Satu hari di Melaka- Stadthuys & Umbai Ikan Bakar


Kalau singgah ke Melaka tak pergi bangunan merah ini tak sah hokayy! Pukul 6 petang barulah kami sampai di stadthuys ni, sebabnya kami lepak lama di dataran pahlawan . Makan-makan, shopping baju dan tukar baju hehehe...



Aku suka gambar ni.. cam kat oversea lak .. 

Waktu petang gini dah tutup dah jalannya.. tak berapa meriah sangat.. 

Depan jam ni.. waktu ni ada satu bas berhenti bawa pelancong..
serta merta tempat menjadi sesak :P

bangunan kincir angin ni sangat klasik..

Taman 

Tak masuk pun Jonker walk.. lalu jer.. amik jap gambar signboardnye..
nilah signboard besar yang menandakan korang sedang berada di Jonker walk. 

Sungai melaka ni lalu tengah-tengah bandar..
kalau waktu malam sangat cantik dan happening! 

Jalan-jalan ternampak satu sisa runtuhan sebuah tembok zaman british dulu
Lepas bergambar puas-puas seperti pelancong asing , kami pergi pula ke perkampungan ikan bakar umbai. Jarak dari bandar melaka adalah 20-25 minit. Nak ke sini memang kena drive yer, tak boleh jalan-jalan kaki.

Sampai dalam pukul 7 suku gitu.. dah agak gelap..
kalau datang awal bolehlah bergambar lebih-lebih skit.
Laluan jambatan betul-betul di depan laut ..
cantik tau kalau datang waktu siang, boleh nampak indonesia kat depan tu... 
Pose kami di depan laut.. tapi sebab dah gelap tak nampak  keindahannya.. huhuhu..
waktu ni jerebu lagila  effect cam kabus-kabus misteri lak... 

Okey habis makan di umbai, apa lagi baliklah.. cukup dah satu hari ronda-ronda di melaka.. hohoho











Popular posts from this blog

Hantaran Tunang

Peplum untuk Bentuk badan Pear

Sayur Goreng Telur