Saturday, September 7, 2013

Oh! My diet!

Minggu ni sahaja dah 2 kali aku makan terlebih dari kalori yang sepatutnya diambil. Aku sepatutnya mengambil kalori sebanyak 1200kcal / hari untuk mencapai target menurunkan berat badan ke berat badan ideal yang cantik pada hujung tahun ini. Tapi... dalam dua minggu ni je dah 2 kali aku makan tak ingat punye.

Ni sebab kuar dating dua kali dalam minggu ni, dan dua kali itu juga berlaku di waktu malam lepas balik keje terus shoot gi dating. Dating tu memang best ler dapat spend time dengan D'man banyak kali dalam minggu ni je. Yelahkan selalunya dua minggu sekali baru dapat jumpe. kekadang tu lagi lama. almaklumler D'man sangat bz sekarang ni. * nak kumpul duit kawin ke? hikhik**

Ok nak citer 2 kali makan malam di luar tu, aku dok bantai sate & nando. Malam kedua laks gi bantai makan set ayam penyet dan nasi goreng ayam pandan. Tak ke over aku ni? Skali makan fuuhh tak ingat yang tengah dalam proses diet . Mungkin ini menjadi faktor turun naik berat badan aku ni tak ubah seperti yoyo.Oh diet yoyo kah aku ni? tak moh... tak moh...

Esok pula aku akan pergi kenduri kahwin rakan sekerja. Ha, melantak nasi minyak pulak ni..
Oh, my diet!