Hias Bilik -Misi Tunang

Aku rasa aku ni jenis yang takde taste ler.. maksudnya apa yang aku pandang cantik, orang lain pandang tak cantik pun. Tambah lagi aku suka membazir, beli barang yang tak cantik sebenarnya (mahal lak  tu) lepas tu tak pakai.. Aku sangat stress hahaha...

Ok, hari ni aku pergi SOGO last day sale kan. Terpengaruh dengan member kata cadar kat sogo tengah sale dan harga murah...wallah.. apa lagi serbu lah. Budget RM200 sahaja untuk beli cadar, dan akhirnya aku beli satu cadar comforter dengan harga RM199 dari RM 999. Target aku beli comforter ini untuk hias bilik, bagi cantik ler sikit. Tema aku warna merah bilik tu nanti. Kira langsir merah sume ler... jadi dek kawan aku kata takkan nak katil merah kot, karang merahh mak ngah jer sakit mata masuk bilik tu.. so, dia kata match kan dengan warna putih ke, gold ke, gray ke...(salesman pun kata gitu), so aku check-check yang berkenan semua over the budget,... survey-survey aku dapat cari satu ni, warna goldmixhitammixputih (banyak putih)... so ingat cam cantik kot... member pun dok kata cantik cantik.. so beli ler juga...

Lepas tu pasang kat katil.. huhhuhu... haruu... tak tahuler camne nak aku nak hiaskan dengan merah.. takut tak masuk jer.. T,T- rasa nyesal pun ada, tapi paling penting rasa cam membazir jer kalau tak pakai dah ler mahal.. 

Tapi nampak cam tak cantik jer kalu dimasukkan dengan warna merah.. camne ni nak buat? Aduhh dah pening... mampu ke aku nak cantikkan bilik dengan tema merah nanti ni.. target aku nak bagi dia nampak cantik, kena ada benda-benda ini- langsir merah+gold, karpet merah, bantal hias atas katil merah, dinding gold/coklat, hiasan dinding (kipas/bunga)...

Haish.. cantik ke tidak nanti?? blupblupblup...



Popular posts from this blog

Peplum untuk Bentuk badan Pear

Hantaran Tunang

Udang Masak Sos Tiram a.k.a Sos