Friday, July 1, 2011

tengah hamil pun amik dadah lagi ke!?!! @#$$%

KUALA TERENGGANU: Seorang wanita yang sarat mengandung enam bulan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam kerana mengambil dadah jenis Methamphetamine di rumahnya di Jalan Pasir Panjang, di sini.

Noradila Arifin, 30, yang sedang mengandung anak ketiganya, disahkan positif syabu dan didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan 2002) yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih tiga bulan dan denda tidak lebih RM5,000.

sumber berita harian online

Mengikut fakta kes, tertuduh ditahan bersama suaminya berusia 32 tahun di rumah mereka di Jalan Pasir Panjang kira-kira jam 5.32 petang kelmarin selepas sepasukan 11 anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu melakukan serbuan ke rumah itu hasil maklumat awam.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Superintendan Roslan Abd Wahid ketika ditemui di pejabatnya berkata, ujian air kencing dijalankan terhadap suami tertuduh disahkan positif syabu dan pil kuda.

“Suaminya mengambil sebiji pil kuda setiap hari dengan anggaran perbelanjaan RM30 sehari, manakala isterinya ketagih syabu dan membelanjakan kira-kira RM400 sehari untuk mengambil dadah itu," katanya.


Isshh... RM400 sehari,.... banyaknyer duet die ek nak beli dadah.. kaloo buat shopping lagi bagus... pas tu gile tak sayang anak, mengandung pun isap dadah.. kang baby lahir jadi cam tak comel laks.. kekadang dok pk dowang ni tak tahu ke dadah itu merbahaya?!!  dah la buat abis duet, effect kesihatan, effect kesihatan baby dan juga leh bawak mati ( hiv) isk..isk...

Jadi! Jauhi Dadah!! dadah itu pembunuh!!