Tuesday, January 10, 2017

Diet Revolusi

Okeylah memandangkan setiap kali balik kampung, banyak orang dok terkejut tengok/ kata aku ni dah gemuks tak macam waktu kahwin dulu, untuk 2017 tahun ni, aku nak DIET. Kali ni betul-betul diet hokeys, bukan hangat-hangat taiik ayam.

Aku lepas beranak memang naik mendadak beratnya.. dah macam pokok rendang gitu, dahle pendek. Baju-baju waktu takde anak dulu sume dah pack buang dah.. sebab dah tak muat. Nak tahu berapa berat aku sebelum kahwin?

46 kg. 

saje nak interframe gambar kahwin ari tu, ( Mac 2015)

Kemudian, aku mengandung. Berat aku semasa mengandung , terus naik ke 50++. Tapi time ni takpe.. ada seri baby, so  nampak manis miahahahaha...

Waktu majlis hari raya July 2015, waktu ni mengandung 4-5 bulan
Lepas beranak kan piya, tahu berapa kg? 62 kg.. tak turun-turun dah samada maintain atau naik jer ... haru betul! 

Sekarang dah masuk tahun 2017, piya pun dah setahun dah. Aku masih kekal debab ... sedeh hati bila nak jalan pun terasa mengah. Badan terlalu berat, macam-macam sakit datang, lenguh la, bdan masuk anginlah,, gastrik lah.. 

Jadi dengan bermulanya tahun baru ni, aku berazam untuk kuruskan badan sebelum raya tahun ni. Taknak dah dengar makcik makcik dan sedara mara aku kata aku gemuk dah.

Hari ni second streak aku diet. Aku try diet kalori. sehari 1200 kcal jer, tapi target aku kurang dari 1200 kcal. 

Diet atkin?

Belum ada keberanian untuk tidak makan karbohidrat. No!! I cannot live without my nasi.

Exercise?
Sedang dalam proses. Masih mengah, nak kene start slow-slow, Dah tak boleh dah nak sprinter lari cam dulu.. 

Okey, tu jer rambling here.. 

Wish me luck.

Day diet streak : day 2