Homeless?

Hujung bulan ni habaq yang kami akan homeless T.T;; Pasai apa? Pasai tuan rumah dok halau kami hujung bulan ni die taknak bagi kami sewa dah. Sedih betul sebab piya kecik lagi, mana nak cari rumah emergency gini? Semua yang kami dok survey mahal dari budget kami. Yang masuk budget jauh dari rumah mama (pengasuh) piya.

Bulan ni kami berdua jimat cekik ikat prut pakai tali guni, nak simpan duit untuk bayar deposit rumah. Jimat jimatpun masih tak cukup.. Mana nak cekau duet lagi 2k? Dok pikir lagi dua minggu ni, kami kena cari gak rumah yang dekat dengan Mama Piya dan within our budget. Peningzz...

Inilah kehidupan menyewa rumah kek orang lain. Bila-bila masa sahaja, tuan rumah sesuka hati mak bapak die halau kami. DIa takde bagi time langsung untuk kami p cari rumah lain. Sedeh betul menikam kalbu. Kalau dulu takde anak kecik, takpa lah, takdok la risau sangat. La ni dah ada anak manis kami yang baru ajer masuk 5 bulan, hati gundah gulana, tiduq tak lena dok pk mana nak cari rumah ni..

Haish..  D'man tiap tiap malam muka rungsing jer. Cut perbelanjaan sini sana, masih tak dapat nak sediakan duit tu.. Dia risau pasal piya tu.. Aku pulak nyesal tak sudah tak buat simpanan awal-awal. Bukannya taknak simpan, tapi macam-macam dugaan untuk kami simpan duit tu.. Boleh dikatakan, kehidupan lepas kahwin ni lebih mencabar dari ketika aku single dulu.

Gaji 3k? Hmm.. tak cukup nak hidup di KL ni. Bayangkanlah mereka yang kurang dari itu? Tawakal...

Homeless? Mungkinlah kalau kami tak dapat cari rumah baru by the end of month. Dah ler bulan June ni ramadhan..Ya, allah.. apakah dugaan-Mu ini Ya Allah..(T.T):...








Popular posts from this blog

Peplum untuk Bentuk badan Pear

Hantaran Tunang

Udang Masak Sos Tiram a.k.a Sos