Friday, May 13, 2016

Pengalaman Melahirkan Permata Hati Pertamaku.

14.12.2015

Tarikh keramat dan permulaan baru untuk aku.  Kenapa? Kerana pada tarikh ini, permata hati aku dilahirkan dari perut ini. Dan aku bergelar IBU.

Dan sebagai Ibu, aku tidak akan lupa peristiwa ini. 

Aku harap satu hari nanti, saat dia sudah besar dan aku sudah tiada, dia akan membaca blog ini, dan mengetahui kisah dirinya yang aku coretkan . Betapa aku sangat meyayanginya dari saat dia wujud di dalam diriku. 

Dan jika aku sudah tiada, sebelum dia sempat dewasa. ku harap blog ini menjadi tempat di mana dia dapat mengenali ku dengan membaca memori-memori di blog ini. Ketahuilah, aku sangat menyayangi mu lebih dari nyawaku sendiri. 

Okey, jom kita lihat kronologi :


10.12.2015

Semakin malas untuk bergerak. Perut pulak dah semakin besar. Due date yang doktor bagi adalah 28.12.2015. Lambat lagi, ada dua minggu lagi. Leh melantak lagi dan enjoy enjoy dulu.. hehe.. Malam tu, D'man belanja makan pizza domino. Aku sorang je makan pizza yang LARGe tu, sorang-sorang, tak kongsi pun dengan D'man. Ni dah tahap melantak tahap dewa ni.. hehe.. 

11.12.2015

Hari jumaat. Office mate, Ellia kata perut dah nampak macam ke bawah dah. Dia doakan beranak minggu ni. Aku aminkan .. sebab dah excited nak beranak and tengok baby junior dalam perut ni. Yerlah, hari tu scan 4d, tak nampak muka. Baby junior tutup muka. Habis 50 ringgit tau.. 
Kak Sue pula kata " Janganlah beranak dulu, dia nak cuti minggu depan, taknak buat invoice.

Nampak tak perut dah besar gile? Berat badan time ni jangan habaq lah.. 65 kg ++ gitu..


12.12.2015

Malam tu, dalam pukul 3 pagi, rasa macam terkencing dalam kain. Bangun masuk toilet, bersihkan apa yang patut, kemudian sambung tido. Tapi bangun lagi pukul 5 pagi, terkencing lagi . Kali ni tak dapat tahan, meleleh time nak ke toilet. Okey buat dek jer dulu.. sambung tido balik, tapi hati rasa pelik.. dok tanya, napelah aku terkencing takleh tahan? hmmm...

Kemudian bangun lagi pukul 7, terkencing lagi, rasa pelik makin terasa. Tapi tak beritahu D'man pun. Sebab plan nak balik kampung hari ini.  Pukul 8, pun skali lagi keluar air. Rasa cam keluar period gitu. Terus kejut D'man kata, cam air ketuban ke? Tapi napa keluar sikit-sikit cam kencing?
D'man pun tak sure.. okey relaks lagi.. Cakap dengan D'man kalau keluar lagi, jum pergi cek kat klinik je.. Takut bukan air ketuban tapi air kencing. Takut False alarm. 

Pukul 10, keluar lagi. Dah kompom, nak pergi klinik. Tapi masih buat relaks jer.. sebab macam tak percaya kan.. Kul 12 camtu barulah pergi jumpe doktor kat klinik. Masa pergi klinik tu, doktor seluk dan kata cam dah lembut, tapi takde bukaan. Air yang keluar tu memang air ketuban. Dia check perut pulak, kata kepala baby dah kat bawah..dia cakap dalam hari ini atau esok kompom beranak. Lepas tu dia beritahu kalau keluar lagi sekali petang ni, terus pergi hospital. 

Perasaan time ni.. takde rasa nervous sangat. sebab tak sakit pun.excited jer lah, aku dah nak beranak ke? Hehehe.. Petang tu 2 kali keluar air cam air kencing tu.. kemudian pukul 5.30 petang camtu barulah pergi HUKM. Bawa siap-siap semua beg dan kelengkapan.  

Sampai HUKM, terus diorang check bawah. Seluk-seluk takde bukaan, tapi memang air yang keluar tu air ketuban, bukannya air kencing.. Diorang kata air ketuban aku leaking, dan terus admit masuk wad.  Time ni kena marah dengan nurse, sebab dah lama leaking dari pagi, tapi baru datang petang nak ke senja ni.. Tahan telinga jer ler kena bebel. AKu beri alasan first time, tak tahu.. Alasan itu diterima, Ahahks..

Malam tu kena admit hospital. Doktor kata awal dua minggu ni.. wuhuhuhu. Diorang induce aku untuk kali pertama. Masuk kot bawah ubat induce tu. Sakit sikit jer, leh tahan.. Time tu confident level aku tahap dewa, semangat nak masuk labour room. Sebab lepas induce kompom beranak ni hehehe... 

Malam tu, leaking banyak sangat. sampai basah lantai.. Berkali kali aku tukar pad . Aku pakai pad maternity tu. Bayangkan pad yang tebal tu pun asyik penuh jer ngan air ketuban tu.. aku lak excited gile. D'man malam tu bermalam di hospital.

 13.12.2015

Pagi-pagi lagi nurse dah kejut untuk bangun. Doktor check bukaan. Masih 0 cm. Patutler takde contraction atau rasa sakit. Ubat cam tak effect jer..  Doktor induce lagi kali ke-2. Kali ini die jolok dalam-dalam siap besar-besarkan lubang keluar tu dengan jari die. Dengan harapan, membantu mempercepatkan bukaan. Sakitnya, ya allah.. Tapi aku tahan jer.. Kali ini berdoa biarlah sakit. biarlah contraction.. aku nak beranak cepat ni.. 

Hari tu, family KL dan family palong semua datang melawat. Mak aku and Mak palong siap bawa makanan, aku cam biasa melantak tak hingat lah. Cam pesta makan pulak kat hospital tu.. 

Doktor continue monitor baby, semua masih normal dan aktif. Aku dah rasa berat hati dah.. macam pelik jer.. nape takde contraction ni? Nape tak sakit ni? Aku takde rasa sakit apa-apa. Tapi masih lagi leaking air ketuban.

Kemungkinan Csear bermain di fikiran. Csear? Taknak, aku taknak Csear, aku nak lahirkan normal.. sebab nanti pantang, aku pantang sendiri. Sebab nanti aku nak lahirkan ramai anak. Csear, akan membuatkan semua itu tak mungkin bagi aku!. Hati semakin gundah gulana.  

Petang tu, waktu nak check bukaan. Pad aku ada darah. 
Doktor kate kalau ada darah ni, mungkin dah buka. Aku pun sukalah.. 

Tapi bila dia seluk dan check.. 

Tiada bukaan. 
Aku dah nak menangis. 

Doktor masuk lagi ubat induce kali ke 2. Doktor kata jika kali ketiga induce masih tiada bukaan dan contraction.. dia akan proceed dengan csear. Sebabnya aku dah lama sangat leaking, takut jika dibiarkan terus menerus akan menyebabkan infection pada bayi. 

Aku sedih sangat. Hari tu menangis teruk. Ayah ada bawa air selusuh, aku sapukan di perut dengan harapan adalah contraction.

Malam tu, masih tidak sakit. Semua nurse di situ cakap kemungkinan csear, sebab kes macam ni selalu berlaku. 

Malam tu nangis melalak. Berjalan dan buat jalan itik, ketuk ketampi semua aku buat untuk dapatkan bukaan. D'man temankan malam tu, dia pujuk aku.

di hospital dengan hubby, D'man. Thank you for accompany me, for supporting me always that nite.. I know i cried a lot.


14.12.2015
Pagi

Doktor kejut pagi dan check bukaan. Masih 0 cm. 

Waktu ini sakit sangat time die seluk. Maybe sebab semalam dah keluar darah, jadi rasa sakit tu memang aku tak tahan dah. Body aku automatik mengigil time die seluk tu.. 

Doktor masukkan ubat induce untuk kali ketiga dan ini adalah yang terakhir. Kemungkinan aku csear sangat tinggi doktor cakap. Dan dia suruh aku berpuasa untuk Csear petang nanti.
Aku dah redha dah. Beritahu D'man.. dan Sepanjang hari tu.. doktor doktor pelatih semua bagi sokongan kat aku.. 

Aku cuba berfikiran positif. semua ini untuk baby junior. Aku takleh tangguh lagi untuk tunggu bukaan, untuk tunggu normal... Jika, Csear adalah jalan yang terbaik, aku terima. Itu juga pendapat D'man. Kami berdua sudah bersedia.  


Petang.

Doktor seluk lagi dan memang tiada bukaan. Leaking masih ada. Doktor proceed untuk Csear. Petang itu juga aku dimasukkan ke bilik pembedahan. D'man dan family tidak dibenarkan ikut ke bilik pembedahan. Mereka semua disuruh tunggu di wad. Pukul 4 lebih, aku rasa lepas asar, aku ditolak ke bilik pembedahan. 

Doktor dan nurse jalankan procedure seperti biasa. Ada borang yang perlu aku isi dan sign. Kemudian di masukkan ubat epidural di tulang belakang. Time ni aku ingatkan sakit, tapi takdelah sangat.  Cam cucuk jarum biasa jer. Aku dibius separuh badan. Maksudnya aku akan sedar sepanjang pembedahan. hanya pinggang ke bawah sahaja tidak akan rasa apa-apa. 

Masuk dalam bilik pembedahan, alhamdulilah, semua staff adalah perempuan. Doktor bius check samada aku ada rasa apa-apa tak bile die sentuh kaki aku. Aku cakap rasa die tekan-tekan kaki aku dan rasa geli-geli.. aku dah cuak, bukanke sepatutnya aku tak rasa apa-apa.??
Aku tanya doktor bius dan doktor cina yang comel tu cakap, memang aku akan rasa tu semua. Epidural ni hanya akan buat aku hilang deria rasa sakit jer.. yang deria -deria lain masih kekal berfungsi.

Ini bermaksud aku akan dapat rasa apa yang doktor lakukan pada perut aku. 

Ya, memang sepanjang pembedahan aku dapat rasa diorang tekan -tekan perut aku dan organ aku. Melalui cermin kat atas badan aku, aku dapat lihat segalanya. 
Aku takut dan pegang tangan doktor bius erat-erat. 
Mata aku pejam dan banyakkan berzikir. Ya allah, Ya allah, Ya allah.

Aku tidak tahu bila permata hati aku dikeluarkan.. Tiba-tiba jer, aku dengar suara bayi menangis tersekat-sekat. Kemudian semakin kuat. Aku rasa lega dan bersyukur, rasa nak nangis pun ada. tapi aku cool lagi. 

Lama gak aku menanti mana baby aku ni? diorang tak bagi kat aku ke?
Tetiba, nurse datang dekat, tunjuk bayi yang dah dibersih dan dibalut pada aku. Dia selak dan tunjukkan kemaluan bayi pada aku. 

Jantina apa?
Aku jawab perempuan..

Nurse letak di bahu aku. Time tu ya allah, comelnya permata hati aku ni. Matanya hitam besar, penuh memandang bulat. Muka die kecik jer.. time ni aku sebak.. aku cakap, comelnye... comelnye..
Mata aku berkaca-kaca dengan air mata yang nak mengalir. Macam tak percaya jer ni anak aku.  Aku senyum tapi tak dapat sentuh dia lagi.  Kemudian nurse bawa bayi keluar. 

Doktor kembali menutup belahan perut aku. Time ni aku berani dan tengok jer apa yang doktor buat. Nampaklah organ dalaman aku. Nampaklah mereka cuci -cuci dalaman aku tu.. Kejap jer semua tu.. Rasa cam kena tekan -tekan jer perut aku ni hahahaha.. :P

Kemudian diorang usung aku keluar. Time ni diorang biarkan aku kat bawah lampu yang panas. Lama diorang tinggalkan aku. Dan aku mengigil tanpa henti di situ. Betullah apa yang orang cakap, lepas operation badan akan rasa sejuk sangat. 

Walaupun diorang tolak aku ke wad, badan aku masih menggigil. 

Kami berdua di tahan dua hari untuk monitor perkembangan bayi. 


I'm a girl 


16.12.2015, petang 

kami dibenarkan discaj. Alhamdulilah semuanya selamat.


Perkenalkan.

..
..


Adlina Saffiya
2.55 kg

Dilahirkan pada

14.12.2015, 5.39 petang








Waktu tidak sesuai untuk menimbang berat badan





Sebelum tidur : * Berat bertambh/berkurang  : berat ini dipengaruhi oleh berat dari aktiviti hari itu
seperti senaman, waku terakhir makan, waktu terakhir minum. Ia bukan berat sebenar.

Selepas minum air(banyak) - Berat bertambah kerana berat ini dipengaruhi oleh berat air.

Selepas makan: Berat bertambah : Berat dipengaruhi oleh makanan yang dimakan

Selepas lahirkan anak: Berat berkurang: Dipengaruhi oleh berat yang diperoleh semasa mengandung.

Minggu-minggu terawal proses diet anda -Berat air .

Selepas senaman- Berat berkurang : Berat ini dipengaruhi oleh berat air yang hilang semasa senaman.

Semasa minggu mestruasi: Hormon!

How much you drink today?

How much did you drink today? One of the essential tips to lose weight is drinks lots of water..


For me? 1 L per day. It's not enough orait! to lose weight I have to drink at least 3 L per day.  Lots of water is also good to increase breast milk.. yaha>.  
 I miss my little baby.. ^^ 

Masak dan Perempuan

Perempuan ni dikatakan kalau pandai masak memang akan menjadi calon isteri no 1. Kira bak kata orang dulu-dulu
" Nak pikat lelaki mestilah dari perutnya dulu".

Maksudnye kalau pandai masak, senang ler lelaki jatuh cinta. 

Jadi yang gf-gf kene ler rajin pass makanan ke bf-bf 

senang citer setiap kali jumpe cakap ngan bf ; takyah makan kedai,  
cakap jer

" i ada masak, meh ler makan kat umah sekali ngan bapak I."  ngeh~ngeh ngeh