Exercise

Minggu ni memang fail. Langsung tak senaman sebab malas tambah-tambah dengan asyik hujan je petang dan malam, jadi malas sangat aku nak bangun pagi untuk senaman. Aku try juga untuk membakar kalori dengan skipping hari sabtu tu. Skipping 10 minit baru bakar kalori 68kcal. Target satu minggu kena bakar 160kcal. Tapi lepas skipping hari sabtu tu, esoknya kaki sakit pula. Terus tak jadi nak skipping selama 15 minit agar boleh cecah target 160kcal. Huhu.. nampaknya kena cari idea lain untuk capai target exercise ni, tak boleh harapkan hari weekend je nak gi exercise. Kena jugalah exercise hari-hari keja juga.

Fikir-fikir salah satu cara untuk aku exercise hari-hari keje tanpa perlu pergi jogging ke tasik,  adalah dengan naik tangga setiap hari. Rumah aku kat tingkat 7 jadi kalau aku tidak naik lif dan menggunakan tangga setiap hari, boleh bakar kalori dan boleh kurangkan masa exercise pada waktu weekend kan. Wah.. hahahaha... takpe slow-slow..







Popular posts from this blog

Hantaran Tunang

Peplum untuk Bentuk badan Pear

Sayur Goreng Telur