Friday, January 10, 2014

Innershine Camu-camu

Lama gak aku tidak minum innershine, sebabnya selalu terover budget setiap bulan. Jadi bile dah tak minum tu takde ler perubahan yang teruk cam produk kecantikan pun, tak yah risau pun, cuma cam kulit ku kembali cam dulu-dulu r,  tak bermaya dah cam selalu.

Selalukan setiap pagi mesti aku membuang dan kulitpun nampak cam berseri-seri dalam gambar, tapi bile stop.. mule le start balik -jarang membuang dan gambar nampak tak cantik. hehe,... tapi don;t worry ni bukan side effect apa pun.. kalau nak continue stop innershine pun takde masalah.. cuma buat masa ni pengalaman aku, innershine ni ler produk minuman kesihatan yang murah dan berkesan bagi aku .

Ahh, rindu balik nak wajah cantik cantik cam dulu.. Aku rasa kan sebabkan aku selalu membuang (toksik/bhn kumuh) dulu buatkan aku lebih cantik dulu (wah pasan pasan hehehe) . Lama gak aku berhenti minum innershine, berbulan gak ler .. So, sekarang aku sambung balik minum innershine. dah tau dah bahana innershine.. tanpanya aku tidak berseri hehehehe....

Skrang kan dah pakai innershine yang ada camu-camu tu..

Cantik packaging die.. ada butterfly so feminine
love it! 

rasanya dah kurang manis dah dari dulu.. - aku lebih sukakan yang dulu kot, sebab aku suke benda manis-manis.  Camne pun buat masa ni aku asyik tengok botol yang 42ml tu jer kat watson, takde ke  yang lain?




Beli kat watson yang 42ml 12 botol tu  kalau takde sale harganya 49.80. Kalau nak jimat cam aku minum selang-selang so boleh tahan 24 hari, gaji seterusnya baru boleh beli lagi satu kotak hehe.. so satu bulan belanja RM50 jer untuk innershine ni.. tapi kalau ada duit lebih minum hari-hari cam aku dulu.. budget 100 lebih jer, tak mahal pun.. memang bdan terasa ringan dan berseri .

Skrang ni aku dah tak mau berhenti minum innershine lagi. Sebab aku tau keberkesannnya pada aku.. dan aku sangat sukekannya! Love you innershine ^^

P/s: nanti bile aku kahwin t, hantaran innershine is the first item in my list ngeee ^^ V

Innershinelah dulu ! 






Thursday, January 9, 2014

Ice-cream

I got angry..
                 Secretly he slipped me Ice-cream
I got sad..
              He bought me Ice-cream

I got scolded..
               He apologized with Ice-cream

I got happy
               He celebrate with Ice-cream

I'm not a kid, but that ice-cream works every time!  .. ngee (^__^)V

~I love you D'man~


Wednesday, January 8, 2014

Peplum untuk Bentuk badan Pear

Tips 2- Peplum untuk si Badan Pear

Peplum kurung agak menjadi kegilaan pada tahun 2013 dan 2014. Setiap kali pergi kenduri kahwin ramai aku lihat mengayakan peplum yang cantik-cantik. Tapi boleh ke orang yang berbentuk badan pear dan pendek macam aku memakai peplum. Ya, boleh! Tapi dengan syarat

1.Peplum itu mesti labuh jangan dok takat bontot tu.. nanti nampak punggung yang besar tu.

Ini peplum paras bontot jer.. tak sesuai yer untuk orang bentuk pear, karang nampak punggung yang besau tu... warna dia yang cerah di bawah tu pun tidak sesuai yer!


2. Jangan mengunakan kain jenis bertingkat-tingkat sebab bila sarat di bawah, anda akan nampak pendek dan pandangan jatuh pada bahagian bawah. Ingat! Sebagai insan yang berbentuk badan pear jangan memberi tumpuan pada bahagian punggung itu yer... jadi cuba bergaya dengan menarik perhatian pada bahagian atas.


Contoh baju peplum yang banyak flare/tingkat2

3. Kalau boleh pakailah peplum dari jenis kain lembut seperti cifon. Elakkan pakai jenis yang berat seperti lycra etc.

4. Dan detailing di bahagian pinggang nampak simple dan nice untuk badan pear . Al maklum ler badan pear ni pinggang die selalunya ramping aka kecil jadi sangat cantik kalau kite main fokuskan pada bahagian pinggang itu untuk mengurangkan tumpuan pada bahagian bawah yer...

5. Warna satu kaler juga memainkan peranan penting sebab warna satu kaler ni selalu buatkan pemakaiannya kelihatan tinggi. Ia juga satu cara play safe untuk mereka yang sedang slow-slow bergaya seperti aku ngeee.... ^_^V

6. Kain jenis duyung juga kalo boleh cuba dielakkan untuk si badan pear tapi sebabkan fesyen kurung peplum yang sesuai untuk si badan pear adalah jenis labuh, so takde masalah untuk pakai kain duyung hohohoho...( aku rasa ler hehehe)




Ni contoh kurung peplum aku pakai semasa kenduri kakak aku. Tema family kami blue turquoise.
Jenis chiffon, kain lembut, kurang flare and simple detailing di bahagian atas. Nampak tak den seperti kurus dan tinggi bwahahahaha~ Pinggang ramping fewittt hehe... 







Tuesday, January 7, 2014

Sarat&Cerah di bawah BUKAN untuk SI BADAN PEAR

 Tips  (Badan bentuk Pear) 
  1. Elakkan dari memakai seluar/ skirt yang bewarna cerah pada bahagian tubuh bawah ( pinggang ke kaki). Sebab warna yang cerah di bahagian itu buatkan anda nampak gemuk dan lebih pendek. Namun corak yang cerah di bahagian atas dengan bahagian bawah yang gelap digalakkan. 
  2. Elakkan dari memakai corak jalur melintang pada pakaian anda. Jalur melintang membuatkan anda gemuk dan pendek
  3. Elakkan dari memakai pakaian yang mempunyai corak sarat di bahagian bawah. Sebab corak yang sarat di bahagian itu membuatkan orang tertumpu untuk melihat pada bahagian bawah badan pear yang besar ( pear shaped) 

Tak percaya? Dalam gambar atas nampak ok je kan? Sebabnya aku pakai tudung corak-corak di atas jadi nampak cam balance kan kan? haha.. itu cuma ilusi. Apa jadi kalu tudung tu plain? 


Ni pulak time aku berdiri sebelah member kenduri hari itu. Aku pakai tudung plain biru dan tadaaa!! Nampak kan tertumpu di bahagian bawah dan ini membuatkan aku nampak pendek+gemuk kan? kan? Padahal waktu ni aku dah kurus dari gambar sebelum ni.. Huduh bebenar aku nengok gambar ni.. 

Jadi dari sini dah nampak mistake yang aku buat sebab tak follow camne nak bergaya bila anda berbentuk shape pear cam aku. 

P/S : baju ni pun bungkus untuk tidak aku pakai .. 

Monday, January 6, 2014

Sindrom Almari penuh tapi masih tiada baju untuk dipakai!!

Satu hari aku telah merenung almari aku selama hampir sejam kerana memikirkan tiada baju yang sesuai dengan aku untuk keluar dating dengan D'man hari itu. Rasa frust giler sebab semua baju yang aku ada semuanya tidak 'flattering' bagi aku walaupun hakikatnya almari aku itu sudah penuh dengan baju sampai hampir-hampir terkeluar celah pintu. Waktu tu aku fikir perlukah aku beli baju lagi?Walhal member aku selalu kata aku ada BANYAKkkkk baju tapi kenapa aku selalu rasa aku takde baju yang cantik untuk dipakai?? kenapa mesti aku selalu dok merenung almari ni lebih 30 minit dok pk nak pakai baju apa hari ini.. (terutama bila nak pergi dating) (~_~")

Jadi menyedari+frustrated aku pun memikirkan yang aku PERLU BERUBAH! Untuk mengelakkan pembaziran DUIT dan sindrom yang sangat 'frustrated' ni, Aku pun mengoogle cara-cara dan langkah-langkah untuk mengatasinya. Dan aku telah menjumpainya!Ya!, aku telah tahu apa kesilapan aku dalam segi ini. Jawapannya ialah MIX , MATCH! & CREATE YOUR OWN STYLE/FASHION. 

1. MIX AND MATCH
MIX & MATCH iaitu gabung dan sesuaikan adalah salah satu key/point penting.Ia menjimatkan dan membuatkan anda nampak stylo. Contohnya pemakaian rantai, talipinggang pada satu-satu pakaian yang plain membuatkan baju itu nampak cantik dan anda kelihatan stylo. Selain itu kita boleh pakai satu-satu baju itu sebanyak kali yang boleh tanpa orang sedar yang sebenarnya kita takdeler banyak baju sangat. Ia juga buatkan kita nampak cam stylista la kunun bwahahahaha~ Aku pernah mempraktiskan begini selama seminggu ke ofis dan reaksinya ialah bila seorang budak junior telah menegur aku katanya dia lihat aku ini sangat style dan bergaya ke ofis. Pujian itu membuatkan aku yakin yang tips ni menjadi dan menyumbang kepada bahan gelak akak senior yang lain sebab diorang tahu aku sebelum-sebelum ini SANGAT SELEKEH dan selalu pakai baju kedut dan koyak sebabMALAS hehehe. 

 Hmm.. aku takde contoh dari aku (sebab aku pun baru lagi mix and match ni) tapi aku ada satu blog yang aku follow dan ia ada banyak tips mix and match dan sangat sesuai untuk beginners seperti aku. Blog itu : 

2.OWN STYLE
Yang ini aku rasa sangat perlu sebab bukan semua baju sesuai untuk kita ye.. Contohnya aku ada satu baju yang sangat cantik dan aku sangat suka tapi bila aku pakai aku lihat di cermin aku seperti sangat GEMUKKK.. ya, sangat GEMUK & PENDEK (T>T). Tapi bila orang lain pakai cantik le pulak!. Banyak baju-baju begini dalam almari aku dan ia menjadi punca utama almari penuh dan pembaziran duit-sebab aku kena beli baju baru. Sebab itu aku jumpa cara menyelesainya dengan memakai pakaian /sesuatu fesyen berdasarkan bentuk badan masing-masing. Setiap individu ada bentuk badan masing-masing dan sebab kan itu tidak semua baju yang kita lihat cantik akan jadi cantik di badan kita. Jadi aku membuat research membuat ukuran dan pelbagai lagi dan mencapai kata akhir yang aku ini berbentuk PEAR+PENDEK

Ini sebiji PEAR. 


Bentuk pear ni bawah besauuuu atas kecik... ala-ala jLo kakak aku selalu kata. Tang buntut tu besau hahahahah... malu wei malu ... tambah aku pendek tak sampai 150cm yer tuan-tuan dan puan-puan, jadi penampilan aku perlulah bersesuaian dengan ketinggian aku dan juga body shape aku. Tang ini aku belum try lagi jadi tak boleh nak beritahu resultnya tapi aku akan mempraktikkannya sebaik boleh. 

Jadi apa sebabnya aku tulis semua ni? Hmm.. sebabnya aku akan sangat tension tak dapat cari blog fesyen yang mengajar aku yang pear shaped dan pendek untuk berfesyen. Jadi aku sendiri akan cuba menstylo kan diri aku dengan cara try and error hohohoho... ~ itu sahaja chiow! 


Sunday, January 5, 2014

Membeli di More Deal Puas Hati - Shake N Take Mini Blender

Tau website membeli belah ni, namanya More Deal. tau? website die ni... www.moredeal.my . Die ni ala-ala groupon, livingsocial sume.. selalu ada barang diskaun kat sini. Aku sebelum ni pernah beli di livingsocial dan groupon barang-barang seperti voucher/baju tak pernah lagi beli barang elektrik secara online. 

Memandangkan misi diet aku perlu dicapai di bulan March 2014, aku pun membeli satu barang elektronik di panggil Shake N take mini Blender- Blender untuk buat smoothie ( ni gara-gara tengok cik epal diet makan smoothie, aku pun nak cube hehehe). Harga waktu tu RM52 free postage+3 months warranty. Aku survey di Lazada, mahal dari yang ini and kene bayar postage lagi . Jadi setelah membuat keputusan lebih sebulan kot, aku cuba nak beli barang ini. 

Shake N Take Mini Blender 



Cara pembayarannya sangat senang boleh bayar pakai bank atau kad kredit. Aku suka.. hehehe.. so lepas buat pembayaran, hari isnin, jumaat minggu tu juga dapat.  Cepat kan? 3 hari bekerja jer.. wa... suke-suke..100% lagi marks.

Tapi bile aku pakai hari sabtu, rosak... jeng-jeng..waktu tu rasa cam eee... aku dah agak dah beli barang elektrik ni risky... haha, aku email Moredeal hari sabtu tu juga. Hari isnin mereka balas dan bagi cara-cara untuk pakai alat tu... suke, email dari diorang sanngat membantu, ayat pun baik jer, response cepat. Aku ingatkan lambat.. suke, aku bagi 100% utk layanan mereka. 

Lepas tu bile still rosak aku cakap ler rosak and nak pulangkan. Diorang balas email esoknya terus bagi alamat untuk return barang balik. Suke, 100% response diornag sangat cepat. Aku pos pakai pos opis aku, hehehe... so opis yang bayar huahahuaha... ala, setakat 8 riggit jer, hehehe.. lepas tu dalam 2 hari, aku dapat balik barang yang baru, dan terus boleh pakai. SUKE gile, bagus r diorang ni. suke aku! Memang aku akan beli lagi kat Milk Deal ni.. sangat puas hati ^^V

Ok, so hari ini mula start menu diet aku T.T, untuk makan petang aku buat smoothies ni
timun+ carrot+epal hijau + tomato+ais batu+ sedikit gula,
jangan lupe letak sedikit air untuk memudahkan mengisar

Hehe, aku main hentam jer, sebab ini yang ada dalam peti ais banyak lak tu.. hohohoho...

masuk dalam blender- blender ni maksimum 16 oz.


Ni rupanya selepas blend. Shake n take ni super! sekejap jer blend, ngan ais-ais itu laju jer die blend
superb!

Cabut dari mesinnya dan boleh terus minum... 


Yang bestnye shake n take ni.. lepas blend tu cabut botol die dan terus boleh minum. Seronok sebab boleh buat waktu pagi dan bawa ke ofis. ^^ V .. superb!  rasa smoothie aku ni? boleh ditelan tapi sebab aku baru start , so memang tak abis satu hari minum.. aku simpan peti ais, esok boleh bawa pergi keje hehehe... 





Hias Bilik -Misi Tunang

Aku rasa aku ni jenis yang takde taste ler.. maksudnya apa yang aku pandang cantik, orang lain pandang tak cantik pun. Tambah lagi aku suka membazir, beli barang yang tak cantik sebenarnya (mahal lak  tu) lepas tu tak pakai.. Aku sangat stress hahaha...

Ok, hari ni aku pergi SOGO last day sale kan. Terpengaruh dengan member kata cadar kat sogo tengah sale dan harga murah...wallah.. apa lagi serbu lah. Budget RM200 sahaja untuk beli cadar, dan akhirnya aku beli satu cadar comforter dengan harga RM199 dari RM 999. Target aku beli comforter ini untuk hias bilik, bagi cantik ler sikit. Tema aku warna merah bilik tu nanti. Kira langsir merah sume ler... jadi dek kawan aku kata takkan nak katil merah kot, karang merahh mak ngah jer sakit mata masuk bilik tu.. so, dia kata match kan dengan warna putih ke, gold ke, gray ke...(salesman pun kata gitu), so aku check-check yang berkenan semua over the budget,... survey-survey aku dapat cari satu ni, warna goldmixhitammixputih (banyak putih)... so ingat cam cantik kot... member pun dok kata cantik cantik.. so beli ler juga...

Lepas tu pasang kat katil.. huhhuhu... haruu... tak tahuler camne nak aku nak hiaskan dengan merah.. takut tak masuk jer.. T,T- rasa nyesal pun ada, tapi paling penting rasa cam membazir jer kalau tak pakai dah ler mahal.. 

Tapi nampak cam tak cantik jer kalu dimasukkan dengan warna merah.. camne ni nak buat? Aduhh dah pening... mampu ke aku nak cantikkan bilik dengan tema merah nanti ni.. target aku nak bagi dia nampak cantik, kena ada benda-benda ini- langsir merah+gold, karpet merah, bantal hias atas katil merah, dinding gold/coklat, hiasan dinding (kipas/bunga)...

Haish.. cantik ke tidak nanti?? blupblupblup...