Nasi goreng ala kantonis

Bila barang dapur takde banyak sangat dan dok pk-pk nak masak apa untuk breakfast? Kcing! Terus nak buat nasi goreng ala kantonis.Hheehe.. so success sudah first try masak nasi goreng ala kantonis ini.

Nampak cam nasi goreng kicap jer, tapi rasanya takde sama ngan nasi goreng kicap yer. Rasanya tawar tapi  sedap... tak tahu nak cakap camne, sape yang pernah makan nasi goreng ala kantonis ni kat kedai-kedai tau ler. Aku suke giler!  Kira tekak bley masuk ler. Sebabnya ia tidak berminyak sangat dan tidak masin sangat cam nasi goreng melayu yang biasa-biasa tu.Bagus ni untuk kesihatan hehehe...

Sapa yang nak merasakan kelainan syik makan nasi goreng kampung je kan, bley buat ni. Barang nak buatnya pun sangat ler sonang mek oi... Bahan yang kena ada :

  1. Kicap manis ( Dua sudu besar)
  2. Minyak Bijan ( Satu sudu besar)
  3. Bawang kuning yang di hiris ( Aku guna separuh bawang besar jer)
  4. Bawang putih (2 ulas dihiris yer)
  5. Sayur campur 
  6. Daging/Ayam etc yang dipotong kecik2 ( *kalo ada)
  7. Minyak untuk tumis (skit jer)
  8. Garam skit, ajinamoto skit
  9. Daun ketumbar ( dicincang kasar2 skit)(*kalo ada)
  10. Cili Merah ( dihiris)
  11. Daun bawang (dhiris kasar) - * kalo ada
  12. Telur ( 2-5 biji, tengok pada kuantiti nasi yang nak dibuat)
  13. Nasi untuk digoreng

Barang-barang yang * kalo ada tu, tak letak pun takper, sebab aku buat tak letak pun hehe tapi jadik jer.. tapi takde ler grand marvelous upenye nanti yer. 

Jadik bila sume bahan-bahannya sudah diprepare masak ler yer. 

Tumis bawang -bawang itu dan cili-cili , masuk daging, garam kemudian dah agak-agak daging masak,  masuk nasi. Gaul-gaul nasi tu , then masuk kicap dan minyak bijan, masuk sayur-sayur dan daun-daun tu.. Gaul lagi. Masuk kan telur., gaul sampai masak. Letak ajinamoto, rasa-rasa skit ok ke tak, then SIAP!

Ok bley makan... Sila-sila~~


Simple saje takde meriah sangat, biasaler masakan bujang ngehngeh ngeh~ 



Popular posts from this blog

Hantaran Tunang

Peplum untuk Bentuk badan Pear

Sayur Goreng Telur