Saturday, July 6, 2013

Jerebu dan ayah masuk hospital

Waktu minggu KL dilanda jerebu teruk hari tu, perkara buruk juga berlaku terhadap keluarga aku. T.T... Ayah aku tetiba mengalami serangan jantung dan dimasukkan ke HUKM seminggu.. Memang rasa nak gugur jantung aku bila tahu rupanya ayah aku ada sakit jantung. Selama ni kami sefamily tak tahu langsung, malah ayah aku sendiri tidak tahu.. Bila dicheck doktor, rupanya ketiga-tiga saluran utama ayah aku sempit tersumbat kholesterol, doktor sarankan untuk menjalani pembedahan jantung. Berita ini lagi menakutkan aku..Aku dah terfikir bukan-bukan T.T. Kawan-kawan suruh doa banyak-banyak.

Jadi sepanjang jerebu tu, memang aku cuti dan berulang alik ke hospital.. Selepas berfikir panjang, ayah aku membuat keputusan untuk tidak menjalani pembedahan dan hanya mengikuti diet, makan ubat dan terapi elektrik untuk menjaga kesihatannya. Aku akur dan berdoa agar keputusan ini adalah yang terbaik untuk kami sefamily. 

Doakan kesihatan ayahku terus baik untuk berpuluh-puluh tahun akan datang.. amin...
I love you ayah ^-^

Oh tak lupa beberapa gambar jerebu teruk tempoh hari di rumah aku...
Ushh teruk jerebu malaysia 2013 ..  











Monday, July 1, 2013

Adakah anda kiut kalau anda kecil?

Orang semua mempunyai perspektif yang salah, bila nampak perempuan kecil kecik pendek,terus dilabel comel.. kiut miut..Skit-skit, comeynyeee.... Aku betul-betul tidak faham, apa yang dibuatnya semua dikatakan comel.. ... bagi aku, susah nak terima, . bukan semua perempuan pendek dan kecik comel, aku banyak jumpa yang tak comel jer . Aku betul-betul tidak faham apa yang mereka nampak?

Miow oh?