Sunday, April 6, 2014

Satu hari di Melaka- A'famosa & Istana Melaka

 Selepas berjimba-jimba, kami direct pula ke kota A'famosa.

Meriam depan A'famosa- ramai dok bergambar di sini... Aku pun nak gak! hohohoh

Inilah A'famosa

Okey seriusly aku ingatkan A'famosa ini besar dah namanya kubu kan.. tapi sangat kecik. Runtuhan sahaja.. dalam memori aku masa kecik-kecik aku rasa cam besar jewww, tapi bila pergi sekarang takde ler besar pun.. rasa sedih lak fikirkan kubu yang besar ni sekarang tinggal kecik camnie jer..

Posing suka suki **
Lepas lepak di A'famosa, kami terjah muzium Istana Melaka lak. Sebelah jer replika istana ni.. waktu kami ke sana, tak ramai orang, yang ada tourist dua tiga orang sahaja.So memang kami berdua lepak lamaaaa kat dalam tu.. Istana ni luas dan beraircon best woo! hehe..dah rasa cam rumah sendiri lak lame sangat di situ miahahaha~


Ni bahagian ruang mengadap sultan...rasa cam kembali ke zaman melaka dulu-dulu 


Kat dalam istana banyak patung-patung gini.. 

Ni kat tingkat 1 bahagian sejarah hang tuah 5 bersahabat tu..
patung ni melakonkan balik babak perlawanan hang tuah dan hang jebat

Tingkat atas- bilik sultan

Katil sultan tinggi woo.. bilik ni besar, kuning jer semua.. kalo bilik aku besar gini gak,
kompom susah bangun pagi. 

Ni lak bahagian tingkat bawah - bahagian ni banyak pedagang-pedagang, barang-barang istana, senjata etc
aku rasa ni bahagian ruang dapur gitu.. besar betul istana ni..

pelbagai jenis senjata zaman dulu-dulu..

Sebelum chow,  kami berdua lepak di bawah istana, ada buaian..feeling anak raja jap ^^

Oh ya! Kat depan istana ada taman diraja dipanggil taman larangan. Kami tengok dari jauh jer, tak masuk pun taman tu sebab panas lak ai... Yang aku perasan ada kolam kat situ, cantik.. cam dalam hutan kecil taman tu.. mesti dulu-dulu puteri raja lepak nyanyi-nyanyi kat situ...