Wednesday, January 8, 2014

Peplum untuk Bentuk badan Pear

Tips 2- Peplum untuk si Badan Pear

Peplum kurung agak menjadi kegilaan pada tahun 2013 dan 2014. Setiap kali pergi kenduri kahwin ramai aku lihat mengayakan peplum yang cantik-cantik. Tapi boleh ke orang yang berbentuk badan pear dan pendek macam aku memakai peplum. Ya, boleh! Tapi dengan syarat

1.Peplum itu mesti labuh jangan dok takat bontot tu.. nanti nampak punggung yang besar tu.

Ini peplum paras bontot jer.. tak sesuai yer untuk orang bentuk pear, karang nampak punggung yang besau tu... warna dia yang cerah di bawah tu pun tidak sesuai yer!


2. Jangan mengunakan kain jenis bertingkat-tingkat sebab bila sarat di bawah, anda akan nampak pendek dan pandangan jatuh pada bahagian bawah. Ingat! Sebagai insan yang berbentuk badan pear jangan memberi tumpuan pada bahagian punggung itu yer... jadi cuba bergaya dengan menarik perhatian pada bahagian atas.


Contoh baju peplum yang banyak flare/tingkat2

3. Kalau boleh pakailah peplum dari jenis kain lembut seperti cifon. Elakkan pakai jenis yang berat seperti lycra etc.

4. Dan detailing di bahagian pinggang nampak simple dan nice untuk badan pear . Al maklum ler badan pear ni pinggang die selalunya ramping aka kecil jadi sangat cantik kalau kite main fokuskan pada bahagian pinggang itu untuk mengurangkan tumpuan pada bahagian bawah yer...

5. Warna satu kaler juga memainkan peranan penting sebab warna satu kaler ni selalu buatkan pemakaiannya kelihatan tinggi. Ia juga satu cara play safe untuk mereka yang sedang slow-slow bergaya seperti aku ngeee.... ^_^V

6. Kain jenis duyung juga kalo boleh cuba dielakkan untuk si badan pear tapi sebabkan fesyen kurung peplum yang sesuai untuk si badan pear adalah jenis labuh, so takde masalah untuk pakai kain duyung hohohoho...( aku rasa ler hehehe)




Ni contoh kurung peplum aku pakai semasa kenduri kakak aku. Tema family kami blue turquoise.
Jenis chiffon, kain lembut, kurang flare and simple detailing di bahagian atas. Nampak tak den seperti kurus dan tinggi bwahahahaha~ Pinggang ramping fewittt hehe...