Friday, March 30, 2012

Cucur Ikan Bilis

Nexx adalah seorang yang agak malas nak bangun pagi. Bila malas bangun pagi semestinya bukanlah seorang yang mengamalkan breakfast dalam kehidupan sehari-harian. Namun, jika kerajinan untuk bangun lebih awal berlaku, nexx akan bangun dan menyediakan sarapan pagi berdasarkan apa yang ada di dapur. Contoh, jika ada nasi lebih, buatlah nasi goreng. Kalau xde, godek-godek apa yang ada.

Kekadang buat scramble egg n roti bakar jer, sarapan kunon-kunon ala-ala orang putih ler sangat. Kekadang milo cicah biskut atau roti sahaja- Ini untuk budget bile hujung-hujung bulan.

Namun, jika rajin skitla.. tak banyak.. Buat lah cucur. Tempoh hari nexx buat cucur ikan bilis..

One word- NYummy-nyummy hehehehe...


Cucur Ikan Bilis




Bahan-bahannya


  1. Semangkuk Nasi lebih (tumbuk)
  2. Semangkuk Ikan Bilis(tumbuk)
  3. 2 Bawang putih dan 3 bawang merah (tumbuk)
  4. 2 Cawan Tepung Gandum
  5. Air secukupnya
  6. Garam secukup rasa
  7. Carrot potong dadu/ Cili hiris halus ( optional)

Cara-caranya

Gaul semua yang ditumbuk. Adun dengan tepung gandum, air dan garam secukup rasa. Masukkan bahan tambahan optional. Kemudian goreng. Siap


Hohohoho.. tersangat ler simple.. tapi penggunaan nasi memang akan buatkan cucur itu isinya lembut dan bila dibiarkan lama pun, masih lembut. Try lah! 


Wednesday, March 28, 2012

Warna-Warni di Mata Wanita

Sukar memilih tudung untuk di match-matching kan dengan baju? Ceh... macam iklan pula!

Ok, masalah di atas tu, adalah masalah nexx. Tempoh hari dapat baju baru yang warnanya hijau. So, excited nak beli tudung yang sesuai dengan baju tu, cepat-cepat pergi shopping. Ajak ler member temankan..

Sessi dialog bersama teman:

" Baju kau  kaler apa?"
" Hijau.."
" Hijau camne? Hijau pisang muda ke? Hijau biru laut ke? Hijau turqoise ke? Hijau gelap?"
 " err.... (-__-")"

Alih-alih bila dah beli, tengok-tengok, rupanya warnanya tidak sama sekali. Bila dipadankan, tudung tu lebih hijau macam hijau gelap skit berbanding baju itu yang rupanya hijau yang nak kebiru-biru skit.

Pening? Nexx lagi pening.

Hijau. Hijaulah kan! Ada pula yang nak ke biru-biruan ler, ke rumput-rumputan ler.. ke hijau pisang muda ler..Uii.. pening-pening..

So balik rumah, google. Tengok setiap kaler sampai besau mata. Bagi ingat skit kat kepala hotak so takde ler jadi cam kes pembaziran bila tudung tu dibuat simpan pekasam sahaja. Tak pasal-pasal kena beli baju baru lagi.. - **alasan untuk shopping lagik ** hikhik..

Ini antara colour-colour baju yang berada di pasaran yang nexx skrang dapat bezakan. Cayalah Nexx! :P

 1.


2.


3.

4.






















Ok, pass ni xmau pening-pening lagi.....



Sunday, March 25, 2012

Udang Masak Sos Tiram a.k.a Sos

Memandangkan mood tengah malas sangat, malas nak masak yang susah-susah. SO, masak le lauk udang masak sos tiram a.k.a sos. Ni resepi dicilok dari opis mate nexx yang memang suke masak lauk ini, sejak zaman anak dara sampai la skunk dah kawin pun, mesti dia masak nyer lauk ini.

Sebenarnya, nexx takde ler gemar lauk ini, tapi saje nak try kan. Bile dah try, ummm.. sedap juga rupanya. Terus licin pinggan. Erkk!! Alhamdulilah..

Masaknya sempoi jer.


  1. Mula-mula udang dibersihkan dan digaul dengan kunyit dan garam.Lepas tu goreng sempoi-sempoi sebab kalau lama sangat karang, udang akan menjadi kecut.
  2. Lepas tu, tumbuk bawang putih (6 ulas) dan halia (2 inci). Tumis sampai wangi. 
  3. Lepas dah wangi semerbak, masukkan carrot dan cili merah yang dihiris.
  4. Masukkan sos tiram ( 5 sudu besar) dan sos tomato ( 2 sudu besar). Air  bubuh sikit kalau nakkan kuah. 
  5. Lepas tuh, baru masukkan udang. Taburkan ajinamoto ( Jangan letak garam lagi ek, t masin pula)
  6. Gaul-gaul dalam 5-10 minit. Tada!! Siap (^_^)v.


Senangkan kejernye. Ni sangat sesuai untuk yang tengah malas. Guarantee cepat, senang dan kenyang.

Nyummy.. nyummy.. nyummy