Testing 1 2 3

Aku sekarang sedang berkira-kira hendak beli laptop atau ipad/ tablet untuk mengantikan lappy aku yang sentiasa rosak! So post ni aku cuba try testing dengan tulis di ipad dulu. Emmm... Senang juga nak menaip, tapi aku tak sure kalau aku tulis cerita yang panjang- panjang sesuai ke tidak. Sebabnya contoh cam nexx-novel, kan bila nak tulis cite aku akan banyak tulis dialog. Skrang ni aku sukar nak buat perenggan dan tanda pembuka dialog yang ini ".

" Ah! Aku rasa susah untuk mengupdate cerita melalui tablet atau ipad" keluh aku sambil menaip secara perlahan-lahan pada keyboard sesentuh ipad apple warna putih yang dipinjamnya sementara dari abang iparnya yang sedang bekerja sementara di luar negeri hari ini.

"Oit, kau nak guna komputer atau ipad?!" Tegur adik mok melalui depanku. Tanpa berhenti untuk jawapan, dia  berjalan ke anjung,melihat mana datangnya suara riuh rendah di luar. Rupanya tiga orang jejaka sedang rancak berborak di tempat parking bawah apartment kakakku. Rumah apartment kakak ini terletak di tingkat dua, jadi sememangnya biasa hingar bingar kalau ada orang melepak di bawah. Aku teringat yang aku juga sedang membiarkan komputer desktop terbuka tanpa diguna, leka melayan ipad ini.

" ok!nak guna komputer! Sebab susah betul nak edit guna ipad ni. Nak tulis empat perenggan pun dah makan masa, inikan pula nak tulis satu babak cerita atau novel yang punya banyak perenggan dan dialog yang melampau- lampau ." Jawabku yang nyata- nyata tidak bertepatan dengan soalan.

Ah! Aku rindu pada mouse dan button return dalam microsoft word.

Ok bye! Ipad/tablet ni best kalo update post pendek dalam blog jer. Huhuhu...

Popular posts from this blog

Hantaran Tunang

Peplum untuk Bentuk badan Pear

Sayur Goreng Telur