Skolah kebangsaan Seri cheras, skolah rendah aku. dan skolah tempat ngundi aku |
Pegi awal pagi around kul 8 sebab taknak beratur panjang. Senang je rupanya.. Mula-mula pegi check saluran mengundi,( kalau nak cepat boleh jer check online, print out kemudian terus jer pergi ke bilik saluran ngundi) lepas tu pegi bilik saluran ngundi, kemudian ngundi. Sonang yang amat. So jangan nak jadi kan alasan leceh untuk tidak mengundi. Wachaa!
Posing depan Banner SPR, nampak tak jariku yang biru tu..? |
Saluran aku saluran 9, tingkat paling atas,saluran paling last..
( oo mentang-mentang ler orang muda kan, saje bagi naik tangga bebanyak, exercise skit.. ^.^ ).
Sampai kat tingkat atas, pendek je barisan nya. Yang saluran lain banyak warga-warga berumur, mereka di ground floor ( untuk menyenangkan) and panjang barisannya... uisshh...
my blue finger , my sepet eyes and see the people behind, ni saluran no3, panjang eh.. |
Saluran aku yang orang muda ni, pendek sangat nape? why? why? why?
sila pilih..
A) Bangun lambat nanti petang skit baru ngundi?
B) Tidak berdaftar sebagai pengundi?
C) Memang takkan ngundi selamanya, jenis tidak peduli lantak pi lah..
Pada sapa yang tak mengundi pegi lah ngundi, walaupun susah nak buat pilihan tapi masa depan negara adalah hak dan tanggungjawab kita bersama. Ok chiow, dah boleh guling-guling layan 'running man'
sebagai penamat entri, nah gambar simba yang comey gebu...
Den dah ngundi, ekau??? |