Monday, December 30, 2013

Asam keping untuk Mata ikan/ulser dalam mulut

Sudah dua minggu mulut  kena mata ikan (Ulser) je... Mula-mula kat bawah bibir kanan, kemudian lepas seminggu hilang dan naik pula kat gusi bawah. Sakit kali ni  buatkan aku stress. Minum air pun tak boleh, makan lagilah denyut-denyut sakitnya. Butir nasi rasa keras gile nak gigit ..Macam nak gugur gigi.. huhuhu~ 

Ni eh ulser / bahasa kg nyer mata ikan ( contoh saje)
aku nye kat gusi bawah .. T.T



Akhirnya semalam aku guna petua tradisional ini : ASAM KEPING. 



Caranya, letak asam keping (yang sekeping tu) secubit kecil sahaja jer cam besar jarimanis, kecik jer..  dan letak di tempat ulser tu selama 2-3 minit. First-first memang pedih (tapi tak sepedih garam). Pedih die kejap jer rasanya dalam 1minit lebeh jer..Pedih die memang boleh tahan ler, takde pun kuar air mata ke nangis ke.. boleh tahan ler.. (sebab korang dah rasa sakit denyut-denyut sebab ulser tu.. so kalau nak bandingkan ngan pedih letak asam keping ni huh takde hal lah).

Lepas 2 minit camtu, dah tak rasa sakit langsung. Aku siap tonyoh-tonyoh kat ulser tu ngan asam keping.. relaks jer takde pape.. Kemudian aku buang asam keping tu jangan makan laks, masam kot hahaha.. komor-komor mulut.. relaks jer takde rasa sakit. Memang ajaib! Wow! Walaupun mata ikan tu ada lagi tapi tak rasa sakit langsung! AKu cam tak caya jer, serious, aku kembung-kembung mulut sume, pass tu aku terus cpai nasi makan.. emm.. aku dah boleh kunyah dah, memang rasa takde pape! OK! DAH TAK SAKIT DAH!! 

Dan hari ni, aku sihat jer.. takde rasa sakit lagi dah! Jadi, petua ni memang betul lah.. Kalu korang nak try, aku sangat suggest kan!  AKu sangat bersyukur dapat tau petua ni.. berlinang ni air mata akhirnya penderitaan ku selama seminggu sudah tamat.. cewah! hehehe... 

Lepas ni nak kena minum air banyak.. sebab aku dah mula rasa cam ada mata ikan laen yang nak naik minggu ni.. huhuhu~>.  

P/S : Berturut-turut betul mata ikan/ulser ni naik kat mulut ni.. geram lak aihh!