Showing posts with label tunang. Show all posts
Showing posts with label tunang. Show all posts

Sunday, April 6, 2014

Hantaran Tunang

Ini adalah kali pertama aku membuat hantaran tunang sendiri. Sebelum ini semasa kakak aku bertunang, dia tidak buat hantaran, masa nikah pun dia order orang untuk buat sahaja. So memang ini first experience.. so excited hahaha!

Untuk tema tunang aku adalah merah mak ngah .. fuuuuuu... merah seh.. merah gile! kekekeke... Untuk buat hantaran sendiri ini banyak aku rujuk internet berbulan-bulan before tunang ( Over tuhh haha...) untuk dapatkan idea. Taip sahaja DIY dulang hantaran berderet keluar..

Idea awal-awal

Mula-mula ingin buat seperti gambar di atas, menggunakan polisterin sahaja sebagai dulang. Tetapi alhamdulilah bff  nak bagi pinjam dulang. Dia bawa semua dulang ini dari kemaman (kampungya) tempoh hari... ^^:. terima kasih banyak-banyak Ma cayang, muaahh mmuaah muuahhh ^^ *

Bila sudah guna dulang,  kerjapun menjadi mudah. Hanya perlukan kain alas dan bunga-bunga sahaja. Maka mencarilah aku di jalan TAR. Kain alas merah aku beli kain ela kat kedai kain, kain renda aku beli di kedai kat Semua house- ada satu kedai barang hiasan pengantin kat tingkat bawah. Kain renda cantik-cantik pula aku beli siap sahaja, murah rasanya tak sampai RM 15 satu kain alas. Ok ^^. 

Bunga-bunga pula aku beli di kedai RM2 berdekatan rumah aku. Satu ikat bunga, (3 tangkai) - RM2. Bunga kecil satu ikat ( 5 tangkai) -RM 2 juga. Total aku tak ingat berapa tapi okeylah ...tak mahal sangat.  

Dulang aku 3 balas 5.  ^^

Ni hantaran buah- waktu gambar di ambil buah belum penuh lagi baru sikit-sikit letak-
Kos buah ayah sponsor hehehe

Ini pula hantaran coklat. Aku guna coklat-coklat biasa sahaja.
Beli waktu sale, kos semua coklat tak sampai RM100.

Ni pula hantaran barang facial dia. Beli di Watson, jumlah semua RM 50+ sahaja

Hantaran sireh junjung- Order di kedai bunga kat jalan tar yang berdekatan betul-betul dengan LRT masjid jamek.
Harganya RM 50.  Yang buatnya makcik melayu- dia biasa buat gubahan sireh junjung..

Ni rupa semua dulang setelah lengkap untuk that day ..
Lagi satu dulang takde gambar solo.
 Dulang polka dot apam- di sponsor oleh bff juga.- Liyana ..
 ^^*tengkiu muahh muahh muuahh... 

Pengalaman ini sangat aku hargai. Walaupun ada jer mulut-mulut yang bile tengok hantaran aku dok cakap ' ala... senang jer buat hantaran, bukan susah pun.. aku boleh buat sekejap jer.. satu hari jer.. "  tapi aku tak kisah tak heran pun! Aku sangat bangga dan puas dengan hantaran aku sebab ia datang dari titik peluh dan usaha aku meronda di nilai 3, jalan tar, mydin, supermarket lain2 malah buat research kat internet. Those people who said that tau order jer suruh orang buat kan hantaran diorang.. diorang sendiri tak pernah buat, so dont talk rubbish..because they don't know the feeling of USAHA itu.. the feeling of satisfied only can be experience by those who work hard!  The satisfying feeling when i looked back for all the effort i made, its really worth it! 

Banyak aku buat untuk memikirkan untuk hantaran ni, because it my first time and no help.. Malah aku buat sendiri without  any pengalaman pegang bunga or cucuk bunga ke, gubah-gubah ke,.. no no.. im ZERO okey.. so I'm proud of everything i done. Well done syahera harun! ^^ V 

So konklusi dari semua ini, diy hantaran tunang sangat best! And aku kini bergelar tunang orang suda.. 29 March 2014.. Alhamdulilah. Doakan untuk next step ke jinjang pelamin pula..  amin... 




Friday, February 14, 2014

Masa itu semakin dekat-tunang

Banyak lagi benda tak buat hahah! baju entah ke mana, langsir entah ke mana, cat entah ke mana,  hantaran pun takde buat apa-apa lagi. Boleh dikatakan persiapan aku 5%  jer baru? Oh tidakkkkk!!!



Serious nervous bile difikirkan yang ia semakin dekat.. bukan aku tak bersemangat, bukan juga tak excited... uii.. excited , nervous campur gembira gile gile! Tapi biasalah aku ni suke sangat buat last-last minute nye keje, ingat-ingat boleh ler.. takut tak boleh jer.. tengok balik kat kalendar kira-kira adalah dalam 5 minggu lagi. Pastu tengok jadual aku agak fit gak every weekend.. hmm... nak kena mula dah ni, dah nak kena take first step ni.. kalu tak! tak gerak ler kan? Uii.. tu yang takut tu... 

So list yang perlu aku buat dan settlekan dalam 5 minggu ini  adalah seperti berikut:

1.Cat bilik
2.Jahit langsir
3.Beli baju tunang+tudung tunang
4.Beli alas kain hantaran+lace
5.Buat sireh junjung
6.Book orang buat masak-masak

Ok, aku takde doorgift, sebab tak ajak pun ramai, cuma sedara mara, kawan rapat. so, takde door gift maafler yer. Ini majlis kecil-kecil sajer.. sangat kecil.. hehehe...xoxo~




Sunday, January 12, 2014

Baju tunang Merah

Warna merah jarang digunakan untuk tema tunang.  Mungkin sebab warnanya yang sangat terang seperti orang kata, merah mak ngah! Tapi terdapat beberapa baju kurung merah yang aku rasa sesuai untuk majlis tunang yang simple. - simple with a bit of lace/beads..( ini yang aku mahukan, insya-allah)





Ok ni lari tema tapi design dia sangat simple and sweet ^^ 






Sunday, January 5, 2014

Hias Bilik -Misi Tunang

Aku rasa aku ni jenis yang takde taste ler.. maksudnya apa yang aku pandang cantik, orang lain pandang tak cantik pun. Tambah lagi aku suka membazir, beli barang yang tak cantik sebenarnya (mahal lak  tu) lepas tu tak pakai.. Aku sangat stress hahaha...

Ok, hari ni aku pergi SOGO last day sale kan. Terpengaruh dengan member kata cadar kat sogo tengah sale dan harga murah...wallah.. apa lagi serbu lah. Budget RM200 sahaja untuk beli cadar, dan akhirnya aku beli satu cadar comforter dengan harga RM199 dari RM 999. Target aku beli comforter ini untuk hias bilik, bagi cantik ler sikit. Tema aku warna merah bilik tu nanti. Kira langsir merah sume ler... jadi dek kawan aku kata takkan nak katil merah kot, karang merahh mak ngah jer sakit mata masuk bilik tu.. so, dia kata match kan dengan warna putih ke, gold ke, gray ke...(salesman pun kata gitu), so aku check-check yang berkenan semua over the budget,... survey-survey aku dapat cari satu ni, warna goldmixhitammixputih (banyak putih)... so ingat cam cantik kot... member pun dok kata cantik cantik.. so beli ler juga...

Lepas tu pasang kat katil.. huhhuhu... haruu... tak tahuler camne nak aku nak hiaskan dengan merah.. takut tak masuk jer.. T,T- rasa nyesal pun ada, tapi paling penting rasa cam membazir jer kalau tak pakai dah ler mahal.. 

Tapi nampak cam tak cantik jer kalu dimasukkan dengan warna merah.. camne ni nak buat? Aduhh dah pening... mampu ke aku nak cantikkan bilik dengan tema merah nanti ni.. target aku nak bagi dia nampak cantik, kena ada benda-benda ini- langsir merah+gold, karpet merah, bantal hias atas katil merah, dinding gold/coklat, hiasan dinding (kipas/bunga)...

Haish.. cantik ke tidak nanti?? blupblupblup...



Tuesday, December 3, 2013

Baju tunang

Lambat lagi, tapi dah syok dok survey-survey. Hehe...aku nak dress up camnie jer untuk majlis tunang aku nanti.. simple and nice.. Nak kene singgah jalan TAR, survey baju ini... yang diperlukan, baju tunang & tudung tunang ( tudung tunang ni aku nak yang ada lace so takyah pakai veil sebab aku nak pakai veil waktu nikah nanti hahaks..



gambar ehsan google -credit to owner juga
ni contoh simple baju tunang yang aku nak.. hampir camni tapi warna pink hehe...
sebab pink kan cam sweet2 , sinonim ngan anak dara 
so sswai ngan majlis tunang (coz waktu nikah aku nak warna putih -sebab putih itu suci.. sinonim utk nikah)
wedding kompom tak leh warna pink, sbb D'man dah reject awal2 idea pink untuk kahwin 

ok bye!