Monday, September 11, 2017

Corak untuk si badan pear


Hi, lama dah tak update pasal ootd untuk si badan pear. Yerlahkan, lepas dah ada anak sorang ni, badan dah tak berapa pear dah, jadi straight tong gas je sekarang ni, miahaha!

Bagaimana nak pakai skirt corak-corak seperti di bawah, tapi taknak nampak out-proportion untuk body shape pear?

Tips nya:


  • Jangan pilih corak melintang!  Karang nampak lagi debab!
  • Kalau nak pakai skirt corak-corak, pastikan balancing kat look tu. Kita taknak nampak out of proportion. Contoh cam nexx balance kan dengan tudung corak juga. 
  • Elakkan corak besar gedabak. Tapi cam kes nexx ni, sebab skirt gini adalah trend sekarang, nak juga bergaya dengannya, so nexx balance out dengan tudung corak besar-besar gak.
  • Nak nampak kurus? Pakai hitam bwahahaha..




tudung : gift from my mom
baju hitam : gift from D'man relative
black cardigan : my own collection since dulu-dulu lagi, favourite ni (nasib muat lagi)
pink belacan bag : Beli di sogo, rasanya RM100 dua (time sale), jenama corolis
skirt corak : beli di First Lady ; RM 20 (sale)

OOTD theme : Simple but sweet.  :P

ok, chiow!

Majlis Bersanding Pihak Perempuan 14.3.2015 -Part 1 ( Persalinan pengantin)


14.3.2015, majlis bersanding pihak perempuan- side aku lah hehehe... buat simple- simple je, budget 14K je time tu,  guna butik sri angsana. (link) 

Sri angsana ni ada complete package, katering+butik pengantin, kira semua dalam one whole set lah. Tapi memang service die TIPTOP! Memang puas hati, pelamin cantik, baju cantik, especially makanan dia memang ramai tetamu yang puji. Sedap sangat! Really recommended!

Okey, moh cerita pasal baju je. Baju ni sepasang set, termasuk dalam package yang aku amik tu. Tapi jangan risau, baju pengantin ni korang boleh pilih ikut kesukaan korang. Memang rambang mata aku time nak pilih baju pengantin ni, semuanya cantik-cantik kot kat butik tu .

Tapi last-last aku ambil je yang ini, sebab theme warna majlis aku hijau-kuning. Aku pun nak yang simple-simple design nye so boleh nampak elegant. (kunonnya , bwahaha). So, satu persalinan siap semua accessories+kasut+bunga tangan, seperti di bawah ;



ni baju kahwin aku- warna coklat coklat.
time ni tertinggal bunga tangan, so takde la bunga tangan aku sepanjang majlis ni. (--__--"")

close up inai sikit. Time ni dah cair sikti dah inai ni, aku p rub time mandi.
hahaha~ 

close up corak lace silver kat baju ini.
Waktu mula-mula pakai baju ini, member kata nampak sangat simple, tapi bila dah pakai, makeup bagai, nampak menyerlah kan? kan? 

time dalam dewan. Menyerlah seri pengantin baru ni (sila muntah hehe)
Simple but nice je trademark aku. 

ni time berarak. Full baju aku kain panjang kat belakang tu.. payah aku nak jalan
Baju D'man takde accessories sebab dia tak moh pakai. Haram katanya lelaki berhias barang kemas, okeylah fine.
Disebabkan aku pendek, tinggi tak sampai 150cm pun, memang baju ni labuh gile. Aku memang leceh sikit kalu beli dress labuh, asyik nak kena kerat bagi pendek je. Nak alter baju pengantin ni, tapi sewa, so, tak jadi alter lah.

Aku just sentengkan sikit, pakai kasut platform tinggi dan jalan catwalk sambil angkat kain, fuhhh! :P

okey, tu je.. next post, aku citer bab make up pula. Make up aku ambil asing, sebab, walaupun package aku ambil ni include make up juga, tapi aku takmoh sebab dah berkenan kat jurumakeup lain. So sri angsana tolak lah cost make up.

Don;t worry kat sri angsana ni kalau package amik contoh 12K, pastu korang tolak some of the offer dalam package tu contoh make up ke, pelamin ke.. just bincang dengan wedding planner diorang , then diorang akan tolak +tambah semua balik cost korang.

Cam aku, aku tambah dan tolak certain-certain, and diorang calculated balik total dalam 14K camtu. Sangat puas hati berurusan dengan sri angsana katering ni. Staff diorang nice and very tolerable.