Thursday, January 12, 2017

Dah mula kemalasan dah..

4th Day Diet Streak

Semalam terlebih kalori okey... ni semua gara-gara tak dapat tahan nafsu nak makan nasi gak..lepas tu siap makan snack chocolate ngan biskut lagi, miahahahaha.... Nampak tak permainan malas tu dah start .. Exercise pun skip. Huhuhuks.. ~~


Nampak dalam ni tulis, dalam 5 minggu aku leh dapat berat 59.3 kg, kalau berterusan begini. Nanti kita timbang yer...
Takpe, kita tengok hari ni camne pulak? :P




Wednesday, January 11, 2017

BAHAGI KALORI DENGAN SEIMBANG UNTUK BREAKFAST, LUNCH, DINNER

3rd day diet streak.

Semalam sakit kepala, pening dan mual. Rasa dunia berpinar-pinar, nak jalan pun takboleh.  Aku fikir positif yang badan terkezut sangat sebab dah dua hari makan kurang dari 1200kcal. Alhamdulilah, hari ni takde dah pening kepala.. rasa lega sangat. 

Walaupun begitu, semalam aku telah cheat makan time larut malam sebab tak tahan sangat pening kepala tu. Ingatkan over kalori, tapi bile key in dalam myfitnesspal, yes, masih below 1200kcal. 

Camnepun, aku tak buat jumping jack malam tadi. Harap hari ini dapat buat exercise walaupun rasanya cam hari ni AKAN terlebih makan kalori. Ni semua gara-gara tidak pandai membahagikan kalori intake untuk portion breakfast, lunch dan dinner. 

Sebab apa salah budget kalori?? 

Pagi tadi ada meeting. Dan seperti biasa, kalau meeting memang ada makan-makan. So, terlebih pulak kalori intake untuk lunch time. Terpaksalah korban kan kalori intake untuk makan malam ni.. Aduhai... Balance kalori untuk malam ni sikit sangat, harap-harap dapatlah aku menahan nafsu dari makan nasi malam ni. (T.T)

Image result for nasi

Tuesday, January 10, 2017

Diet Revolusi

Okeylah memandangkan setiap kali balik kampung, banyak orang dok terkejut tengok/ kata aku ni dah gemuks tak macam waktu kahwin dulu, untuk 2017 tahun ni, aku nak DIET. Kali ni betul-betul diet hokeys, bukan hangat-hangat taiik ayam.

Aku lepas beranak memang naik mendadak beratnya.. dah macam pokok rendang gitu, dahle pendek. Baju-baju waktu takde anak dulu sume dah pack buang dah.. sebab dah tak muat. Nak tahu berapa berat aku sebelum kahwin?

46 kg. 

saje nak interframe gambar kahwin ari tu, ( Mac 2015)

Kemudian, aku mengandung. Berat aku semasa mengandung , terus naik ke 50++. Tapi time ni takpe.. ada seri baby, so  nampak manis miahahahaha...

Waktu majlis hari raya July 2015, waktu ni mengandung 4-5 bulan
Lepas beranak kan piya, tahu berapa kg? 62 kg.. tak turun-turun dah samada maintain atau naik jer ... haru betul! 

Sekarang dah masuk tahun 2017, piya pun dah setahun dah. Aku masih kekal debab ... sedeh hati bila nak jalan pun terasa mengah. Badan terlalu berat, macam-macam sakit datang, lenguh la, bdan masuk anginlah,, gastrik lah.. 

Jadi dengan bermulanya tahun baru ni, aku berazam untuk kuruskan badan sebelum raya tahun ni. Taknak dah dengar makcik makcik dan sedara mara aku kata aku gemuk dah.

Hari ni second streak aku diet. Aku try diet kalori. sehari 1200 kcal jer, tapi target aku kurang dari 1200 kcal. 

Diet atkin?

Belum ada keberanian untuk tidak makan karbohidrat. No!! I cannot live without my nasi.

Exercise?
Sedang dalam proses. Masih mengah, nak kene start slow-slow, Dah tak boleh dah nak sprinter lari cam dulu.. 

Okey, tu jer rambling here.. 

Wish me luck.

Day diet streak : day 2