Friday, March 24, 2017

4 Minggu Puasa Qadha

Dah 4 minggu puasa streak ni ha... Ada lagi 2 minggu nak settlekan puasa qadha, lepas tu dah boleh melantak seperti biasa. Tak sabar pula nak timbang berat lepas ni. Ada perubahan ke idak kan?

Sepanjang puasa ni.. memang aku takde exercise @ control makan. Tapi hanya makan sekali je iaitu waktu berbuka. Sahur kekadang je kalau sempat. Tak tahu lah kalau gaya begini, turun tak berat badan aku ni.

Buat masa ini, takde rasa perubahan apa pun kat empunya badan ni. Buncit still buncit, debab still debab, double chin masih kekal terletak.. Baju yang tak muat, masih kekal tak muat.. .. Tapi, kita tengoklah dulu camne lepas dua minggu lagi. Sebelum ini berat aku 60kg yer puan-puan.. dupdapdup gak ni nak timbang nanti.