Sebenarnya post ni dah lame.. lupa nak update. Tempoh hari iaitu di tahun lepas, hahaha(lameeeeeeenye post ini), waktu birthday my little bro (Adik), aku pun membawa dia sambut birthday di mid valley. Sampai sana tengahari jadi haruslah pergi lunch dulu. Aku bawa dia ke DUBU-DUBU RESTAURANT konon nak feeling korea. Lagipun kami berdua kan peminat RUNNING MAN, so sekali-sekala nak rasa makanannya apa salahnya kan?
Makanan dia paling meriah- Ginger Bulgogi set (beef) = RM 20.90 Birthday boy le katakan ^^ |
Aku nye - set japchae= RM 16.90 sedap gile!! Aku suke sebab ia tidak berminyak dan kenyang-puas hati. |
Lepas makan di sana, kami pergilah karaoke di Gardens Mall, sebabnya aku cari kat mid takde pun karok hehe..
Aku mulai perasan yang aku banyak pakai baju biru bile keluar O_O# |
Birthday boy@ redbox, sempat dia pow buku komik kat aku gak.. |
Pilih-pilih lagu |
Mari menyanyi! hehehe |
Lepas tu tv karaoke, microphone, bilik sume cantik dan canggih gitu.. Touch screen tau... hehehe... Sound die pun memang puas hati! Privacy pun ada... Memang best karok di sini.. Kami amik package yang ada makan-makan. Die ada dua slot untuk package yang makan-makan ni... slot pertama masuk 1-5 (4 jam), makan buffet start kul 3. Slot kedua aku tak ingat, tapi makan diorang start kul 6. Total belanja aku tak ingat, lupe nak simpan resit.. tapi tak salah aku RM 100 kot?
Ahhh.. aku suka berkaraoke! hehehe
Ahhh.. aku suka berkaraoke! hehehe