Sindrom Gila Nexx

Kakak nexx memang pantang kaloo suruh tangkap kan gambar. Walupun penat ler nexx suruh dia tolong tangkapkan gambar nexx, sebab nexx inikan seorang yang gila kamera. Suka nak posing syok sendiri. Walhal gambar takdelah cantik mana, ataupun glamer mane..


Dia memang tak sukalah orang yang asyik-asyik tangkap gambar. Contoh yer.. kalau pegi makan tuh, suma gambar makanan nak diambilnya, pergi shopping pun nak tangkap gambar,  dalam jambannn pun nak tangkap gambar juga kewwwwww...  - macam nexx sekarang ini. Dah terkena sindrom sume nak tangkap gambar. Nak buat muncung itik ler, nak tangkap gambar makanan ler.. nak tangkap gambar kat dalam lif pun nak tangkap gamabr.. cess tull.


Yerlahkan, bila tengok blogger-blogger kat luar sana tu, sumanya pose cute-cute letak gambar memasingkan, nexx pun teringin ler nak jadi glamer blogger cam depa.. ( Blogger ke aku? cess.." ). so jadilah kegedikan yang menyerlah yang tidak dapat dibendung lagi dah.. n my kakak memang tension jer dengan adik dia yang sorang ini.  SINDROM GILA GLAMER  katenyer.. SUKA SANGAT TERIKUT-IKUT ORANG... - TAKDE IDENTTI SENDIRI.. (ToT)

Fuuhhh...~~ pedih-pedih...~

Tapi memang pun nexx jenis yang MUDAH TERIKUT ORANG- TERIKUT SANGAT TREND ...  Yerlah, bila orang facebook, nexx pun bukak facebook walhal member sekerat kuku jer. Then bila semua orang ada blog, nexx pun buka juga blog padahal takdeler selalu hapdate puwn... ( sorry yer nexx-novel - suda berabuk pun blog tuh.. ).

Jadi, apa identiti Nexx sebenarnya? Apa yang sebenarnya Nexx nak dalam hidup ini? Ces, bermonolog pula..


Ramai tak yang kat luar tuh rasa cam apa nexx rasa? hmmm...~

Popular posts from this blog

Hantaran Tunang

Peplum untuk Bentuk badan Pear

Sayur Goreng Telur