Friday, July 7, 2017

Nasi goreng itu...

Hari ke-4, diet streak.

Untuk pengetahuan semua, aku tak jadi diet atkin, takleh hidup tanpa karbo, so back to diet kalori. Masuk hari ini, dah hari ke-4, diet kalori. Alhamdulilah, intake food masih tak over 1200kcal lagi setiap hari. Air pula 2L setiap hari.- target nak 3L, tapi takpe kita buat baby step dulu.

Pengalaman 4 hari diet kalori ini, mula-mula tak terasa sangat, masuk hari ke-3, start rasa cam ada yang tak kena bile tengah malam. Nak kata lapar, tak lapar, tapi rasa nak mengunyah a.k.a nak makan, padahal tak lapar pun. Bwahahaa~ aku anggap ini fasa badan aku tengah terima rutin makan tak over, sebab selalunya badan aku memang makan over kalori, lebih 1200kcal sehari wa cakap lu!

Plan awal aku, tengah hari hanya makan telur rebus/telur stim/telur goreng untuk lunch. Tapi 3 hari berturut-turut mengadap telur, terasa muak pula. So, hari ini aku bawa mee goreng, around 400kcal. Okey lah tu, pagi tak break fast, so ada balance 800kcal untuk dinner.  Itu plan aku. Wah, sebelum tido semalam dah plan nak makan apa. hebat tak!? ngee!

Tup tup masuk ofis, akak cleaner bawa nasi goreng pula dah! Aduh! Semua officemate, pakat makan kat pantry.  Aku juga duk sorang ngadap komputer. Sebabnya, nasi goreng lebih 600kcal kalori, kalo aku amik half pun still 300 kcal. Cam rugi pula dah.~  So korban lah sikit, teguk je lar air kosong bebanyak kan~

Takpelah, demi turunkan berat, demi kesihatan  * pujuk hati *




Wednesday, July 5, 2017

baby step

Memang susah untuk kurangkan berat badan dan buang semua lemak yang dah terkumpul dua tahun lebih ni. Dari 46kg- 62 kg, banyak tu. Tu belum habit bermalas-malasan, habit makan melantak, habit tidur dari senaman dan macam-macam habit ternak lemak yang sukar diubah.

TAPI~

Semuanya perlu start, slow-slow.

Slow-slow take the baby step.

Slow slow motivate diri sendiri.

Ini my baby step to better body, better health


  • Makan nasi dikurangkan kalau boleh tak makan langsung! 
  • Minum air banyak, 3L sehari (cuba, dan cuba)
  • Senaman jalan kaki setiap minggu di taman (jalan lenggang-lenggang je, tak larat nak lari lagi)
  • Cari sahabat yang nak join kuruskan badan juga. Dah dapat dah, my bff , nak teman exercise setiap weekend. Thanks yana! Walaupun kau dah kurus dan fit, sanggup teman kawan debab kau ni. muahh you to the moon. 



Monday, July 3, 2017

Ditegur

Baju keje ketat, baju keje ketat, baju keje ketat...

Ditegur my bff sebaik start kerja hari ini, selepas cuti raya seminggu.

(⁎˃ᆺ˂)