Sarat&Cerah di bawah BUKAN untuk SI BADAN PEAR

 Tips  (Badan bentuk Pear) 
  1. Elakkan dari memakai seluar/ skirt yang bewarna cerah pada bahagian tubuh bawah ( pinggang ke kaki). Sebab warna yang cerah di bahagian itu buatkan anda nampak gemuk dan lebih pendek. Namun corak yang cerah di bahagian atas dengan bahagian bawah yang gelap digalakkan. 
  2. Elakkan dari memakai corak jalur melintang pada pakaian anda. Jalur melintang membuatkan anda gemuk dan pendek
  3. Elakkan dari memakai pakaian yang mempunyai corak sarat di bahagian bawah. Sebab corak yang sarat di bahagian itu membuatkan orang tertumpu untuk melihat pada bahagian bawah badan pear yang besar ( pear shaped) 

Tak percaya? Dalam gambar atas nampak ok je kan? Sebabnya aku pakai tudung corak-corak di atas jadi nampak cam balance kan kan? haha.. itu cuma ilusi. Apa jadi kalu tudung tu plain? 


Ni pulak time aku berdiri sebelah member kenduri hari itu. Aku pakai tudung plain biru dan tadaaa!! Nampak kan tertumpu di bahagian bawah dan ini membuatkan aku nampak pendek+gemuk kan? kan? Padahal waktu ni aku dah kurus dari gambar sebelum ni.. Huduh bebenar aku nengok gambar ni.. 

Jadi dari sini dah nampak mistake yang aku buat sebab tak follow camne nak bergaya bila anda berbentuk shape pear cam aku. 

P/S : baju ni pun bungkus untuk tidak aku pakai .. 

Popular posts from this blog

Peplum untuk Bentuk badan Pear

Hantaran Tunang

Udang Masak Sos Tiram a.k.a Sos