Stress ke?
Takde lah stress sangat, sebab memang dah agak dah, mesti naik balik berat ni. Tambah-tambah dengan tidak ikut diet kalori, boh makan je ape yang suka, so... dah agak dah tak turun pun berat ni.
Exercise.
Terus ke laut. :P...
Tapi memang yakin hanya dengan exercise sahaja berat boleh turun. Tapi yang menjadi masalahnya adalah, takde masa nak exercise. Weekend terlalu pack. Ada je aktiviti, balik kampung lah, jalan-jalan lah, keramaian family lah..
Semangat?
Masih ada lagi. Masih nak kurus, masih nak sihat. Hari-hari dok fikir nak kurus sambil makan burger, sate, cekelat.. :P
Penimbang
Dah ada dah, sebelum ni takde, jadi cam hangat-hangat tahi ayam, tapi la ni dah ada, semangat up balik!
Okey, mari diet balik. Reset, start and don't give up!

No comments:
Post a Comment