping = 200 kcal
Milo Hot Drink = 305 kcal


505 kcal!!

ha, hamik ko, makan skit camnie pun dah 500++
dah ler skit jer,
baek makan nasik...
kenyang pun kenyang



Itulah sebabnya ingat makan biskut kering hari2   dan minum milo,
bley kurus ke?
isk..isk..isk...


Lapa...~~~ 



Bihun goreng brand 7-Eleven

Okeihh.. mari kira berapa kalori bihun goreng yang dibeli di Seven-E untuk lunch hari ini.





396 Kcal okeihh!! 

Skit jer huhuhu... sosej satu yang kecik dipotong dua, telur goreng 1/4 yang saaaaaaaaaaaangat nipis
serta sambal yang ciput
gile kedekut orang yang buat ni.. 

Ini je dah RM 2 . 80
Gile kaye aku kennn belanja kat 7-Eleven jer yang barang-barangnya mostly memang lagi mahal dari kedai biasa..
##berlagak sambil nyanyi
money-money, must be funny,  in a rich man world  (lets sing along)
my money flyy (U_U)

Anyway, point penting ---> Makan camni pun dah hampir 400kcal... bayangkan kalau bedal sepinggan macam ni tapi kat gerai mamak... Berapalah kalorinya? 

Banyak melantak betul daku ini, patutlah tak turun-turun berat badan.. 
( T o T )







Thursday, July 19, 2012

Pizza RM 2.00 WOW!

Semua pernah makan pizza kan??
Ni ada satu pizza gile sangat murah
RM 2.00


xcaya kan??
Murah sehh...
Rasanya pun sedap...rasa cam..

Rasa pizza ler
( ^ , ^ )
der..


Treng trengg!!



Memperkenalkan

Pizza Flavoured Snacks Miaow-Miaow







hehehe,
gempak jer kan..kalau ler betul pizza hut tu buat promotion pizza RM2.00
Bangkrap 
hohohoo...

.. kropok ni yang jadi peneman daku time kelaparan pukul 3, kat opis, hari ini..
tempat beli mesti ler di 7-eleven
**cis, aku sangat ler suke membazir di sini.. 
$ ^ $

Okey le, straight stori jer
rasanya takdeler sama cam pizza yang beli kat pizza hut tu
tapi ade ler iras-iras, sipi-sipi skit
hokeyy..
tapi bile makan banyak-banyak
sakit pula tekak eden.. 
kuat sangat kot flavour nye 
hmmm...

Harganya standard kopok-kopok di luar sane




Ia sangat crunchy, 
kruk kruk krak krak gile kuat bile daku kunyah di opis
hingga ade yang menjeling manje tidak suke
terpaksa daku makan ala-ala sedut kopok cam takde gigi huhu
untuk mengkontrol bunyi-bunyian itu
-__-""


Rate : 3/5 
Price : Standard RM 2.00
Repurchase : Hmm..maybe.. no

 ( ^ 0 ^ )
ja, matane!


Wednesday, July 18, 2012

Tao Kae Noi Wasabi Flavour!!

Pukul 3 di opis, aku mesti nak kene munchy-muchy sesuatu. 
Hari ini sambarlah Tao Kae Noi . 
Sea weed - Memang my favourite. 
 Selalu beli kat Watson. 


Excited sebab tulis perisa wasabi. So nak kene try ni, syik makan flavour sama kan??

Harganya RM3 kat 7-eleven, tempat lain tak survey lagi...
tapi harga kat 7E memang lebih mahal dari tempat lain. (= ; =)

Jom Makan, jom!


So dengan bacaan bismillah,  jom  makan..

Fuhh.. memang rasa wasabi. Sape pernah rasa wasabi tau ler rasanya camtu ler.. sama jer. Pedas berangin sampai ke hidung. Sakit hidung, terus meleleh hingus. Tambah-tambah aircon yang kuat gile, fuhhh...

Anyway, sape tak pernah rasa wasabi bley gi beli packet wasabi kat jusco. RM1 jer. 

Yang tak nak beli, meh sini let me stori-mori.. 
wasabi tuh sebenarnya bukan pedas cam sambal cili padi  yang sedappp gile tuh.. tapi lebih rasa cam berangin xsedap..

Tengok, sampai berasap telinga katun jepun ni... 


Bukan berangin cam pudina taw.. lain skit.. angin pedas yang menyakitkan hidung camtu ler.. Kalau makan sambal kite bley jelir-jelir lidah pedas kan, tapi wasabi.. tak tahu nak jelir apa, rasanya kat hidung.. so memang seksa ler huhuhu...

Trademark wasabi rasanya mesti pedas tuh naik kat hidung.... tu yang meleleh hingus tak hingat punya, siap naik ke mata gitu.. fuhh... ...tu yang orang berani jer bley makan wasabi banyak-banyak.

Rate : 4/5 star untuk rasa wasabi...
Price : Mampoo ler RM3
Repurchase : No! Of coz No! 

Daku sebenarnya tak suka wasabi!! 
Serius, makan sushi pun tak pernah punn amik wasabi..
So pehal ler tiba-tiba beli TAo Kae Noi Wasabi nih?? - 

Jawapannya :

saje je gatal nak try 


(^_~)V
heh!








Tuesday, July 17, 2012

Murtabak Maggi

Resepi ni dapat dari cik pjah, my bff ... Aku try ek pjah, so jadik camnie hehehe... 

Adik aku cakap besh, and dia kata kalo goreng rangup lagi besh..tapi tekak aku tak berkenan sangat , maybe sebab aku pun memang bukan kaki makan maggi. Kiteorang makan murtabak maggi ni dengan sos cili, hehe.. kenyang~~~ 

Sesuai sangat untuk makan time hujung bulan dan ketika malam-malam bile perut rasa lapar hehehe...




jadi bulaatt... camnie rupenya nanti.. bentuk murtabak ^ ^




Ni bila di  potong..


 Mudah nye ^ ^