Jadi menyedari+frustrated aku pun memikirkan yang aku PERLU BERUBAH! Untuk mengelakkan pembaziran DUIT dan sindrom yang sangat 'frustrated' ni, Aku pun mengoogle cara-cara dan langkah-langkah untuk mengatasinya. Dan aku telah menjumpainya!Ya!, aku telah tahu apa kesilapan aku dalam segi ini. Jawapannya ialah MIX , MATCH! & CREATE YOUR OWN STYLE/FASHION.
1. MIX AND MATCH
MIX & MATCH iaitu gabung dan sesuaikan adalah salah satu key/point penting.Ia menjimatkan dan membuatkan anda nampak stylo. Contohnya pemakaian rantai, talipinggang pada satu-satu pakaian yang plain membuatkan baju itu nampak cantik dan anda kelihatan stylo. Selain itu kita boleh pakai satu-satu baju itu sebanyak kali yang boleh tanpa orang sedar yang sebenarnya kita takdeler banyak baju sangat. Ia juga buatkan kita nampak cam stylista la kunun bwahahahaha~ Aku pernah mempraktiskan begini selama seminggu ke ofis dan reaksinya ialah bila seorang budak junior telah menegur aku katanya dia lihat aku ini sangat style dan bergaya ke ofis. Pujian itu membuatkan aku yakin yang tips ni menjadi dan menyumbang kepada bahan gelak akak senior yang lain sebab diorang tahu aku sebelum-sebelum ini SANGAT SELEKEH dan selalu pakai baju kedut dan koyak sebabMALAS hehehe.
Hmm.. aku takde contoh dari aku (sebab aku pun baru lagi mix and match ni) tapi aku ada satu blog yang aku follow dan ia ada banyak tips mix and match dan sangat sesuai untuk beginners seperti aku. Blog itu :
2.OWN STYLE
Yang ini aku rasa sangat perlu sebab bukan semua baju sesuai untuk kita ye.. Contohnya aku ada satu baju yang sangat cantik dan aku sangat suka tapi bila aku pakai aku lihat di cermin aku seperti sangat GEMUKKK.. ya, sangat GEMUK & PENDEK (T>T). Tapi bila orang lain pakai cantik le pulak!. Banyak baju-baju begini dalam almari aku dan ia menjadi punca utama almari penuh dan pembaziran duit-sebab aku kena beli baju baru. Sebab itu aku jumpa cara menyelesainya dengan memakai pakaian /sesuatu fesyen berdasarkan bentuk badan masing-masing. Setiap individu ada bentuk badan masing-masing dan sebab kan itu tidak semua baju yang kita lihat cantik akan jadi cantik di badan kita. Jadi aku membuat research membuat ukuran dan pelbagai lagi dan mencapai kata akhir yang aku ini berbentuk PEAR+PENDEK
Ini sebiji PEAR. |
Bentuk pear ni bawah besauuuu atas kecik... ala-ala jLo kakak aku selalu kata. Tang buntut tu besau hahahahah... malu wei malu ... tambah aku pendek tak sampai 150cm yer tuan-tuan dan puan-puan, jadi penampilan aku perlulah bersesuaian dengan ketinggian aku dan juga body shape aku. Tang ini aku belum try lagi jadi tak boleh nak beritahu resultnya tapi aku akan mempraktikkannya sebaik boleh.
Jadi apa sebabnya aku tulis semua ni? Hmm.. sebabnya aku akan sangat tension tak dapat cari blog fesyen yang mengajar aku yang pear shaped dan pendek untuk berfesyen. Jadi aku sendiri akan cuba menstylo kan diri aku dengan cara try and error hohohoho... ~ itu sahaja chiow!