Minggu ni sahaja dah 2 kali aku makan terlebih dari kalori yang sepatutnya diambil. Aku sepatutnya mengambil kalori sebanyak 1200kcal / hari untuk mencapai target menurunkan berat badan ke berat badan ideal yang cantik pada hujung tahun ini. Tapi... dalam dua minggu ni je dah 2 kali aku makan tak ingat punye.
Ni sebab kuar dating dua kali dalam minggu ni, dan dua kali itu juga berlaku di waktu malam lepas balik keje terus shoot gi dating. Dating tu memang best ler dapat spend time dengan D'man banyak kali dalam minggu ni je. Yelahkan selalunya dua minggu sekali baru dapat jumpe. kekadang tu lagi lama. almaklumler D'man sangat bz sekarang ni. * nak kumpul duit kawin ke? hikhik**
Ok nak citer 2 kali makan malam di luar tu, aku dok bantai sate & nando. Malam kedua laks gi bantai makan set ayam penyet dan nasi goreng ayam pandan. Tak ke over aku ni? Skali makan fuuhh tak ingat yang tengah dalam proses diet . Mungkin ini menjadi faktor turun naik berat badan aku ni tak ubah seperti yoyo.Oh diet yoyo kah aku ni? tak moh... tak moh...
Esok pula aku akan pergi kenduri kahwin rakan sekerja. Ha, melantak nasi minyak pulak ni..
Oh, my diet!
Wifey and a mother of two Love to travel in budget and child friendly vacation.
Saturday, September 7, 2013
Thursday, September 5, 2013
Satu Liter Air
Cubaan menghabiskan 1.5 liter air kosong untuk satu hari gagal. Sentiasa gagal. Sudah banyak kali aku cuba dan banyak kali jugalah aku gagal. Kenapalah susah sangat aku nak habiskan air ni? Tau tak air ni bagus untuk kesihatan dan untuk menurunkan berat badan?
Tentang Air dan diet menurunkan berat badan :
Wah, begitulah serba sikit kelebihan air untuk mereka yang sedang dalam proses menurunkan berat badan seperti aku. Kira air ni sangat essential dalam proses diet aku ni.
Hari ni dah hari ke-4, cabaran air untuk aku dan buat masa ini masih lagi gagal nak minum 1.5 litre air satu hari. Tapi aku takleh putus asa. Jap lagi waktu lunch nak pegi beli air mineral 1.5L dan try minum lagi. Tak dapat 1.5 lL habis dapat 1 L pun jadik. Insya-allah kalau terus berusaha camnie, satu hari nanti 1.5 L air bukan satu masalah/cabaran dan akan jadi rutin yang mudah untuk aku. Alah bisa tegal biasa kan?
Tentang Air dan diet menurunkan berat badan :
- Air kosong mempunyai 0 kalori. Minum banyak mana pun tidak menambahkan kalori yang diambil jadi tidak menambahkan berat badan langsung.
- Ia juga menghilangkan rasa haus. Cam aku bila rasa haus menyebabkan aku rasa nak makan je atau nak cari benda-benda manis.Tu yang menyebabkan berat badan naik, asyik makan jer. Lagipun sudah terbukti dengan minum air yang secukupnya ia akan bertindak sebagai pengawal rasa lapar.
- Air membersihkan dan mengeluarkan lebih berat air dari badan dengan meningkatkan metabolisme badan. Yelah bila minum air banyak, asyik nak ke toilet kan, maksudnya ginjal kita sentiasa berfungsi dengan aktif dan mengkumuhkan semua yang tidak diperlukan badan. Metabolisma badan juga jadi lebih aktif. Takdele badan rasa bloated dan lenguh-lenguh. Maka badan akan rasa lebih sihat dan serta merta menurunkan berat badan.
- Air dapat mengurangkan kolesterol yang terkumpul dalam badan, jadi untuk menurunkan berat badan, dengan minum air secukupnya ia dapat membantu mempercepatkan proses itu.
- Bila badan kena air memang rasa nyaman kan? Camtu juga bila minum air yang secukupnya, badan akan rasa segar dan kulit akan lebih lembut. Takde ler kering-kering mengelupas sampai nak kena pakai segala bagai losyen. Secara dalaman, kulit kita sendiri akan jadi lebih anjal dan awet muda.
Wah, begitulah serba sikit kelebihan air untuk mereka yang sedang dalam proses menurunkan berat badan seperti aku. Kira air ni sangat essential dalam proses diet aku ni.
Hari ni dah hari ke-4, cabaran air untuk aku dan buat masa ini masih lagi gagal nak minum 1.5 litre air satu hari. Tapi aku takleh putus asa. Jap lagi waktu lunch nak pegi beli air mineral 1.5L dan try minum lagi. Tak dapat 1.5 lL habis dapat 1 L pun jadik. Insya-allah kalau terus berusaha camnie, satu hari nanti 1.5 L air bukan satu masalah/cabaran dan akan jadi rutin yang mudah untuk aku. Alah bisa tegal biasa kan?
Wednesday, September 4, 2013
Tiga Minggu sudah
Alhamdulilah dah 3 minggu berturut-turut berjaya bersenam setiap hujung minggu. Sebaik sahaja hari raya pertama abis, aku gi timbang berat, rupanya dah naik ke angka 50 kg. (T.T). Tapi takpe, no worry boleh balik turun ke angka 4 nanti yang penting kena rajin dan tidak putus semangat.. Wah, positif nye lah aku ini kan..
Minggu pertama bersenam, tak capai target dari segi minutes dan juga kalori. Target : 40 minutes senaman / week Target : 160 kcal burned/week |
Minggu ke-2, ok capai target dan over the target lagi gitu ^^. suke |
Minggu ke-3, masih mengekalkan pencapaian target .. ^^ |
Harap-harap adalah penurunan berat badan tak lama lagi ... whatever pun, masih kene teruskan diary fitness ni sampai dapat berat yang di idam-idamkan iaitu 45 kg. Amin~~~
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Sudah dua minggu mulut kena mata ikan (Ulser) je... Mula-mula kat bawah bibir kanan, kemudian lepas seminggu hilang dan naik pula kat gusi ...
-
Remember last time when I said I want to quit using the MIRACLE TAB that are not miracle? Well, I did and now I drink innershine for inner v...
-
Tips 2- Peplum untuk si Badan Pear Peplum kurung agak menjadi kegilaan pada tahun 2013 dan 2014. Setiap kali pergi kenduri kahwin ramai ak...