Showing posts with label achievement. Show all posts
Showing posts with label achievement. Show all posts

Sunday, April 6, 2014

Satu hari di Melaka- Stadthuys & Umbai Ikan Bakar


Kalau singgah ke Melaka tak pergi bangunan merah ini tak sah hokayy! Pukul 6 petang barulah kami sampai di stadthuys ni, sebabnya kami lepak lama di dataran pahlawan . Makan-makan, shopping baju dan tukar baju hehehe...



Aku suka gambar ni.. cam kat oversea lak .. 

Waktu petang gini dah tutup dah jalannya.. tak berapa meriah sangat.. 

Depan jam ni.. waktu ni ada satu bas berhenti bawa pelancong..
serta merta tempat menjadi sesak :P

bangunan kincir angin ni sangat klasik..

Taman 

Tak masuk pun Jonker walk.. lalu jer.. amik jap gambar signboardnye..
nilah signboard besar yang menandakan korang sedang berada di Jonker walk. 

Sungai melaka ni lalu tengah-tengah bandar..
kalau waktu malam sangat cantik dan happening! 

Jalan-jalan ternampak satu sisa runtuhan sebuah tembok zaman british dulu
Lepas bergambar puas-puas seperti pelancong asing , kami pergi pula ke perkampungan ikan bakar umbai. Jarak dari bandar melaka adalah 20-25 minit. Nak ke sini memang kena drive yer, tak boleh jalan-jalan kaki.

Sampai dalam pukul 7 suku gitu.. dah agak gelap..
kalau datang awal bolehlah bergambar lebih-lebih skit.
Laluan jambatan betul-betul di depan laut ..
cantik tau kalau datang waktu siang, boleh nampak indonesia kat depan tu... 
Pose kami di depan laut.. tapi sebab dah gelap tak nampak  keindahannya.. huhuhu..
waktu ni jerebu lagila  effect cam kabus-kabus misteri lak... 

Okey habis makan di umbai, apa lagi baliklah.. cukup dah satu hari ronda-ronda di melaka.. hohoho











Satu hari di Melaka- A'famosa & Istana Melaka

 Selepas berjimba-jimba, kami direct pula ke kota A'famosa.

Meriam depan A'famosa- ramai dok bergambar di sini... Aku pun nak gak! hohohoh

Inilah A'famosa

Okey seriusly aku ingatkan A'famosa ini besar dah namanya kubu kan.. tapi sangat kecik. Runtuhan sahaja.. dalam memori aku masa kecik-kecik aku rasa cam besar jewww, tapi bila pergi sekarang takde ler besar pun.. rasa sedih lak fikirkan kubu yang besar ni sekarang tinggal kecik camnie jer..

Posing suka suki **
Lepas lepak di A'famosa, kami terjah muzium Istana Melaka lak. Sebelah jer replika istana ni.. waktu kami ke sana, tak ramai orang, yang ada tourist dua tiga orang sahaja.So memang kami berdua lepak lamaaaa kat dalam tu.. Istana ni luas dan beraircon best woo! hehe..dah rasa cam rumah sendiri lak lame sangat di situ miahahaha~


Ni bahagian ruang mengadap sultan...rasa cam kembali ke zaman melaka dulu-dulu 


Kat dalam istana banyak patung-patung gini.. 

Ni kat tingkat 1 bahagian sejarah hang tuah 5 bersahabat tu..
patung ni melakonkan balik babak perlawanan hang tuah dan hang jebat

Tingkat atas- bilik sultan

Katil sultan tinggi woo.. bilik ni besar, kuning jer semua.. kalo bilik aku besar gini gak,
kompom susah bangun pagi. 

Ni lak bahagian tingkat bawah - bahagian ni banyak pedagang-pedagang, barang-barang istana, senjata etc
aku rasa ni bahagian ruang dapur gitu.. besar betul istana ni..

pelbagai jenis senjata zaman dulu-dulu..

Sebelum chow,  kami berdua lepak di bawah istana, ada buaian..feeling anak raja jap ^^

Oh ya! Kat depan istana ada taman diraja dipanggil taman larangan. Kami tengok dari jauh jer, tak masuk pun taman tu sebab panas lak ai... Yang aku perasan ada kolam kat situ, cantik.. cam dalam hutan kecil taman tu.. mesti dulu-dulu puteri raja lepak nyanyi-nyanyi kat situ... 





Satu hari di Melaka-Muzium & St.Paul Church


14.3.2014 - First trip untuk tahun ini ke tempat baru. Plan nak pergi trip ni dirancang sebulan sebelum ini sebab nak apply cuti kena rancang betul-betul gitu.. Pergi pun berdua sahaja bersama office mate dan kami tidak rancang untuk tidur di sana sebaliknya hanya pergi berjalan-jalan di Melaka satu hari sahaja. Walaupun satu hari, puas! 

Perjalanan bermula seawal pagi pukul 8 dan kami sampai pukul 10 lebih. Ronda-ronda cari parking, pukul 11 baru mula menuju ke destinasi pertama lawatan kami iaitu replika kapal yang berada di kota melaka! ^^

Replika kapal di kota melaka
Bayaran tiket masuk adalah RM3 dewasa. Tiket ini boleh digunakan untuk masuk dua lagi muzium- Muzium TLDM dan muzium Samudera. Di dalam replika kapal ni pun ada muzium gak.

Ni bilik kapten kapal


Bilik peta.

model-model kapal dahulu dan kini dari semua negara

Rambang mata tengok model kapal.. 

koleksi duit zaman dulu-dulu

sejarah perdagangan di zaman melaka diceritakan di sini..


Kami berdua - aku dan Yana
Kat muzium ni selamatlah boleh tangkap gambar. Memang aku tangkap banyak gambar di sini.. tapi hanya mampu letak sikit-sikit jer.. yang lain buat tatapan sendiri sahaja. Berbaloi pergi ke sini... kalau pergi waktu hari biasa cam kami pergi ni, memang tak ramai orang, budak-budak pun takde.. tourist pun sikit-sikit jer.. boleh ler nak camwhore sebanyak mana pun hehehhe

Ni kat muzium samudera

rumah nelayan

helikopter di muzium TLDM

kapal selam TLDM

Lepas bergembira di muzium-muzium ni, dalam pukul 1 gitu, kami bergerak ke lokasi seterusnya. Taming sari-A'famosa- saint Paul church- - Muzium Istana Melaka. Untuk ke semua tempat ni, kami jalan kaki jer, feeling-feeling tourist dengan payung bagai hahaha...

On the way, kami lalu di persisiran sungai melaka ni.. berhenti rehat jap di jambatan ni



Praktis teropong dulu di menara taming sari

di pintu masuk saint paul church\
gigih aku daki tangga yang tinggi tu.... serabai dah waktu ni hahaha

Haruslah bergambar bersama memorial kubur di situ.. 

Runtuhan st.paul church lebih kurang camni lah dalamnya..

Kalo nak tau ni lah trademark st paul church ni.. patung ni ha.. jumpe patung ni, itulah churchnye..




















Friday, November 11, 2011

Sedang berkira-kira

Status : Makan biskut dan maggi jer ari-ari


" INGIN DAPATKAN LAPTOP ROBERT JUNIOR SECEPAT MUNGKIN " 



Amin~~

Tuesday, May 3, 2011

Yeah...Xperia X8

yeah.. dah dapat achievement ke-3 pulOk..
dah beli handphone baru...
Xperia x8 - puteh..

sumber google...

ingatkan nak beli hp flip ala-ala korea tuh.. 
tapi dah takde jual lagi dah.. sume pakai touch screen je skunk
so beli ler juga touch screen...



waloo pun bukan iphone.. tapi ok ler kan...
asalkan ade hp...



yeah achievement dah succes..


xsabar nak nunggu next achievement gak... yeah/// 




Monday, March 14, 2011

My GF IS Gumiho.

Okeyler.. nak btau lagi satoo

nexx sudah berjaya membeli dvd gumiho...
\yeah!!! 


success suda achievement no2..


Lee Seung Ki as Cha Dae Woong
       Shin Min Ah as Gumiho               

 
A disney like,  love story yang mesti ditengOk!!! sweet & funny and magical too!! 
Love it... so much!!! '
videO clips yang membuatkan nexx jatuh cinta dengan stowi nih....
 
n i believe y'all pun akan jatuh cinta juge dngan stowi nih... 

njoy watchin ya...
.
.
.
.
.
.

Monday, March 7, 2011

Wuppy yabedabedooooooooooo!!!

Yeah... kalooo anda peratikan di tepi Blog ini terteralah list-list achievement yang akoo ingin dapatkan..

so ni nak bitau ler.. the list really WORK... so meh nak btau yang berjaya  
.
.
.
.

4.Membawa kereta dengan yakin dan jitu (^-^)V success suda~~



List no 4 sudah berjaya.. nak stowi.. akoo dapatler kete tu bulan November 2010, tapi 2 bulan lebey tak bawak puwn, suh ayah yang bawakan hoi.. namun.. bulan Feb ari tuh... aku diarahkan membawa sendiwi kete itu..


So, skunk dah masuk bulan 3 kan? kan? So dah sebulan dan dengan jayanya akoo sudah berjaya membawa kete dengan sendwinyer.. 


jelous tak? jeles hahehehehaheheheh.. -walaupun ade adegan-adegan yang menyakitkan hati akoo dalam sebulan nih yang mempersoalkan dan menambah perisa kesangsian akoo tentang teknik pemanduan akoo namun!!! .. taknak pikiaq, soo..  meh.. merpekenalkan... trang..treng..trengg...

 Real Name : Aka-san
Nickname :   WuppY!! 
Age         : 5 bulan
Date of birth : November 2010,


haha.. sile ignore kan model yang tidak berjaya menjadi model kete itu yer.. shuh..shuh...
photo ehsan : pjah  hehehe...





Amacam?/?? bangga tak daku? wiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.................
(^_______________________^)


xsabar nak tunggu next achievement pulak...