What is cookin' 8 Feb 2014?

Hari ni lepas jer balik dari jogging kat Tasik Titiwangsa -  
fuyoooo aku bersenam sampai ke titiwangsa gile ganas hehe.. 

Aku terus shoot ke supermarket Hero dan beli barang-barang untuk masak hari ini. Kan aku nak mengimprove kan masakan aku a.k.a belajar masak tahun ni? so hari ni agak meriah ler skit skit jer tak banyak pun untuk lunch .  Jadi lauk ari ni...



Sayur kubis goreng hentam saja! 
Sayur kubis ni aku tengok dah nak dekat lame dah dalam peti ais tu. Apa lagi amik semua boh masak je sesuka hati aku. Aku letak fishball, hotdog dan tauhu. Asal ada sayur suda...

Ikan goreng taucu
hang tanya ikan apa aku aku jawab tak tau! haha! teruks aku ni, ikan pun tak kenai, miahahaha... Ikan ni  adik mok dapat masa join memancing ari tu. Banyak die dapat, 16 ekor setelah dicampurkan dengan ikan-ikan member dia yang kaki mancing skali tu.. so, ada 4 orang, bahagi sorang dapat 4 ekor bawa balik.. bolee ler.. ( cara masak di sini )


"  Oh adik!  bila nak pi mancing ikan lagi?, La ni ikan mahal kat pasar tu.." 




Ikan bakar - ikan yang adik aku bangga sebab dia yang dapat tangkap ^^V

Aku ada pemanggang ajaib miahahahahah.... suke aku nak bakar bakar segala tok nenek  makanan. Nak buat ni senang jer, pi beli perencah adabi segera yang tulis ' perencah ikan bakar' hehe.. Sonanggg.. sebelum ni aku pernah try bakar ikan guna resepi tradisional, peluh ketiak skit ler nak buat perencahnya.. tapi memang sedap . Yang guna perencah ni pun sedap gak... walaupun rupa kekurangan skit hohooho.. Yang ni kalau ikut arahan kat packet tu kata perap 5 minit jer, aku pi perap sejam sebab dok layan internet... tapi ok jer.. perap ler selama mana nak, sedapp aje..

Menu hari ini ^^V
Overall, inilah menu aku hari ni(tak termasuk ikan bakar sebab ikan dok dalam pemanggang) . Ayah aku kata meriahhh nye hahaha... thanks daddy, sebab sokong anak dara anda memasak, meow meow



Popular posts from this blog

Hantaran Tunang

Peplum untuk Bentuk badan Pear

Sayur Goreng Telur