Friday, March 30, 2012

Cucur Ikan Bilis

Nexx adalah seorang yang agak malas nak bangun pagi. Bila malas bangun pagi semestinya bukanlah seorang yang mengamalkan breakfast dalam kehidupan sehari-harian. Namun, jika kerajinan untuk bangun lebih awal berlaku, nexx akan bangun dan menyediakan sarapan pagi berdasarkan apa yang ada di dapur. Contoh, jika ada nasi lebih, buatlah nasi goreng. Kalau xde, godek-godek apa yang ada.

Kekadang buat scramble egg n roti bakar jer, sarapan kunon-kunon ala-ala orang putih ler sangat. Kekadang milo cicah biskut atau roti sahaja- Ini untuk budget bile hujung-hujung bulan.

Namun, jika rajin skitla.. tak banyak.. Buat lah cucur. Tempoh hari nexx buat cucur ikan bilis..

One word- NYummy-nyummy hehehehe...


Cucur Ikan Bilis




Bahan-bahannya


  1. Semangkuk Nasi lebih (tumbuk)
  2. Semangkuk Ikan Bilis(tumbuk)
  3. 2 Bawang putih dan 3 bawang merah (tumbuk)
  4. 2 Cawan Tepung Gandum
  5. Air secukupnya
  6. Garam secukup rasa
  7. Carrot potong dadu/ Cili hiris halus ( optional)

Cara-caranya

Gaul semua yang ditumbuk. Adun dengan tepung gandum, air dan garam secukup rasa. Masukkan bahan tambahan optional. Kemudian goreng. Siap


Hohohoho.. tersangat ler simple.. tapi penggunaan nasi memang akan buatkan cucur itu isinya lembut dan bila dibiarkan lama pun, masih lembut. Try lah!