Thursday, September 5, 2013

Satu Liter Air

Cubaan menghabiskan 1.5 liter air kosong untuk satu hari  gagal. Sentiasa gagal. Sudah banyak kali aku cuba dan banyak kali jugalah aku gagal. Kenapalah susah sangat aku nak habiskan air ni? Tau tak air ni bagus untuk kesihatan dan untuk menurunkan berat badan?


Tentang Air dan diet menurunkan berat badan :

  1. Air kosong  mempunyai 0 kalori. Minum banyak mana pun tidak menambahkan kalori yang diambil jadi tidak menambahkan berat badan langsung.
  2. Ia juga menghilangkan rasa haus. Cam aku bila rasa haus menyebabkan aku rasa nak makan je atau nak cari benda-benda manis.Tu yang menyebabkan berat badan naik, asyik makan jer. Lagipun sudah terbukti dengan minum air yang secukupnya ia akan bertindak sebagai pengawal rasa lapar. 
  3. Air membersihkan dan mengeluarkan lebih berat air dari badan dengan meningkatkan metabolisme badan. Yelah bila minum air banyak, asyik nak ke toilet kan, maksudnya ginjal kita sentiasa berfungsi dengan aktif dan mengkumuhkan semua yang tidak diperlukan badan. Metabolisma badan juga jadi lebih aktif.  Takdele badan rasa bloated  dan lenguh-lenguh. Maka badan akan rasa lebih sihat dan serta merta menurunkan berat badan. 
  4. Air dapat mengurangkan kolesterol yang terkumpul dalam badan, jadi untuk menurunkan berat badan, dengan minum air secukupnya ia dapat membantu mempercepatkan proses itu.
  5. Bila badan kena air memang rasa nyaman kan? Camtu juga bila minum air yang secukupnya, badan akan rasa segar dan kulit akan lebih lembut. Takde ler kering-kering mengelupas sampai nak kena pakai segala bagai losyen. Secara dalaman, kulit kita sendiri akan jadi lebih anjal dan awet muda. 

Wah, begitulah serba sikit kelebihan air untuk mereka yang sedang dalam proses menurunkan berat badan seperti aku. Kira air ni sangat essential dalam proses diet aku ni.

Hari ni dah hari ke-4, cabaran air untuk aku dan buat masa ini masih lagi gagal nak minum 1.5 litre air satu hari.  Tapi aku takleh putus asa. Jap lagi waktu lunch nak pegi beli air mineral 1.5L dan try minum lagi. Tak dapat 1.5 lL habis dapat 1 L pun jadik. Insya-allah kalau terus berusaha camnie, satu hari nanti 1.5 L air bukan satu masalah/cabaran dan akan jadi rutin yang mudah untuk aku.  Alah bisa tegal biasa kan? 

Corak untuk si badan pear

Hi, lama dah tak update pasal ootd untuk si badan pear. Yerlahkan, lepas dah ada anak sorang ni, badan dah tak berapa pear dah, jadi straig...