Posts

Showing posts from 2016

Homeless tidak lagi

Image
Alhamdulilah, dapat dah rumah baru. Sudah seminggupun kami pindah ke rumah. Dan Syukur sangat rumah kali ini lebih besar dari sebelum ini, malah lebih selesa. (P/S: walaupun aku baru jer shot kan plug kat dapur hari tu, heheheh)..

Sekarang ni, tengah slow slow buka kotak dan susun atur rumah elok elok. Kalau ikutkan, nak buat ala-ala komtempari style gitu.. tapi apakan daya, kami bukan orang berada. Cukuplah ada dapur dan tempat tidur. Astro pun tak pasang lagi ni.

Doakan, lamalah kami dok kat rumah ni. Doakan juga yang tuan rumah takkan naik sewa tahun depan maupun tahun, tahun yang berikutnye... Amin

Oh ya, selamat menyambut ramadhan 2016!! ^^ 


Piya demam, insurans dan rumah sewa baru

Image
Hari ini Intan payung kesayangan beta.. piya demam.. huhu.. susah rupanya kalau anak demam ini.. kite sebagai ibu akan rasa tak senang je.. nak makan nak minum semua takde selera. Berdoa dalam hati agar demamnye kebah. Dah le skrang ni musim denggi.. risau le juga.. pagi2 keluar ngan hubby  aka d'man bawa piya ke kkia. Aku dengan tak mandinye... tak kisah langsung. Ni kira first time aku keluar mana mana tak mandi.  Dok kalut dalam kepala otak nak bawa piya cepat-cepat p jumpe doktor. Begitulah panahannya bile dah jadi ibu ini. Imej ke laut..diri sendiri letak paling bawah.

Sampai kkia cam biasalah, lambat.. tapi pas dapat ubat senang hati. Balik terus bagi piya ubat.. die pun tidoq dengan gumbira. Harap harap kebah la demamnye.. sebab kalau berlanjutan sampai 3 hari, kene p ambik darah pula, takut infection ke hapa ke...


Ni petang tu, lepas dah makan ubat dan tidoq, demam dah kurang,  diepun seronok main mainan die.. Alhamdulilah

# Cerita kelakar
Masa kat klinik tu, piya punya …

Homeless?

Image
Hujung bulan ni habaq yang kami akan homeless T.T;; Pasai apa? Pasai tuan rumah dok halau kami hujung bulan ni die taknak bagi kami sewa dah. Sedih betul sebab piya kecik lagi, mana nak cari rumah emergency gini? Semua yang kami dok survey mahal dari budget kami. Yang masuk budget jauh dari rumah mama (pengasuh) piya.

Bulan ni kami berdua jimat cekik ikat prut pakai tali guni, nak simpan duit untuk bayar deposit rumah. Jimat jimatpun masih tak cukup.. Mana nak cekau duet lagi 2k? Dok pikir lagi dua minggu ni, kami kena cari gak rumah yang dekat dengan Mama Piya dan within our budget. Peningzz...

Inilah kehidupan menyewa rumah kek orang lain. Bila-bila masa sahaja, tuan rumah sesuka hati mak bapak die halau kami. DIa takde bagi time langsung untuk kami p cari rumah lain. Sedeh betul menikam kalbu. Kalau dulu takde anak kecik, takpa lah, takdok la risau sangat. La ni dah ada anak manis kami yang baru ajer masuk 5 bulan, hati gundah gulana, tiduq tak lena dok pk mana nak cari rumah ni..

Pengalaman Melahirkan Permata Hati Pertamaku.

Image
14.12.2015
Tarikh keramat dan permulaan baru untuk aku.  Kenapa? Kerana pada tarikh ini, permata hati aku dilahirkan dari perut ini. Dan aku bergelar IBU.
Dan sebagai Ibu, aku tidak akan lupa peristiwa ini. 
Aku harap satu hari nanti, saat dia sudah besar dan aku sudah tiada, dia akan membaca blog ini, dan mengetahui kisah dirinya yang aku coretkan . Betapa aku sangat meyayanginya dari saat dia wujud di dalam diriku. 
Dan jika aku sudah tiada, sebelum dia sempat dewasa. ku harap blog ini menjadi tempat di mana dia dapat mengenali ku dengan membaca memori-memori di blog ini. Ketahuilah, aku sangat menyayangi mu lebih dari nyawaku sendiri. 
Okey, jom kita lihat kronologi :

10.12.2015
Semakin malas untuk bergerak. Perut pulak dah semakin besar. Due date yang doktor bagi adalah 28.12.2015. Lambat lagi, ada dua minggu lagi. Leh melantak lagi dan enjoy enjoy dulu.. hehe.. Malam tu, D'man belanja makan pizza domino. Aku sorang je makan pizza yang LARGe tu, sorang-sorang, tak kongsi pun de…

Waktu tidak sesuai untuk menimbang berat badan

Image
Sebelum tidur : * Berat bertambh/berkurang  : berat ini dipengaruhi oleh berat dari aktiviti hari itu
seperti senaman, waku terakhir makan, waktu terakhir minum. Ia bukan berat sebenar.

Selepas minum air(banyak) - Berat bertambah kerana berat ini dipengaruhi oleh berat air.

Selepas makan: Berat bertambah : Berat dipengaruhi oleh makanan yang dimakan

Selepas lahirkan anak: Berat berkurang: Dipengaruhi oleh berat yang diperoleh semasa mengandung.

Minggu-minggu terawal proses diet anda -Berat air .

Selepas senaman- Berat berkurang : Berat ini dipengaruhi oleh berat air yang hilang semasa senaman.

Semasa minggu mestruasi: Hormon!

How much you drink today?

Image
How much did you drink today? One of the essential tips to lose weight is drinks lots of water..

For me? 1 L per day. It's not enough orait! to lose weight I have to drink at least 3 L per day.  Lots of water is also good to increase breast milk.. yaha>.    I miss my little baby.. ^^

Masak dan Perempuan

Image
Perempuan ni dikatakan kalau pandai masak memang akan menjadi calon isteri no 1. Kira bak kata orang dulu-dulu
" Nak pikat lelaki mestilah dari perutnya dulu".
Maksudnye kalau pandai masak, senang ler lelaki jatuh cinta. 
Jadi yang gf-gf kene ler rajin pass makanan ke bf-bf 
senang citer setiap kali jumpe cakap ngan bf ; takyah makan kedai,   cakap jer
" i ada masak, meh ler makan kat umah sekali ngan bapak I."  ngeh~ngeh ngeh