Thursday, July 11, 2013

Bagaimana masa menelan usia kita.

Sekejap je masa berlalu, pejam celik pejam celik aku dah nak sampai di penghujung usia 20an. Bila kenang balik, betul tak terasa pun diri ni cam dah tua.  Bila belek balik gambar-gambar lama, barulah terbuka sikit mata ni melihat perubahan diri yang ditelan masa+stress+kematangan+dll...


2008
2009
2010

2011

2012


 

2013
Aku di usia yang matang





Wednesday, July 10, 2013

Rendam kaki di air panas


7 July hari tu, hari ahad, aku, ayah dan adik mok pergi ke langat mana rumah yang dah bertahun-tahun dibeli ayah berada, tapi tak  duduk duduk pun... kat situ betul-betul dekat dengan sungai congkak dan kat depan rumah betul-betul ada satu kolam air panas. ( cam karangan sekolah pulaks)

Lepas separuh hari berkemas di rumah sana tu, tebas lalang sume bagai, nak balik tu, kiteorang singgah di kolam air panas tu. waktu tu around pukul 5 lebey petang, dan dah ada beberapa orang sudah rendam-rendam kaki di sana.

Adik mok hari tu kaki dia terkena eksos motor, dan orang kata air panas ni sesuai untuk sakit-sakit kulit semua.

Kolam air panas di katakan boleh mengubati sakit kulit.


Baju lama masa belajar di SMSTJ itu yang membuatkan aku nampak gemuk yer.. .
( Eleh taknak ngaku gemuk .... :P)
with my father <3


Adik Mok yang rajin menemani aku ngan ayah..
ni bakal jadi man of the house ni hehe...
aku panggil die jongkok (suka die,,)  sebab dia ni je yang bley diharap rajin nak tolong-tolong kami insan yang lemah ni..
The capable man 

Ok tu jer cerita hujung minggu aku.. bye!

Tuesday, July 9, 2013

Masak dan masak lagi

Dulu waktu muda jelita, malas nak masak. Sekarang rajin pula aku ke dapur. Semua resepi nak buat. Lagipun tambah dengan ayah yang tak sihat, aku lagi selesa masak sendiri semua lauk-lauk di rumah, senang nak monitor kandungan minyak, kholesterol, lemak, gula dan garam dalam masakan aku agar sesuai untuk kesihatan kami sefamily. Kalau beli kat luar tu, entah berapa liter minyak diorang gune,, ish-ish.. tak elok-elok..

Walaupun masakan aku tak semewah dan secantik di luar tu, tapi lebih jimat, sedap dan terjamin kehalalan, kebersihannya dan kesihatannya. Cewaahhh... Buat masa ni aku boleh masak simple-simple jer tapi cukupler kalu nak buat persediaan untuk jadi bini nanti kan? hehe ( kahwinkah aku?T.T)



 Cendawan goreng,
Aku masih lagi belajar untuk menyedapkannya. 
Selalu aku masak hari ni sedap, sok tak jadi pula, lusa sedap balik
huhu.. masih mencari-cari resepi cendawan goreng yang bila aku buat kompom sedap 





ikan kari 
Aku jarang masak kari dan kurma, jadi agak kureng di situ...
tapi kari ikan ni aku masak sedap, berlemak gitu... sedap-sedap..
sengaja aku banyakkan kuah sebab aku suka kuah banyak-banyak ni...
kira bolehlah lepas nak bagi laki makan...(adakah?)



Ini adalah ayam goreng percik tapi aku nampak apasal cam masak merah? hahaha
Rasa ada lulus
Rupa takde-fail




Kacang Buncis tempe...

Aku yang makan 


Sekian~










Monday, July 8, 2013

Bukan semua baju yang cantik di online, cantik dipakai.

Dulu aku suka beli baju online-online. Nampak cantik je model-model pakai, terletak cantik kan? Pengalaman yang buat aku fed up untuk beli baju online adalah seperti berikut:


  1. Saiz /material tak sama-
  2. Pakai tak cantik pun..gambar itu hanya semata-mata .. ( ni memang aku selalu tertipu ) 
  3. Lambat service, lambat sampai- dah bayar ari ni, kata minggu depan antar, kemudian follow up lagi, kata minggu ni hantar, kemudian chase lagi, dia kata stok takde pula, suruh kita tukar baju lain pulak dah...
contoh yer, gambar ni baju yang aku teringin gile nak beli..
hari-hari dok usha, last-last sebab tak dapat tahan teruja sangat, aku beli..





last-last bile aku pakai,,,
hmm..... apakah ini? baju tidur kah? hehe

tak sesuai sangat dengan shape badan aku T.T.



Ni pulak baju yang aku beli kat Jln Tar
tengok dan belek-belek depan mata
dan aku nampak lebih yakin +cantik+selesa dengan baju ini..


Jadi lesson learnt:

" Tak semua baju online yang cantik kat bdn model tu, cantik bila kita pakai, lebih puas hati kalau pergi beli di kedai sendiri..boleh belek sendiri kualiti baju dan keserasian baju dengan shape kita sendiri. Boleh juga tawar menawar harga ^.^ " 






My First Flat Lay - Adlina Store

Hai, ni first try buat flatlay.. memang amateur lagi sangat! hahah! Background tak de so pakai je karpet rumah yang ada huhuhu. B...