Tuesday, September 1, 2015

CRISPY CHOCOLATEY RICE CEREAL

Hari ni cam biasa, junior masih kuat tendang-tendang dalam perut ni.. cayang lak ai.. ngada-ngada tul dak kecik ni.. taulah ibu lapar kan tapi terpaksa control makan (T.T) sebab berat naik mendadak. Sabar yer junior.. ibu kena diet sikit .next check up lagi dua minggu. Ibu kena prepare diri ni, karang kena bebel dengan nurse pula. 

Ni semua bahana balik kampung.. Kat kampung mulalah berat naik tak tentu hala. Melantak tidur je kan keja aku, padanlah muka huhuh.. tapi memang betul-betul terkezuttt bila tengok penimbang berat pagi tadi, terutama angka yang tidak disangka-sangka tu. Baru duduk kampung tiga hari dah naik camni, kalau seminggu???? o-O *no komen.


Okeylah, back to crispy chocolatey rice cereal. Apo citernye? Sebenarnya aku tidak tahu nak beli apa untuk makan petang-petang gini. Nak makan pun sebenarnya rasa serba salah, tapi sebabkan junior dok tendang-tendang, kenalah makan kan.. My bff yana suggest beli kismis, katanya bagus kenyang tapi tak naik mendadak. AKu pun belilah dua packet, untuk stok dalam opis. Beli di KK-Mart. AKu dah tak minat nak beli di 7-eleven dah. Tambah-tambah dengan GST sekarang, mahal bebenar pulak rasanya harga barang-barang kat situ. 


Beli yang camni ha... harganya... RM1.60 kat KK mart. Murahlah kan... Kemudian sambil-sambil tu, sambar ni...---> 

Oh My!! This is my favourite since childhood lagi .. Lebih sedap dari dairy milk, cadbury... This is the best. AKu sebenarnya dah lama tak nampak coklat ni kat tempat aku selalu shopping, tup-tup tengok kat KK mart masih ada jual, walaupun packaging die memang lain dari zaman kanak-kanak aku tu..  How's time flies kan?? Tapi bestnya aku terus sambar satu. 

Harga : RM 2.33 (exlusive 6% tax)  *emm... 
Berat: 35 g
Repurchase: Yes
Rate : 10/10

Kenapa aku sukakan coklat ni???? Sebab dia tak rasa berat sangat cam cadbury yang too much chocs and milk.. Rasanya ringan-ringan jer.. pahit-pahit sikit cam dark choclate tapi manis and milky.. bagi aku rasanya dalam kategori MILD. sederhana... cukup rasa takde yang over sana sini. Insya-allah bila junior lahir nanti, aku bagi coklat ni,, taknak coklat lain. biar dia pun minat chocolate ni cam ibu dia hehehe... ( tinggi betul angan-angan) ^^


My First Flat Lay - Adlina Store

Hai, ni first try buat flatlay.. memang amateur lagi sangat! hahah! Background tak de so pakai je karpet rumah yang ada huhuhu. B...