Udang Masak Sos Tiram a.k.a Sos

Memandangkan mood tengah malas sangat, malas nak masak yang susah-susah. SO, masak le lauk udang masak sos tiram a.k.a sos. Ni resepi dicilok dari opis mate nexx yang memang suke masak lauk ini, sejak zaman anak dara sampai la skunk dah kawin pun, mesti dia masak nyer lauk ini.

Sebenarnya, nexx takde ler gemar lauk ini, tapi saje nak try kan. Bile dah try, ummm.. sedap juga rupanya. Terus licin pinggan. Erkk!! Alhamdulilah..

Masaknya sempoi jer.


  1. Mula-mula udang dibersihkan dan digaul dengan kunyit dan garam.Lepas tu goreng sempoi-sempoi sebab kalau lama sangat karang, udang akan menjadi kecut.
  2. Lepas tu, tumbuk bawang putih (6 ulas) dan halia (2 inci). Tumis sampai wangi. 
  3. Lepas dah wangi semerbak, masukkan carrot dan cili merah yang dihiris.
  4. Masukkan sos tiram ( 5 sudu besar) dan sos tomato ( 2 sudu besar). Air  bubuh sikit kalau nakkan kuah. 
  5. Lepas tuh, baru masukkan udang. Taburkan ajinamoto ( Jangan letak garam lagi ek, t masin pula)
  6. Gaul-gaul dalam 5-10 minit. Tada!! Siap (^_^)v.


Senangkan kejernye. Ni sangat sesuai untuk yang tengah malas. Guarantee cepat, senang dan kenyang.

Nyummy.. nyummy.. nyummy









Popular posts from this blog

Peplum untuk Bentuk badan Pear

Hantaran Tunang