Friday, September 8, 2017

Mengandung ke?

Mengandung ke? Uii.. soalan yang kerap dengar sejak akhir-akhir ini kat opis.

Apa yang tersirat sebenarnya?

nak suruh tambah anak lagi ke?

Atau...

Sebenarnya dah semakin bulat?

Ui, mengigil-gigil lepas jawab sengih -sengih+ gelak-gelak , mengaku yang diri ini dah bulat sampai nampak cam orang mengandung.

Hati yang terluka hanya tuan badan je lar yang telan.

T.T

Thursday, September 7, 2017

NIkah 13.3.2015


13.3.2015.

Tu tarikh nikah aku. Hari jumaat, lepas asar.  Nikah kat surau rumah aku je, yang hadir saudara mara dan sahabat terdekat.

Sebenarnya time nikah tu. jurugambar tak pandai sangat amik gambar. Habis flash semua menyebabkan terang benderang gambar-gambar nikah aku, sampailah silau-silau mata orang yang memandang (T.T).  Boleh dikatakan tak nice lah gambar nye. tapi time majlis bertandang, nice pula gambar nye. Aku berfikiran positif lah yang diorang dah pandai setting dah camera time tu...

Theme aku baju nikah adalah putih cream + kuning cair camni.  A few pictures below yang aku rasa takde le silau sangat untuk di upload.




With bff time skolah- Zahirah- waktu ni dia ngandung, sarat-saratpun datang dari kedah nun sane.
make up aku light untuk  cahaya matahari nampak nice, tapi bile dalam bangunan, kurang skit lah.

ni baju nikah aku dalam light cahaya biasa.
Baju kurung biasa, beli kat jalan Tar.
Selendang manik-manik tu beli online
Tudung kuning tu beli di jalan Tar-
mur-mur je semua hehehe


D'man tengah akad nikah. Yang baju melayu biru tu, ayah aku.
Sebelah dia tok imam

D'man tengah baca akad janji sume. 

proses sign perjanjian kahwin
kat sini nampak sikit baju nikah aku camnie.
ada corak-corak kuning lace kat baju .
Inai pun nampak merah je, aku buat inai ni book henna dari online
cantik sebenarnya corak nya. 



proses pertukaran mas kahwin

with my mum. Ada sama tak muka? hehehe

with family belah D'man



with family belah perempuan. Ni semua dari kedah ni, saudara mara mak aku.
waktu ni flash mak ai, hilang aku dibuatnya.
Stress

okey, these all my bff yang datang
Ma and adiknya, Za and Yana (pengapit aku ni hehehe)
So moral of the story, kekadang camne kite buat research pun, cari photographer, cari baju , cari mak andam, kalau boleh nak yang terbaik , alih-alih ada je yang tak kena. contoh cam aku, gambar tak jadi miahahah~ 

Camne pun alhamdulilah, majlis berjalan lancar, semua puas hati dan dah dua tahun berlalu dah pun, sekarang dah ada anak pun hehehe..

Amik yang jernih, buang yang keruh.

K bye, 

Saje je throwback.


Wednesday, September 6, 2017

Birthday Piya 1st year!


Okey, citer ni sebenarnya dah lamapun. Piya dah nak masuk dua tahun pun, bwahahaha~  Tapi, dok godek-godek gambar lama, terjumpa gambar mama (pengasuh piya) bagi dulu.

 Diorang celebrate birthday piya yang first!  14 December 2016. Waktu ni ibu and ayah bawa piya jejalan je, takde buat celebration pun, tapi mama nak buat juga party kecik-kecik. Untung piya dapat mama yang sayang budak cemetot ni sangat-sangat.


piya suka betul kek ni. 

waktu ni muke cemetot ni masyamm je sebab baru bangun tido. 

time nak potong kek, abang haris nak join skali. hehe

 













ni semua abang kakak piya kat sane. ^^



Happy birthday 1st year, adlina safiyya.!!

makan kek lagi. 





Takde perubahan lagi

Ya allah, takde perubahan lagi. Tempoh hari adalah turun dari 60 kg ---> 58-59 kg. Tapi lepas raya haji hari tu, naik balik 60 kg, bwahahaha~

Stress ke?

Takde lah stress sangat, sebab memang dah agak dah, mesti naik balik berat ni. Tambah-tambah dengan tidak ikut diet kalori, boh makan je ape yang suka, so... dah agak dah tak turun pun berat ni.

Exercise.

Terus ke laut. :P...
Tapi memang yakin hanya dengan exercise sahaja berat boleh turun. Tapi yang menjadi masalahnya adalah, takde masa nak exercise. Weekend terlalu pack. Ada je aktiviti, balik kampung lah, jalan-jalan lah, keramaian family lah..

Semangat?

Masih ada lagi. Masih nak kurus, masih nak sihat. Hari-hari dok fikir nak kurus sambil makan burger, sate, cekelat.. :P

Penimbang

Dah ada dah, sebelum ni takde, jadi cam hangat-hangat tahi ayam, tapi la ni dah ada, semangat up balik!

Okey, mari diet balik. Reset, start and don't give up!

Image result for emoticon semangat