Monday, January 23, 2017

Emotional /Stress Eating

Setiap kali weekend je.. mesti kena reset diet. Sebab asyik terlupa key in myfitnesspal dan makan melahap tak ingat dunia. Macam semalam, tengah malam pukul 1.00 pagi, rasa lapar dan stress, terus p amik pinggan, buh nasi, buh ayam, buh telur goreng separuh masak, kemudian pi melahap kat depan tv. Siap ajak D'man join sekali miahahahaha.... (evil laugh).

Hari ni, tekak rasa sakit pula. Ni mesti sebab aku tak minum air 1600ml/day. Sebab sebelum ni, minum je cukup 1.6L air kat office. Balik rumah je mesti kehausan tak minum. Lupa sangat. Nak kena ubah gaya camni. Lepas ni nak bawa botol air dari opis yang besar tu, letak kat umah waktu weekend, so dapat pastikan 1.6L sentiasa dapat minum, kan?kan?

Aku perasan yang aku ni stress eating... or emotional eating. Maksudnya, kalau aku stress ke, penat ke, sedih ke, happy ke.. mesti makan tak ingat dunia.  Sebab tu beratpun macam berat yo-yo dan biskut chipsmore.. sekejap kurus, sekejap gemuk. Haish...

Aku baca dari internet, kalau nak stop emotional eating tu salah satu trick dia adalah seperti di bawah.

Bila nak makan je, fikir ni..;


TBT


Wow! Cam sekarang ni aku fikir aku takde selera nak makan brokolli tu.. tapi rasa cam lapar.. so apa  lagi, teguklah air kosong kat sebelah ni. Sebabnya, jika kita rasa lapar, kekadang sebenarnya kita rasa haus je,..

Kemudian trick kedua pula adalah FACING YOUR STRESS OR THAT EMOTIONAL THING tu!!
Contohnya kalau rasa stress, jangan cakap : " Eee...stressnya!!" tapi cakap " Eee... stressnya aku dengan dotdodot tu..sebab dia buat.. dotdotdot//"

Bila kita specific kan kestressan kita tu... maka automatik kita akan fikirkan solution, dan tak fikir nak makan..

Ha..

So apa lagi, boleh try.

P/S : Ada dua helai baju yang aku dulu tak muat, tapi la ni dah muat dah... aik? Adakah ini hanya imaginasi dan ilusi sahaja? Takkan aku dah kurus, kedebaban still cam sama je.. huhu.. I really need to get my self a weight-scale miahahaha...