Posts

Showing posts from August 30, 2015

Bila Rindu The Kickin.

Image
Hari ini kurang pula junior dalam perut ni menendang. Mungkin dia perasan yang ibu dia ni sibuk satu hari di opis. Sibuk buat minute of meeting jewww pun, tapi sebabkan meeting nya dah sebulan lepas, jadi banyak benda yang tak ingat, dah nak kena ke hulur hilir pergi tanya sorang-sorang, apa point mereka. .~~

Bila junior kecik dalam perut ni tak tendang-tendang, rasa rindu pula.  Tertanya-tanya, apa yang dia tengah buat sekarang? Tidur ke? Rasa cam nak paksa-paksa dia tendang pulak... Junior... ibu rindu ni.,. meh tendang ibu meh!

P/S: Masa junior OVER tendang-tendang semalam, aku ter marah-marah lak kat dia sebab tak selesa dan tengah bz lak tu  Fikir balik.. cian baby junior.. Sorry yer, junior sayang.. ibu silap. Ibu janji tak buat lagi. Cayang dia sangat. Meh tendang ibu meh!


CRISPY CHOCOLATEY RICE CEREAL

Image
Hari ni cam biasa, junior masih kuat tendang-tendang dalam perut ni.. cayang lak ai.. ngada-ngada tul dak kecik ni.. taulah ibu lapar kan tapi terpaksa control makan (T.T) sebab berat naik mendadak. Sabar yer junior.. ibu kena diet sikit .next check up lagi dua minggu. Ibu kena prepare diri ni, karang kena bebel dengan nurse pula. 
Ni semua bahana balik kampung.. Kat kampung mulalah berat naik tak tentu hala. Melantak tidur je kan keja aku, padanlah muka huhuh.. tapi memang betul-betul terkezuttt bila tengok penimbang berat pagi tadi, terutama angka yang tidak disangka-sangka tu. Baru duduk kampung tiga hari dah naik camni, kalau seminggu???? o-O *no komen.

Okeylah, back to crispy chocolatey rice cereal. Apo citernye? Sebenarnya aku tidak tahu nak beli apa untuk makan petang-petang gini. Nak makan pun sebenarnya rasa serba salah, tapi sebabkan junior dok tendang-tendang, kenalah makan kan.. My bff yana suggest beli kismis, katanya bagus kenyang tapi tak naik mendadak. AKu pun belilah …