Monday, December 30, 2013

Asam keping untuk Mata ikan/ulser dalam mulut

Sudah dua minggu mulut  kena mata ikan (Ulser) je... Mula-mula kat bawah bibir kanan, kemudian lepas seminggu hilang dan naik pula kat gusi bawah. Sakit kali ni  buatkan aku stress. Minum air pun tak boleh, makan lagilah denyut-denyut sakitnya. Butir nasi rasa keras gile nak gigit ..Macam nak gugur gigi.. huhuhu~ 

Ni eh ulser / bahasa kg nyer mata ikan ( contoh saje)
aku nye kat gusi bawah .. T.T



Akhirnya semalam aku guna petua tradisional ini : ASAM KEPING. 



Caranya, letak asam keping (yang sekeping tu) secubit kecil sahaja jer cam besar jarimanis, kecik jer..  dan letak di tempat ulser tu selama 2-3 minit. First-first memang pedih (tapi tak sepedih garam). Pedih die kejap jer rasanya dalam 1minit lebeh jer..Pedih die memang boleh tahan ler, takde pun kuar air mata ke nangis ke.. boleh tahan ler.. (sebab korang dah rasa sakit denyut-denyut sebab ulser tu.. so kalau nak bandingkan ngan pedih letak asam keping ni huh takde hal lah).

Lepas 2 minit camtu, dah tak rasa sakit langsung. Aku siap tonyoh-tonyoh kat ulser tu ngan asam keping.. relaks jer takde pape.. Kemudian aku buang asam keping tu jangan makan laks, masam kot hahaha.. komor-komor mulut.. relaks jer takde rasa sakit. Memang ajaib! Wow! Walaupun mata ikan tu ada lagi tapi tak rasa sakit langsung! AKu cam tak caya jer, serious, aku kembung-kembung mulut sume, pass tu aku terus cpai nasi makan.. emm.. aku dah boleh kunyah dah, memang rasa takde pape! OK! DAH TAK SAKIT DAH!! 

Dan hari ni, aku sihat jer.. takde rasa sakit lagi dah! Jadi, petua ni memang betul lah.. Kalu korang nak try, aku sangat suggest kan!  AKu sangat bersyukur dapat tau petua ni.. berlinang ni air mata akhirnya penderitaan ku selama seminggu sudah tamat.. cewah! hehehe... 

Lepas ni nak kena minum air banyak.. sebab aku dah mula rasa cam ada mata ikan laen yang nak naik minggu ni.. huhuhu~>.  

P/S : Berturut-turut betul mata ikan/ulser ni naik kat mulut ni.. geram lak aihh! 



Monday, December 9, 2013

True Love- When you happy, I'm happy.


" While you more concern what dress match you and which pictures you look beautiful.. I can't help but only pointed to the candid pictures of you showing all your teeth,small eyes with big laugh. It makes me feel so happy coz it shows that you ARE HaPPY with me.. And i want you to be like that forever... " 
                                        -D'man - when been asked why he has a collection of my candid pics ~





                                                          

Tuesday, December 3, 2013

Baju tunang

Lambat lagi, tapi dah syok dok survey-survey. Hehe...aku nak dress up camnie jer untuk majlis tunang aku nanti.. simple and nice.. Nak kene singgah jalan TAR, survey baju ini... yang diperlukan, baju tunang & tudung tunang ( tudung tunang ni aku nak yang ada lace so takyah pakai veil sebab aku nak pakai veil waktu nikah nanti hahaks..



gambar ehsan google -credit to owner juga
ni contoh simple baju tunang yang aku nak.. hampir camni tapi warna pink hehe...
sebab pink kan cam sweet2 , sinonim ngan anak dara 
so sswai ngan majlis tunang (coz waktu nikah aku nak warna putih -sebab putih itu suci.. sinonim utk nikah)
wedding kompom tak leh warna pink, sbb D'man dah reject awal2 idea pink untuk kahwin 

ok bye! 


Friday, November 29, 2013

BB cream lah, cc cream lah

Susah rupanya jadi perempuan ni. Dulu waktu zaman bb cream, gigih aku kumpul duet nak beli bb cream, punyalah aku tunggu compact powder aku abis ( yerlah taknak ler membazir, ingat senang ke nak carik duet!), so baru boleh beli bb cream. Waktu tu famous kalo pakai bb cream ni kulit muka jadi flawless gile. So, sebaik habis sahaja, aku terus beli bb cream, waktu tu dah agak lame dah bb cream ni di pasaran, so dapatler beli yang harganya berpatutan. Tup-tup, sekarang ni famous pula cc cream. Yang tensionnya, bb cream aku banyak lagi! Haishh nak kena tunggu abis bb cream baru boleh try cc cream pulak. susah... susah...

Thursday, October 31, 2013

Apa kes?

Selalu nya bila nak tunjuk keberkesanan sesebuah produk kecantikan itu ialah dengan meletakkan gambar sebelum dan selepas. Tapi tidak faham kenapa gambar selepas itu mesti bermekap bagai??Kalau dah bermekap sume memang ler muke nampak glowing, licin dan cantik jer...  Macam tipu jer.. macam tipu jer... hahaha!


Saturday, October 26, 2013

Testing 1 2 3

Aku sekarang sedang berkira-kira hendak beli laptop atau ipad/ tablet untuk mengantikan lappy aku yang sentiasa rosak! So post ni aku cuba try testing dengan tulis di ipad dulu. Emmm... Senang juga nak menaip, tapi aku tak sure kalau aku tulis cerita yang panjang- panjang sesuai ke tidak. Sebabnya contoh cam nexx-novel, kan bila nak tulis cite aku akan banyak tulis dialog. Skrang ni aku sukar nak buat perenggan dan tanda pembuka dialog yang ini ".

" Ah! Aku rasa susah untuk mengupdate cerita melalui tablet atau ipad" keluh aku sambil menaip secara perlahan-lahan pada keyboard sesentuh ipad apple warna putih yang dipinjamnya sementara dari abang iparnya yang sedang bekerja sementara di luar negeri hari ini.

"Oit, kau nak guna komputer atau ipad?!" Tegur adik mok melalui depanku. Tanpa berhenti untuk jawapan, dia  berjalan ke anjung,melihat mana datangnya suara riuh rendah di luar. Rupanya tiga orang jejaka sedang rancak berborak di tempat parking bawah apartment kakakku. Rumah apartment kakak ini terletak di tingkat dua, jadi sememangnya biasa hingar bingar kalau ada orang melepak di bawah. Aku teringat yang aku juga sedang membiarkan komputer desktop terbuka tanpa diguna, leka melayan ipad ini.

" ok!nak guna komputer! Sebab susah betul nak edit guna ipad ni. Nak tulis empat perenggan pun dah makan masa, inikan pula nak tulis satu babak cerita atau novel yang punya banyak perenggan dan dialog yang melampau- lampau ." Jawabku yang nyata- nyata tidak bertepatan dengan soalan.

Ah! Aku rindu pada mouse dan button return dalam microsoft word.

Ok bye! Ipad/tablet ni best kalo update post pendek dalam blog jer. Huhuhu...

Thursday, October 24, 2013

Thank you


" Thank you.."
" For what?"
" You have changed a lot.."

I smiled...



Tuesday, October 22, 2013

Main game google 22.10.2013

Dah takde keje kan. Dok main game google ni. Comel betul game ni. Tabik spring pada google sebab selalu buat game-game camnie. Selalu jer ada surprise dalam google. Sebab tu aku suka dok google-google nih.

Best sebab boleh control kiri kanan belon tu.. pass tu paling best bila landing kat tanah, tempat lain-lain bergantung pada cara kita control belon tu.. seronok dimain untuk hilangkan boring seminit dua. Cun! Jom try! Hanya ada hari ni je, sok dah takde dah wahahahahha..

Contoh tempat landing aku yang berbeza. Ada skali aku dapat sampai antartika hehehe.... 




Boring suda

Baru perasan yang blog list yang aku follow banyak dah yang tak update-update. Dah tak best dah buka blog. Dah takde apa yang nak dibaca bila boring-boring di ofis. Haissh... mengeluh di pagi hari. Nak tak nak kena lah rajin di ofis lepas ni.. hahaha

Friday, October 18, 2013

1 kg , 2 bulan

Semalam dah timbang berat badan setelah start diet lepas raya 18 August -17 October . Dah 2 bulan dan perubahannya... haha dah turun 1 kg(ui, sikitnye hehehe). Sekarang ni berat badanku adalah 49 kg. Ishh... masih jauh lagi nak achieve target ni. Tapi takpe, takboleh give up... Another 2 months lagi nak timbang lagi berat. Target 48 kg pulak dalam 2 bulan ni.. Gambate!!!

Don't hide

" Don't hide anything from me. " 

This is the MOST IMPORTANT rules in relationship.. 








Thursday, October 17, 2013

Happy Birthday wish

11.59
waiting...

12.00
grab the phone and called D'man

" Hello"
" Happy birthday! Happy birthday to you! (singing)" 
" Thank you!"
" So am I the first person to wish you happy birthday? Am I.. am I? hehehe..." 
" You the 10th!"
" whaaat!! "


"hahaha... i love you.."  

~*and i fall in love again with your teasing and laugh...*~




Wednesday, October 16, 2013

Love Being Single: No 3- Shopping Spree!!

It's end of the year and christmas coming soon + new year+chinese new year.. Wow! End year sales! Lots and lots and lots of sales! Being single I can buy anything i want without limit and fill my already full closet hahahaha.. !! Aren't you jealous?


 Do you know shopping can release your stress? I do and i love it! hehe... 

Tuesday, September 10, 2013

Mata panda ku

Duduk keje mengadap komputer memang selalu buat mata aku letih. Biji mata jadi merah dan tahap mengantuk naik ke tahap paling maksimum terutama bila jam menunjukkan pukul 4 petang. Tahu-tahu pula kan time nak balik lah dia nak malas segalanya.

Lepas balik keja, sebagai penggemar kpop dan drama-drama korea aku balik je mesti meluangkan masa untuk menonton RUNNING MAN selama 2-3 jam. Fuhhh.. mengadap komputer lagi. Mata jangan kata ler, dah iras-iras panda di China tuh... fufufufufufu...

Jadi camni nak buat ni? Nak korban kan waktu menonton drama?? oh takde dalam pilihan sebagai peminat tegar, ia adalah satu taboo.. jadi nak taknak kenalah aku mengorban wang ringgit dan mencari segala mak nenek petua untuk menghilangkan lingkaran gelap mata ini.

Timun-Eye Mask/Eye collagen
dua benda ni memang nak kena masuk dalam list 
bulan depan nak kena borong eye collagen kat watson, 
hoping yang mata panda ini akan berkurangan 
nak ilang macam tak mungkin je hahahar!

Comel gile aweks panda nie 
kalaulah eye bag aku ni comey gak cam panda kan best hohohoho




Sunday, September 8, 2013

Exercise

Minggu ni memang fail. Langsung tak senaman sebab malas tambah-tambah dengan asyik hujan je petang dan malam, jadi malas sangat aku nak bangun pagi untuk senaman. Aku try juga untuk membakar kalori dengan skipping hari sabtu tu. Skipping 10 minit baru bakar kalori 68kcal. Target satu minggu kena bakar 160kcal. Tapi lepas skipping hari sabtu tu, esoknya kaki sakit pula. Terus tak jadi nak skipping selama 15 minit agar boleh cecah target 160kcal. Huhu.. nampaknya kena cari idea lain untuk capai target exercise ni, tak boleh harapkan hari weekend je nak gi exercise. Kena jugalah exercise hari-hari keja juga.

Fikir-fikir salah satu cara untuk aku exercise hari-hari keje tanpa perlu pergi jogging ke tasik,  adalah dengan naik tangga setiap hari. Rumah aku kat tingkat 7 jadi kalau aku tidak naik lif dan menggunakan tangga setiap hari, boleh bakar kalori dan boleh kurangkan masa exercise pada waktu weekend kan. Wah.. hahahaha... takpe slow-slow..







Saturday, September 7, 2013

Oh! My diet!

Minggu ni sahaja dah 2 kali aku makan terlebih dari kalori yang sepatutnya diambil. Aku sepatutnya mengambil kalori sebanyak 1200kcal / hari untuk mencapai target menurunkan berat badan ke berat badan ideal yang cantik pada hujung tahun ini. Tapi... dalam dua minggu ni je dah 2 kali aku makan tak ingat punye.

Ni sebab kuar dating dua kali dalam minggu ni, dan dua kali itu juga berlaku di waktu malam lepas balik keje terus shoot gi dating. Dating tu memang best ler dapat spend time dengan D'man banyak kali dalam minggu ni je. Yelahkan selalunya dua minggu sekali baru dapat jumpe. kekadang tu lagi lama. almaklumler D'man sangat bz sekarang ni. * nak kumpul duit kawin ke? hikhik**

Ok nak citer 2 kali makan malam di luar tu, aku dok bantai sate & nando. Malam kedua laks gi bantai makan set ayam penyet dan nasi goreng ayam pandan. Tak ke over aku ni? Skali makan fuuhh tak ingat yang tengah dalam proses diet . Mungkin ini menjadi faktor turun naik berat badan aku ni tak ubah seperti yoyo.Oh diet yoyo kah aku ni? tak moh... tak moh...

Esok pula aku akan pergi kenduri kahwin rakan sekerja. Ha, melantak nasi minyak pulak ni..
Oh, my diet!





Thursday, September 5, 2013

Satu Liter Air

Cubaan menghabiskan 1.5 liter air kosong untuk satu hari  gagal. Sentiasa gagal. Sudah banyak kali aku cuba dan banyak kali jugalah aku gagal. Kenapalah susah sangat aku nak habiskan air ni? Tau tak air ni bagus untuk kesihatan dan untuk menurunkan berat badan?


Tentang Air dan diet menurunkan berat badan :

  1. Air kosong  mempunyai 0 kalori. Minum banyak mana pun tidak menambahkan kalori yang diambil jadi tidak menambahkan berat badan langsung.
  2. Ia juga menghilangkan rasa haus. Cam aku bila rasa haus menyebabkan aku rasa nak makan je atau nak cari benda-benda manis.Tu yang menyebabkan berat badan naik, asyik makan jer. Lagipun sudah terbukti dengan minum air yang secukupnya ia akan bertindak sebagai pengawal rasa lapar. 
  3. Air membersihkan dan mengeluarkan lebih berat air dari badan dengan meningkatkan metabolisme badan. Yelah bila minum air banyak, asyik nak ke toilet kan, maksudnya ginjal kita sentiasa berfungsi dengan aktif dan mengkumuhkan semua yang tidak diperlukan badan. Metabolisma badan juga jadi lebih aktif.  Takdele badan rasa bloated  dan lenguh-lenguh. Maka badan akan rasa lebih sihat dan serta merta menurunkan berat badan. 
  4. Air dapat mengurangkan kolesterol yang terkumpul dalam badan, jadi untuk menurunkan berat badan, dengan minum air secukupnya ia dapat membantu mempercepatkan proses itu.
  5. Bila badan kena air memang rasa nyaman kan? Camtu juga bila minum air yang secukupnya, badan akan rasa segar dan kulit akan lebih lembut. Takde ler kering-kering mengelupas sampai nak kena pakai segala bagai losyen. Secara dalaman, kulit kita sendiri akan jadi lebih anjal dan awet muda. 

Wah, begitulah serba sikit kelebihan air untuk mereka yang sedang dalam proses menurunkan berat badan seperti aku. Kira air ni sangat essential dalam proses diet aku ni.

Hari ni dah hari ke-4, cabaran air untuk aku dan buat masa ini masih lagi gagal nak minum 1.5 litre air satu hari.  Tapi aku takleh putus asa. Jap lagi waktu lunch nak pegi beli air mineral 1.5L dan try minum lagi. Tak dapat 1.5 lL habis dapat 1 L pun jadik. Insya-allah kalau terus berusaha camnie, satu hari nanti 1.5 L air bukan satu masalah/cabaran dan akan jadi rutin yang mudah untuk aku.  Alah bisa tegal biasa kan? 

Wednesday, September 4, 2013

Tiga Minggu sudah

Alhamdulilah dah 3 minggu berturut-turut berjaya bersenam setiap hujung minggu. Sebaik sahaja hari raya pertama abis, aku gi timbang berat, rupanya dah naik ke angka 50 kg. (T.T).  Tapi takpe, no worry boleh balik turun ke angka 4 nanti yang penting kena rajin dan tidak putus semangat.. Wah, positif nye lah aku ini kan.. 

Minggu pertama bersenam, tak capai target dari segi minutes dan juga kalori.
Target : 40 minutes senaman / week
Target : 160 kcal burned/week 

Minggu ke-2, ok capai target dan over the target lagi gitu ^^. suke 

Minggu ke-3, masih mengekalkan pencapaian target .. ^^

Harap-harap adalah penurunan berat badan tak lama lagi ... whatever pun, masih kene teruskan diary fitness ni sampai dapat berat yang di idam-idamkan iaitu 45 kg. Amin~~~ 

Thursday, July 11, 2013

Bagaimana masa menelan usia kita.

Sekejap je masa berlalu, pejam celik pejam celik aku dah nak sampai di penghujung usia 20an. Bila kenang balik, betul tak terasa pun diri ni cam dah tua.  Bila belek balik gambar-gambar lama, barulah terbuka sikit mata ni melihat perubahan diri yang ditelan masa+stress+kematangan+dll...


2008
2009
2010

2011

2012


 

2013
Aku di usia yang matang





Wednesday, July 10, 2013

Rendam kaki di air panas


7 July hari tu, hari ahad, aku, ayah dan adik mok pergi ke langat mana rumah yang dah bertahun-tahun dibeli ayah berada, tapi tak  duduk duduk pun... kat situ betul-betul dekat dengan sungai congkak dan kat depan rumah betul-betul ada satu kolam air panas. ( cam karangan sekolah pulaks)

Lepas separuh hari berkemas di rumah sana tu, tebas lalang sume bagai, nak balik tu, kiteorang singgah di kolam air panas tu. waktu tu around pukul 5 lebey petang, dan dah ada beberapa orang sudah rendam-rendam kaki di sana.

Adik mok hari tu kaki dia terkena eksos motor, dan orang kata air panas ni sesuai untuk sakit-sakit kulit semua.

Kolam air panas di katakan boleh mengubati sakit kulit.


Baju lama masa belajar di SMSTJ itu yang membuatkan aku nampak gemuk yer.. .
( Eleh taknak ngaku gemuk .... :P)
with my father <3


Adik Mok yang rajin menemani aku ngan ayah..
ni bakal jadi man of the house ni hehe...
aku panggil die jongkok (suka die,,)  sebab dia ni je yang bley diharap rajin nak tolong-tolong kami insan yang lemah ni..
The capable man 

Ok tu jer cerita hujung minggu aku.. bye!

Tuesday, July 9, 2013

Masak dan masak lagi

Dulu waktu muda jelita, malas nak masak. Sekarang rajin pula aku ke dapur. Semua resepi nak buat. Lagipun tambah dengan ayah yang tak sihat, aku lagi selesa masak sendiri semua lauk-lauk di rumah, senang nak monitor kandungan minyak, kholesterol, lemak, gula dan garam dalam masakan aku agar sesuai untuk kesihatan kami sefamily. Kalau beli kat luar tu, entah berapa liter minyak diorang gune,, ish-ish.. tak elok-elok..

Walaupun masakan aku tak semewah dan secantik di luar tu, tapi lebih jimat, sedap dan terjamin kehalalan, kebersihannya dan kesihatannya. Cewaahhh... Buat masa ni aku boleh masak simple-simple jer tapi cukupler kalu nak buat persediaan untuk jadi bini nanti kan? hehe ( kahwinkah aku?T.T)



 Cendawan goreng,
Aku masih lagi belajar untuk menyedapkannya. 
Selalu aku masak hari ni sedap, sok tak jadi pula, lusa sedap balik
huhu.. masih mencari-cari resepi cendawan goreng yang bila aku buat kompom sedap 





ikan kari 
Aku jarang masak kari dan kurma, jadi agak kureng di situ...
tapi kari ikan ni aku masak sedap, berlemak gitu... sedap-sedap..
sengaja aku banyakkan kuah sebab aku suka kuah banyak-banyak ni...
kira bolehlah lepas nak bagi laki makan...(adakah?)



Ini adalah ayam goreng percik tapi aku nampak apasal cam masak merah? hahaha
Rasa ada lulus
Rupa takde-fail




Kacang Buncis tempe...

Aku yang makan 


Sekian~










Monday, July 8, 2013

Bukan semua baju yang cantik di online, cantik dipakai.

Dulu aku suka beli baju online-online. Nampak cantik je model-model pakai, terletak cantik kan? Pengalaman yang buat aku fed up untuk beli baju online adalah seperti berikut:


  1. Saiz /material tak sama-
  2. Pakai tak cantik pun..gambar itu hanya semata-mata .. ( ni memang aku selalu tertipu ) 
  3. Lambat service, lambat sampai- dah bayar ari ni, kata minggu depan antar, kemudian follow up lagi, kata minggu ni hantar, kemudian chase lagi, dia kata stok takde pula, suruh kita tukar baju lain pulak dah...
contoh yer, gambar ni baju yang aku teringin gile nak beli..
hari-hari dok usha, last-last sebab tak dapat tahan teruja sangat, aku beli..





last-last bile aku pakai,,,
hmm..... apakah ini? baju tidur kah? hehe

tak sesuai sangat dengan shape badan aku T.T.



Ni pulak baju yang aku beli kat Jln Tar
tengok dan belek-belek depan mata
dan aku nampak lebih yakin +cantik+selesa dengan baju ini..


Jadi lesson learnt:

" Tak semua baju online yang cantik kat bdn model tu, cantik bila kita pakai, lebih puas hati kalau pergi beli di kedai sendiri..boleh belek sendiri kualiti baju dan keserasian baju dengan shape kita sendiri. Boleh juga tawar menawar harga ^.^ " 






Saturday, July 6, 2013

Jerebu dan ayah masuk hospital

Waktu minggu KL dilanda jerebu teruk hari tu, perkara buruk juga berlaku terhadap keluarga aku. T.T... Ayah aku tetiba mengalami serangan jantung dan dimasukkan ke HUKM seminggu.. Memang rasa nak gugur jantung aku bila tahu rupanya ayah aku ada sakit jantung. Selama ni kami sefamily tak tahu langsung, malah ayah aku sendiri tidak tahu.. Bila dicheck doktor, rupanya ketiga-tiga saluran utama ayah aku sempit tersumbat kholesterol, doktor sarankan untuk menjalani pembedahan jantung. Berita ini lagi menakutkan aku..Aku dah terfikir bukan-bukan T.T. Kawan-kawan suruh doa banyak-banyak.

Jadi sepanjang jerebu tu, memang aku cuti dan berulang alik ke hospital.. Selepas berfikir panjang, ayah aku membuat keputusan untuk tidak menjalani pembedahan dan hanya mengikuti diet, makan ubat dan terapi elektrik untuk menjaga kesihatannya. Aku akur dan berdoa agar keputusan ini adalah yang terbaik untuk kami sefamily. 

Doakan kesihatan ayahku terus baik untuk berpuluh-puluh tahun akan datang.. amin...
I love you ayah ^-^

Oh tak lupa beberapa gambar jerebu teruk tempoh hari di rumah aku...
Ushh teruk jerebu malaysia 2013 ..  











Monday, July 1, 2013

Adakah anda kiut kalau anda kecil?

Orang semua mempunyai perspektif yang salah, bila nampak perempuan kecil kecik pendek,terus dilabel comel.. kiut miut..Skit-skit, comeynyeee.... Aku betul-betul tidak faham, apa yang dibuatnya semua dikatakan comel.. ... bagi aku, susah nak terima, . bukan semua perempuan pendek dan kecik comel, aku banyak jumpa yang tak comel jer . Aku betul-betul tidak faham apa yang mereka nampak?

Miow oh? 

Saturday, June 22, 2013

Love Being Single : No 2- Laziness

There will be time when we will suddenly feel so lazy and it comes unexpectedly like a  sudden  laziness waves. We do not want to do anything at all! We do not want to do cleaning, do not want to cook, do not want to do laundry/dishes, even do not want to take bath. So we let the dirty clothes gathered, the wardrobe filled with unfolded clothes, take bath one time per day and ordered only food delivery.  Watch all 10 seasons of 'FRIEND' dvd. ^-^. be lazy for not  one whole day, but for a week or more ..  hehe..
                                                                                                   -Why I love being single-

Being lazy ^-^

Friday, June 21, 2013

Love Being Single : No 1 - My Queen Bed



"After a long tiresome day at works/ shopping with aches all over the body, dizzy, etc . We came home,  takes shower and land on a big soft, comfy queen bed. Roll over, spread your limbs, and the feeling is the best!Ahh.. this big bed belong only to me.. No need to share with anyone!/ husband/wife... and then get into the best sleep ever.. " 

                                                                      - why I love being single-

Me sleeping like this..  freestyle sleeping  ngee ~~ ^^ 



Tuesday, June 4, 2013

Tell me...

" Tell me, what should I do to keep you mine forever? " 
" I don't know.. what you should do?"
' A ring.. "

D'man answered innocently. I laughed...


innocent & adorable.. 





Gettin fat

Because of many stressful days previously, I gained weight. yeah, , after all this months of shedding the fat, now I had gained more weight than ever. My arm is so big that when I wear t shirt, It became so tight at the area. My face is so swollen that it became so round. The fats shows in my sis's wedding pics, I looked so horrible.. hohohohoho..

Got to start my active lifestyle and calories calculation again !.. Basyah!!

Birthday present

My sis bought me SK2  for birthday present yipee!! I have long been planning to buy this once I got just enough money ( well, i'm a very stingy lady k..) . This present is so surprising coz my birthday fall on my sis solemnization day, I was so busy on the day, I don't even remember my own birthday that day, huhuhu... then.. surprise, got this.. ^_________^ V



the facial treatment essence so called miracle /pitera water
the price is RM219, and this is only a small bottle, imagine the big one how much it cost? 

But my sis said this can last for 5-6 months.. hehehe, so I can keep continually use this  ( it won't be so pricey right when you only to buy new one, 2x per year hehe..) 

Excited !!
can't wait to see any effect after using this, hopefully.. ^^
Chiow! 

Monday, May 27, 2013

Beautiful

I don't actually really like beautiful woman. Jealousy? you might says that.... why? Because growing up with beautiful sister, makes me so self-conscious,.. low self esteemed to the max. It's a love-hate, envy-proud relationship,  Arghhh!!

If you think I should not feel like this, it's not healthy, blablabla.. , just  see my sister. standing beside her, makes me just like  a shadow..  it's like we are not related at ALL! I hate this stupid complex genetic heritage for making me feel miserably ugly grr...

My mum said, she starts getting love letter from when she was in standard 5, primary school.  While My memories of growing up is full with delivering love message to my sis , since I was in a primary school year 1!

So imagine, how i feel through out my whole life? The envy feeling that pile up and the self esteem of mine feel like being hit by rocks, down and down..   No, I not complaining  instead Sis, I love you, feel proud ,, you the best sister in d world.. but ... Men!! Y you only chase beautiful woman? Y, making us other normal looking feeling more ugly? Y!!

" The first thing men saw me, they always says I'm beautiful, that's the first thing that they noticed. I'm so tired hearing it..so frustrated. "   -her says on the bad days of  her relationship 

Well,  this girl never been praised like that...
.
.
.
.

.


Latest me a week before my sister solemnization day.. no stress?




Sunday, May 26, 2013

Quarrel

In a relationship, a quarrel after-end will only bring you two things. A harmonic beautiful understanding love or the breaking of love ending.  The hardest is the waiting for the outcome and the long awkward distance in determined the after end result ...






Sunday, May 19, 2013

Suddenly

Browsing thru his collection of photos in his phone... 

Suddenly D'man noticed


" You don't like kids yer?" 

Wups!!