Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

Wednesday, July 8, 2020

Bercuti ke Melaka - Pengalaman menginap di Euro Rich Hotel Melaka





Our first trip to Melaka as family of 4! yeay!
Actually percutian ni percutian budget dan hentam ja la labu. Grab apa yang ada, especially tengah PKPP ni, tak banyak tempat boleh pergi untuk bawa anak-anak, so this holiday just very short short gitu..
5 July  2020
Bertolak dari Palong ke Melaka pukul 2 petang dan sampai pukul 3.45 , terus check in hotel.
 

Ini Hotel nya- Euro Rich Hotel Melaka -  RM89 /night
Book thru Agoda, paid by maybank2u
Bilik Superior King seperti gambar agoda dibawah
V
V
V

and the real things as per below
V
V
V

Ni anak anak iolls yang masuk masuk terus melompat ke katil.
Real thing ---> katil king tu tak besar pun,nampak kan? 
Untuk my husband and me tidur boleh la, kalo campur anak dua orang .. ha padat la.
Almaklum la, me and my husband kan besarr cam gajah.. kalau keding keding muat la kot.
so suggestion aku, kalau badan korang besar cam kiteorang ni ( 64kg + 95 kg), pastu ada anak kecik umur setahun dan 5 tahun, better ambil bilik yang ada 2 queen bed ke, or 1 king bed +1 single bed ke.. sebab seriously.... king bed dia small ala katil queen rumah kita kita je.
tapi..
ha.. ada tapi tu.
ruang depan katil dia luas.. boleh bentang toto/travel mattress .
so kalau nak budget, bawalah toto, mak bapak tidor bawah, anak anak biar la tidur atas okey.

depan die lantai luas kan.  boleh golek atas toto (if bawa)
tapi time ni kiteorang tak bawa.
cuti unplanned kan.
.
Nampak tak kasut letak camtu je, takde tempat kasut, so sedikit berpasir la.. kalau korang baru balik dari pantai, masuk bilik lepas tu. 
takde penyapu ye.. so pepandai la korang.

ni bathroom die. kita tak sempat ambil gambar toilet, sebab masuk check in je, suami iolss sakit perut nak memulas. Tapi, gambar kat agoda tu sama dengan real things.
this is the toilet okey. 
boleh shower air panas. hotel bagi sabun dengan shower cap 1. Sila bawa shampoo dan ubat gigi sendiri.
towel standard ada dua. 

Ada hairdryer.

Kettle, air mineral dan cawan .
tapi takde tea sachet apa apa pun yer.
kalau nak, sila bawa dari rumah.
For me, kettle ni penting sangat, sebab anak malam malam nak minum susu . so kene masak air panas. 

This is her, sleeping like baby. upss.. memang baby pun.. syiok sangat kan sejuk tidur dalam aircond.

dalam bilik
see the lantai so luas


bilik ni takde almari so baju gantung je kat pengantung baju yang disediakan
overall its a basic room hotel
2 bintang tu betulla tu sesuai. 

the pro nya... kat bawah banyak kedai makan dan ada satu kedai runcit. lepastu dekat dengan taming sari, jonker walk, pahlawan mall dan sekitar melaka. so boleh sangat jalan jalan bawa anak anak.. 


lobi dia

us before chow chin chow
check out 12 tghari esoknya. 
 cukupla satu malam ye nak. 
next next datang lagi melaka  tido hotel lain pulak🤪

ok done review hotel. 
bye


Sunday, April 6, 2014

Satu hari di Melaka- Stadthuys & Umbai Ikan Bakar


Kalau singgah ke Melaka tak pergi bangunan merah ini tak sah hokayy! Pukul 6 petang barulah kami sampai di stadthuys ni, sebabnya kami lepak lama di dataran pahlawan . Makan-makan, shopping baju dan tukar baju hehehe...



Aku suka gambar ni.. cam kat oversea lak .. 

Waktu petang gini dah tutup dah jalannya.. tak berapa meriah sangat.. 

Depan jam ni.. waktu ni ada satu bas berhenti bawa pelancong..
serta merta tempat menjadi sesak :P

bangunan kincir angin ni sangat klasik..

Taman 

Tak masuk pun Jonker walk.. lalu jer.. amik jap gambar signboardnye..
nilah signboard besar yang menandakan korang sedang berada di Jonker walk. 

Sungai melaka ni lalu tengah-tengah bandar..
kalau waktu malam sangat cantik dan happening! 

Jalan-jalan ternampak satu sisa runtuhan sebuah tembok zaman british dulu
Lepas bergambar puas-puas seperti pelancong asing , kami pergi pula ke perkampungan ikan bakar umbai. Jarak dari bandar melaka adalah 20-25 minit. Nak ke sini memang kena drive yer, tak boleh jalan-jalan kaki.

Sampai dalam pukul 7 suku gitu.. dah agak gelap..
kalau datang awal bolehlah bergambar lebih-lebih skit.
Laluan jambatan betul-betul di depan laut ..
cantik tau kalau datang waktu siang, boleh nampak indonesia kat depan tu... 
Pose kami di depan laut.. tapi sebab dah gelap tak nampak  keindahannya.. huhuhu..
waktu ni jerebu lagila  effect cam kabus-kabus misteri lak... 

Okey habis makan di umbai, apa lagi baliklah.. cukup dah satu hari ronda-ronda di melaka.. hohoho











Satu hari di Melaka- A'famosa & Istana Melaka

 Selepas berjimba-jimba, kami direct pula ke kota A'famosa.

Meriam depan A'famosa- ramai dok bergambar di sini... Aku pun nak gak! hohohoh

Inilah A'famosa

Okey seriusly aku ingatkan A'famosa ini besar dah namanya kubu kan.. tapi sangat kecik. Runtuhan sahaja.. dalam memori aku masa kecik-kecik aku rasa cam besar jewww, tapi bila pergi sekarang takde ler besar pun.. rasa sedih lak fikirkan kubu yang besar ni sekarang tinggal kecik camnie jer..

Posing suka suki **
Lepas lepak di A'famosa, kami terjah muzium Istana Melaka lak. Sebelah jer replika istana ni.. waktu kami ke sana, tak ramai orang, yang ada tourist dua tiga orang sahaja.So memang kami berdua lepak lamaaaa kat dalam tu.. Istana ni luas dan beraircon best woo! hehe..dah rasa cam rumah sendiri lak lame sangat di situ miahahaha~


Ni bahagian ruang mengadap sultan...rasa cam kembali ke zaman melaka dulu-dulu 


Kat dalam istana banyak patung-patung gini.. 

Ni kat tingkat 1 bahagian sejarah hang tuah 5 bersahabat tu..
patung ni melakonkan balik babak perlawanan hang tuah dan hang jebat

Tingkat atas- bilik sultan

Katil sultan tinggi woo.. bilik ni besar, kuning jer semua.. kalo bilik aku besar gini gak,
kompom susah bangun pagi. 

Ni lak bahagian tingkat bawah - bahagian ni banyak pedagang-pedagang, barang-barang istana, senjata etc
aku rasa ni bahagian ruang dapur gitu.. besar betul istana ni..

pelbagai jenis senjata zaman dulu-dulu..

Sebelum chow,  kami berdua lepak di bawah istana, ada buaian..feeling anak raja jap ^^

Oh ya! Kat depan istana ada taman diraja dipanggil taman larangan. Kami tengok dari jauh jer, tak masuk pun taman tu sebab panas lak ai... Yang aku perasan ada kolam kat situ, cantik.. cam dalam hutan kecil taman tu.. mesti dulu-dulu puteri raja lepak nyanyi-nyanyi kat situ... 





Satu hari di Melaka-Muzium & St.Paul Church


14.3.2014 - First trip untuk tahun ini ke tempat baru. Plan nak pergi trip ni dirancang sebulan sebelum ini sebab nak apply cuti kena rancang betul-betul gitu.. Pergi pun berdua sahaja bersama office mate dan kami tidak rancang untuk tidur di sana sebaliknya hanya pergi berjalan-jalan di Melaka satu hari sahaja. Walaupun satu hari, puas! 

Perjalanan bermula seawal pagi pukul 8 dan kami sampai pukul 10 lebih. Ronda-ronda cari parking, pukul 11 baru mula menuju ke destinasi pertama lawatan kami iaitu replika kapal yang berada di kota melaka! ^^

Replika kapal di kota melaka
Bayaran tiket masuk adalah RM3 dewasa. Tiket ini boleh digunakan untuk masuk dua lagi muzium- Muzium TLDM dan muzium Samudera. Di dalam replika kapal ni pun ada muzium gak.

Ni bilik kapten kapal


Bilik peta.

model-model kapal dahulu dan kini dari semua negara

Rambang mata tengok model kapal.. 

koleksi duit zaman dulu-dulu

sejarah perdagangan di zaman melaka diceritakan di sini..


Kami berdua - aku dan Yana
Kat muzium ni selamatlah boleh tangkap gambar. Memang aku tangkap banyak gambar di sini.. tapi hanya mampu letak sikit-sikit jer.. yang lain buat tatapan sendiri sahaja. Berbaloi pergi ke sini... kalau pergi waktu hari biasa cam kami pergi ni, memang tak ramai orang, budak-budak pun takde.. tourist pun sikit-sikit jer.. boleh ler nak camwhore sebanyak mana pun hehehhe

Ni kat muzium samudera

rumah nelayan

helikopter di muzium TLDM

kapal selam TLDM

Lepas bergembira di muzium-muzium ni, dalam pukul 1 gitu, kami bergerak ke lokasi seterusnya. Taming sari-A'famosa- saint Paul church- - Muzium Istana Melaka. Untuk ke semua tempat ni, kami jalan kaki jer, feeling-feeling tourist dengan payung bagai hahaha...

On the way, kami lalu di persisiran sungai melaka ni.. berhenti rehat jap di jambatan ni



Praktis teropong dulu di menara taming sari

di pintu masuk saint paul church\
gigih aku daki tangga yang tinggi tu.... serabai dah waktu ni hahaha

Haruslah bergambar bersama memorial kubur di situ.. 

Runtuhan st.paul church lebih kurang camni lah dalamnya..

Kalo nak tau ni lah trademark st paul church ni.. patung ni ha.. jumpe patung ni, itulah churchnye..