Thursday, March 30, 2017

ATKIN DIET

Tertanya-tanya, perlukah aku buat atkin diet? hmmmm.. kuatkah aku untuk berdiet atkin? hmmmm....

Apa-apapun, kita habiskan puasa qadha dulu.

chiow/

Tuesday, March 28, 2017

Down la pula bila puasa tapi tak kurus-kurus.

Semalam pergilah timbang berat badan kat machine penimbang shopping complex. Rasa confident lah kununnya sebab dah puasa 4 minggu, , mestilah ada perubahan kan?
Sekali kau.. 62 kg?!!

What??!!

Naik dua kg? OMG? Macam mana ini boleh terjadi? What happened....Sedeh terus..rasa down sangat. Terus pi emotional eating , pi melantak sushi dengan rendang ayam made with love from my father in law.. huhuks..

Hari ni, dah tenang sikit, check-check lah apa kesilapan diet ketika berpuasa ni. Setelah diselidik, dapatlah beberapa point. Antaranya:

1- Tidak kawal pemakanan
* Pi melantak je sesuka hati time berbuka dan tentu-tentulah, lebih dari 1200kcal yang sepatutnya aku ambil setiap hari/

2- Bersahur sebelum tidur.
* Sebabkan malas nak bangun bersahur, sebelum tidur aku p melantak makan dulu, lepas tu tidur. Dah tentu-tentu badan perlukan 4-5 jam untuk proses makanan sebelum tidur, kalau tak cukup hours tu, memang-memanglah makanan terus jadi lemak.

3-Kurangnya aktiviti fizikal
Dok kat opis, tak gerak-gerak, siap bersila bagai atas kerusi. Jalan hanya untuk ke toilet. Pemalas betui la aku ni..  Lepas tu takde exercise lagi. Memang, tepulah lemak kat badan ni.

4-Banyak tidur.
Siang takdelah tidur sangat, tapi memang weekend tidur lah juga. Bila piya tidur siang, aku pun join. Malam pun sama. Tu yang rumah pun macam tongkang pecah.


Dan disebabkan obes sangat ni.. kepala lutut aku pun terseliuh sekarang ni, nak jalan nak duduk, nak mencangkung sume yang pakai lutut, dah tak boleh buat dah. sakit yang amat. Alahai...  Cepatlah aku turun berat badan, macam-macam sakit dah mai hinggap dah ni.