Thursday, March 16, 2017

Puasa Qadha

Lama dah tak update status diet streak aku ni.. Soalan pertama, camne dengan diet anda? hehehe.. Aku masih lagi berdiet, cuma kali ini aku try approach yang lain pulak. P.U.A.S.A. Memandangkan aku memang banyak tak ganti puasa lagi ( time ngandung+menyusu hari tu), So total aku kena ganti puasa adalah 27 hari. Ha.. banyak kan? Hampir sebulan tu. Bulan Ramadhan belum tiba, aku dah poser dulu.. ko hado? :P

Jadi, sekarang ni dah hari ke 12 aku berpuasa ganti. 7 hari terawal, rasa bersemangat dan tak terasa sangat laparnye. Tapi hari ni dah mula rasa lapar sangat. Selalunya, lepas keje baru terasa lapar, hari ni belum pukul 3 petang, aku dah rasa cam nak pitam-pitam pulak. Cis... Tapi puasa masih diteruskan. yerlah, puasa qadha mana boleh separuh jalan kecuali betul-betul membahayakan kesihatan/uzur. Sebab hukum puasa qadha dah macam puasa wajib dah.. so bertabah lah aku hari ini.

So, sepanjang puasa qadha ni, aku hanya makan time berbuka, dan kekadang sahur. Sabtu Ahad aku tak puasa, jadi makan seperti biasa.

Sambil menyelam minum air.. kikiki.. so tak sabar nak timbang after habis ganti semua puasa. Harap-harap adalah penurunan  walaupun 1 kg kan?

P/S : Ramadhan tak lama lagi, target kurus sebelum raya ni.. aper cer? huhuhu

My First Flat Lay - Adlina Store

Hai, ni first try buat flatlay.. memang amateur lagi sangat! hahah! Background tak de so pakai je karpet rumah yang ada huhuhu. B...