Showing posts with label fitness diary. Show all posts
Showing posts with label fitness diary. Show all posts

Wednesday, December 27, 2017

30 days stair challenge- First week

Tuesday :
140 steps 
tak rasa letih pun, kakipun tak lenguh. Rasa fun! 

Food : 
Breakfast : Telur stim 1+ air teh tarik
Lunch (Begedil+sayur+ telur goreng 2)
Dinner : Betik +nasi + ikan sambal 


Wednesday :
120 steps.
belum sampai 120 steps pun dah mula mengah, berbanding semalam yang takde rasa apa-apapun

Food:
Breakfast : Nasi lemak+yougart
Lunch : 4 cracker biscuits
+milo
Dinner : Nasi+ikan sambal+nugget+kentang+hotdog

* Okey, over sangat makan  malam hari ni, maybe sebab tengah hari tak makan, so malam, terasa lapar sangat. Ishh.. ~

Thursday :
200 steps
mula rasa malas, dan terasa letih.. dan kaki start rasa cam sakit-sakit bile naik tangga, tapi boleh tahan lagi. takde rasa nak give up, still rasa enjoyable and manageable.

Food :
Breakfast : Nasi lemak+ limau suam
* ni 'terpaksa' la kunun makan, sebab husband belanja, takkan nak tolak kan? Sian dia nanti breakfast sorang-sorang,so kite teman lah.. hihihik~
Lunch : nasi beriani+ayam+daging+air manis+kek+buah
Ni melantak tak ingat nye sebab ada farewell party kat ofis, bos belanja kan so .. hehehe
Dinner : Tembikai+keropok rings+chocolate dutch lady
Ni amik sikit-sikit je, buat rasa-rasa

Friday:
200 steps
tapi, malas, malas, malas, malas... terasa sangat malas, selepas 3 hari naik tangga, tapi gigihkan juga.

Food
Breakfast : Mee goreng+limau suam
Lunch : Potato rebus+sayur buncis masak telur
Dinner : melantak (T.T)

Saturday and Sunday
Skip-sebab balik kampung
Makan??
Melantak lagi huhu T.T



Tuesday, December 19, 2017

30 days stair challenge - Introduction

Badan semakin gemuk . Berat tak berubah pun, maintain 59.5 kg.
So, sekarang nak start diet and exercise, Terpaksa wei, anak buah semua kutuk mak cu diorang dah gemuk. Tempoh hari, time majlis hari jadi piya yang ke-2 tahun, dalam gambar, masyallah, gemuk gila aku. Tok laki lagi kurus. adess...
Waktu tu la tersedar,
i cannot be like this forever, got to do something.
So, start this week, i control my food intake, no rice. Just lauk sahaja. and try to get my water intake 3L per day. with no failure! Huh!

Anyway, got this challenge that interested me.
The 30days stair challenge. I think i can do it!


Image result for stair challenge

yes i can! will sharing my progress in the next post.

Bye!

Friday, September 8, 2017

Mengandung ke?

Mengandung ke? Uii.. soalan yang kerap dengar sejak akhir-akhir ini kat opis.

Apa yang tersirat sebenarnya?

nak suruh tambah anak lagi ke?

Atau...

Sebenarnya dah semakin bulat?

Ui, mengigil-gigil lepas jawab sengih -sengih+ gelak-gelak , mengaku yang diri ini dah bulat sampai nampak cam orang mengandung.

Hati yang terluka hanya tuan badan je lar yang telan.

T.T

Wednesday, September 6, 2017

Takde perubahan lagi

Ya allah, takde perubahan lagi. Tempoh hari adalah turun dari 60 kg ---> 58-59 kg. Tapi lepas raya haji hari tu, naik balik 60 kg, bwahahaha~

Stress ke?

Takde lah stress sangat, sebab memang dah agak dah, mesti naik balik berat ni. Tambah-tambah dengan tidak ikut diet kalori, boh makan je ape yang suka, so... dah agak dah tak turun pun berat ni.

Exercise.

Terus ke laut. :P...
Tapi memang yakin hanya dengan exercise sahaja berat boleh turun. Tapi yang menjadi masalahnya adalah, takde masa nak exercise. Weekend terlalu pack. Ada je aktiviti, balik kampung lah, jalan-jalan lah, keramaian family lah..

Semangat?

Masih ada lagi. Masih nak kurus, masih nak sihat. Hari-hari dok fikir nak kurus sambil makan burger, sate, cekelat.. :P

Penimbang

Dah ada dah, sebelum ni takde, jadi cam hangat-hangat tahi ayam, tapi la ni dah ada, semangat up balik!

Okey, mari diet balik. Reset, start and don't give up!

Image result for emoticon semangat

Friday, July 7, 2017

Nasi goreng itu...

Hari ke-4, diet streak.

Untuk pengetahuan semua, aku tak jadi diet atkin, takleh hidup tanpa karbo, so back to diet kalori. Masuk hari ini, dah hari ke-4, diet kalori. Alhamdulilah, intake food masih tak over 1200kcal lagi setiap hari. Air pula 2L setiap hari.- target nak 3L, tapi takpe kita buat baby step dulu.

Pengalaman 4 hari diet kalori ini, mula-mula tak terasa sangat, masuk hari ke-3, start rasa cam ada yang tak kena bile tengah malam. Nak kata lapar, tak lapar, tapi rasa nak mengunyah a.k.a nak makan, padahal tak lapar pun. Bwahahaa~ aku anggap ini fasa badan aku tengah terima rutin makan tak over, sebab selalunya badan aku memang makan over kalori, lebih 1200kcal sehari wa cakap lu!

Plan awal aku, tengah hari hanya makan telur rebus/telur stim/telur goreng untuk lunch. Tapi 3 hari berturut-turut mengadap telur, terasa muak pula. So, hari ini aku bawa mee goreng, around 400kcal. Okey lah tu, pagi tak break fast, so ada balance 800kcal untuk dinner.  Itu plan aku. Wah, sebelum tido semalam dah plan nak makan apa. hebat tak!? ngee!

Tup tup masuk ofis, akak cleaner bawa nasi goreng pula dah! Aduh! Semua officemate, pakat makan kat pantry.  Aku juga duk sorang ngadap komputer. Sebabnya, nasi goreng lebih 600kcal kalori, kalo aku amik half pun still 300 kcal. Cam rugi pula dah.~  So korban lah sikit, teguk je lar air kosong bebanyak kan~

Takpelah, demi turunkan berat, demi kesihatan  * pujuk hati *




Wednesday, July 5, 2017

baby step

Memang susah untuk kurangkan berat badan dan buang semua lemak yang dah terkumpul dua tahun lebih ni. Dari 46kg- 62 kg, banyak tu. Tu belum habit bermalas-malasan, habit makan melantak, habit tidur dari senaman dan macam-macam habit ternak lemak yang sukar diubah.

TAPI~

Semuanya perlu start, slow-slow.

Slow-slow take the baby step.

Slow slow motivate diri sendiri.

Ini my baby step to better body, better health


  • Makan nasi dikurangkan kalau boleh tak makan langsung! 
  • Minum air banyak, 3L sehari (cuba, dan cuba)
  • Senaman jalan kaki setiap minggu di taman (jalan lenggang-lenggang je, tak larat nak lari lagi)
  • Cari sahabat yang nak join kuruskan badan juga. Dah dapat dah, my bff , nak teman exercise setiap weekend. Thanks yana! Walaupun kau dah kurus dan fit, sanggup teman kawan debab kau ni. muahh you to the moon. 



Monday, July 3, 2017

Ditegur

Baju keje ketat, baju keje ketat, baju keje ketat...

Ditegur my bff sebaik start kerja hari ini, selepas cuti raya seminggu.

(⁎˃ᆺ˂)

Thursday, March 30, 2017

ATKIN DIET

Tertanya-tanya, perlukah aku buat atkin diet? hmmmm.. kuatkah aku untuk berdiet atkin? hmmmm....

Apa-apapun, kita habiskan puasa qadha dulu.

chiow/

Tuesday, March 28, 2017

Down la pula bila puasa tapi tak kurus-kurus.

Semalam pergilah timbang berat badan kat machine penimbang shopping complex. Rasa confident lah kununnya sebab dah puasa 4 minggu, , mestilah ada perubahan kan?
Sekali kau.. 62 kg?!!

What??!!

Naik dua kg? OMG? Macam mana ini boleh terjadi? What happened....Sedeh terus..rasa down sangat. Terus pi emotional eating , pi melantak sushi dengan rendang ayam made with love from my father in law.. huhuks..

Hari ni, dah tenang sikit, check-check lah apa kesilapan diet ketika berpuasa ni. Setelah diselidik, dapatlah beberapa point. Antaranya:

1- Tidak kawal pemakanan
* Pi melantak je sesuka hati time berbuka dan tentu-tentulah, lebih dari 1200kcal yang sepatutnya aku ambil setiap hari/

2- Bersahur sebelum tidur.
* Sebabkan malas nak bangun bersahur, sebelum tidur aku p melantak makan dulu, lepas tu tidur. Dah tentu-tentu badan perlukan 4-5 jam untuk proses makanan sebelum tidur, kalau tak cukup hours tu, memang-memanglah makanan terus jadi lemak.

3-Kurangnya aktiviti fizikal
Dok kat opis, tak gerak-gerak, siap bersila bagai atas kerusi. Jalan hanya untuk ke toilet. Pemalas betui la aku ni..  Lepas tu takde exercise lagi. Memang, tepulah lemak kat badan ni.

4-Banyak tidur.
Siang takdelah tidur sangat, tapi memang weekend tidur lah juga. Bila piya tidur siang, aku pun join. Malam pun sama. Tu yang rumah pun macam tongkang pecah.


Dan disebabkan obes sangat ni.. kepala lutut aku pun terseliuh sekarang ni, nak jalan nak duduk, nak mencangkung sume yang pakai lutut, dah tak boleh buat dah. sakit yang amat. Alahai...  Cepatlah aku turun berat badan, macam-macam sakit dah mai hinggap dah ni.



Friday, March 24, 2017

4 Minggu Puasa Qadha

Dah 4 minggu puasa streak ni ha... Ada lagi 2 minggu nak settlekan puasa qadha, lepas tu dah boleh melantak seperti biasa. Tak sabar pula nak timbang berat lepas ni. Ada perubahan ke idak kan?

Sepanjang puasa ni.. memang aku takde exercise @ control makan. Tapi hanya makan sekali je iaitu waktu berbuka. Sahur kekadang je kalau sempat. Tak tahu lah kalau gaya begini, turun tak berat badan aku ni.

Buat masa ini, takde rasa perubahan apa pun kat empunya badan ni. Buncit still buncit, debab still debab, double chin masih kekal terletak.. Baju yang tak muat, masih kekal tak muat.. .. Tapi, kita tengoklah dulu camne lepas dua minggu lagi. Sebelum ini berat aku 60kg yer puan-puan.. dupdapdup gak ni nak timbang nanti.




Thursday, March 16, 2017

Puasa Qadha

Lama dah tak update status diet streak aku ni.. Soalan pertama, camne dengan diet anda? hehehe.. Aku masih lagi berdiet, cuma kali ini aku try approach yang lain pulak. P.U.A.S.A. Memandangkan aku memang banyak tak ganti puasa lagi ( time ngandung+menyusu hari tu), So total aku kena ganti puasa adalah 27 hari. Ha.. banyak kan? Hampir sebulan tu. Bulan Ramadhan belum tiba, aku dah poser dulu.. ko hado? :P

Jadi, sekarang ni dah hari ke 12 aku berpuasa ganti. 7 hari terawal, rasa bersemangat dan tak terasa sangat laparnye. Tapi hari ni dah mula rasa lapar sangat. Selalunya, lepas keje baru terasa lapar, hari ni belum pukul 3 petang, aku dah rasa cam nak pitam-pitam pulak. Cis... Tapi puasa masih diteruskan. yerlah, puasa qadha mana boleh separuh jalan kecuali betul-betul membahayakan kesihatan/uzur. Sebab hukum puasa qadha dah macam puasa wajib dah.. so bertabah lah aku hari ini.

So, sepanjang puasa qadha ni, aku hanya makan time berbuka, dan kekadang sahur. Sabtu Ahad aku tak puasa, jadi makan seperti biasa.

Sambil menyelam minum air.. kikiki.. so tak sabar nak timbang after habis ganti semua puasa. Harap-harap adalah penurunan  walaupun 1 kg kan?

P/S : Ramadhan tak lama lagi, target kurus sebelum raya ni.. aper cer? huhuhu

Monday, January 23, 2017

Emotional /Stress Eating

Setiap kali weekend je.. mesti kena reset diet. Sebab asyik terlupa key in myfitnesspal dan makan melahap tak ingat dunia. Macam semalam, tengah malam pukul 1.00 pagi, rasa lapar dan stress, terus p amik pinggan, buh nasi, buh ayam, buh telur goreng separuh masak, kemudian pi melahap kat depan tv. Siap ajak D'man join sekali miahahahaha.... (evil laugh).

Hari ni, tekak rasa sakit pula. Ni mesti sebab aku tak minum air 1600ml/day. Sebab sebelum ni, minum je cukup 1.6L air kat office. Balik rumah je mesti kehausan tak minum. Lupa sangat. Nak kena ubah gaya camni. Lepas ni nak bawa botol air dari opis yang besar tu, letak kat umah waktu weekend, so dapat pastikan 1.6L sentiasa dapat minum, kan?kan?

Aku perasan yang aku ni stress eating... or emotional eating. Maksudnya, kalau aku stress ke, penat ke, sedih ke, happy ke.. mesti makan tak ingat dunia.  Sebab tu beratpun macam berat yo-yo dan biskut chipsmore.. sekejap kurus, sekejap gemuk. Haish...

Aku baca dari internet, kalau nak stop emotional eating tu salah satu trick dia adalah seperti di bawah.

Bila nak makan je, fikir ni..;


TBT


Wow! Cam sekarang ni aku fikir aku takde selera nak makan brokolli tu.. tapi rasa cam lapar.. so apa  lagi, teguklah air kosong kat sebelah ni. Sebabnya, jika kita rasa lapar, kekadang sebenarnya kita rasa haus je,..

Kemudian trick kedua pula adalah FACING YOUR STRESS OR THAT EMOTIONAL THING tu!!
Contohnya kalau rasa stress, jangan cakap : " Eee...stressnya!!" tapi cakap " Eee... stressnya aku dengan dotdodot tu..sebab dia buat.. dotdotdot//"

Bila kita specific kan kestressan kita tu... maka automatik kita akan fikirkan solution, dan tak fikir nak makan..

Ha..

So apa lagi, boleh try.

P/S : Ada dua helai baju yang aku dulu tak muat, tapi la ni dah muat dah... aik? Adakah ini hanya imaginasi dan ilusi sahaja? Takkan aku dah kurus, kedebaban still cam sama je.. huhu.. I really need to get my self a weight-scale miahahaha...



Monday, January 16, 2017

Streak diet---> RESET!! dan LEMAK AIR.

Miahahhahahah... 

Image result for funny laugh


Nak jadi kan cerita, sabtu ahad balik rumah ayah, berkampung dan berpesta makan di sana. Say burbye to kalori diary...welcome lemaks tepu! 

Sekarang back to basic diet. 

DAY 1

My sis kata yang aku ni lemak air. Nak buang lemak air ni kena minum air cukup, 2-3 litre/day. Yep, memang aku tak pernah minum lebih 1L sehari. Mungkin sebab tu lemak air berkampung di dalam badan ini. 

Faktor penambahan lemak Air :

Image result for gemuk

Makan banyak makanan tinggi garam

Yep, memang ikan masin, telur masin, nasi goreng ikan masin  favourite aku! huhuks. Untuk mengurangkannya, amalkan diet rendah garam dan tinggi potassium ( sejenis elektrolit yang menentang sodium) - Fokus pada pengambilan buahan-buahan dan sayur-sayuran


Stress :

Ya betul! Kehidupan berumah tangga ni penuh cabaran dan stress level yang tinggi. Tapi tak tahu kenapa bila stress boleh tambah lemak air pulak? Camne pun nak kurangkan stress, banyakkan tulis jurnal peribadi, berlatih bernafas dengan betul dan berjalan kaki sempoi sempoi di taman untuk tenangkan fikiran.

Senaman intensi tinggi :
Ok, takde kaitan, SKIP.


Terlalu banyak serat/fiber:

Ni pun pelik, tadi suruh banyakkan sayur-sayuran? Alahai.. Skip! 


Atasi Lemak Air dengan : 

Image result for gemuk

Kurangkan karbohidrat : 
ok, set in progress, dah guna myfitness untuk kalori control 

Tingkatkan pengambilan air :
In progress hari ini. 2 L/ day target 30 hari. 

Kurangkan pengambilan garam;
Ok, noted!

Amalkan makan pisang:
Sebab pisang banyak pottasium. Ok, ni new, boleh cuba

Banyakkan sayuran dan buah-buahan:
Hehehe.. insya-allah.


Ok, kita lihat lepas 30 hari camne? 
Sekarang berat 60 kg.







Thursday, January 12, 2017

Dah mula kemalasan dah..

4th Day Diet Streak

Semalam terlebih kalori okey... ni semua gara-gara tak dapat tahan nafsu nak makan nasi gak..lepas tu siap makan snack chocolate ngan biskut lagi, miahahahaha.... Nampak tak permainan malas tu dah start .. Exercise pun skip. Huhuhuks.. ~~


Nampak dalam ni tulis, dalam 5 minggu aku leh dapat berat 59.3 kg, kalau berterusan begini. Nanti kita timbang yer...
Takpe, kita tengok hari ni camne pulak? :P




Wednesday, January 11, 2017

BAHAGI KALORI DENGAN SEIMBANG UNTUK BREAKFAST, LUNCH, DINNER

3rd day diet streak.

Semalam sakit kepala, pening dan mual. Rasa dunia berpinar-pinar, nak jalan pun takboleh.  Aku fikir positif yang badan terkezut sangat sebab dah dua hari makan kurang dari 1200kcal. Alhamdulilah, hari ni takde dah pening kepala.. rasa lega sangat. 

Walaupun begitu, semalam aku telah cheat makan time larut malam sebab tak tahan sangat pening kepala tu. Ingatkan over kalori, tapi bile key in dalam myfitnesspal, yes, masih below 1200kcal. 

Camnepun, aku tak buat jumping jack malam tadi. Harap hari ini dapat buat exercise walaupun rasanya cam hari ni AKAN terlebih makan kalori. Ni semua gara-gara tidak pandai membahagikan kalori intake untuk portion breakfast, lunch dan dinner. 

Sebab apa salah budget kalori?? 

Pagi tadi ada meeting. Dan seperti biasa, kalau meeting memang ada makan-makan. So, terlebih pulak kalori intake untuk lunch time. Terpaksalah korban kan kalori intake untuk makan malam ni.. Aduhai... Balance kalori untuk malam ni sikit sangat, harap-harap dapatlah aku menahan nafsu dari makan nasi malam ni. (T.T)

Image result for nasi

Tuesday, January 10, 2017

Diet Revolusi

Okeylah memandangkan setiap kali balik kampung, banyak orang dok terkejut tengok/ kata aku ni dah gemuks tak macam waktu kahwin dulu, untuk 2017 tahun ni, aku nak DIET. Kali ni betul-betul diet hokeys, bukan hangat-hangat taiik ayam.

Aku lepas beranak memang naik mendadak beratnya.. dah macam pokok rendang gitu, dahle pendek. Baju-baju waktu takde anak dulu sume dah pack buang dah.. sebab dah tak muat. Nak tahu berapa berat aku sebelum kahwin?

46 kg. 

saje nak interframe gambar kahwin ari tu, ( Mac 2015)

Kemudian, aku mengandung. Berat aku semasa mengandung , terus naik ke 50++. Tapi time ni takpe.. ada seri baby, so  nampak manis miahahahaha...

Waktu majlis hari raya July 2015, waktu ni mengandung 4-5 bulan
Lepas beranak kan piya, tahu berapa kg? 62 kg.. tak turun-turun dah samada maintain atau naik jer ... haru betul! 

Sekarang dah masuk tahun 2017, piya pun dah setahun dah. Aku masih kekal debab ... sedeh hati bila nak jalan pun terasa mengah. Badan terlalu berat, macam-macam sakit datang, lenguh la, bdan masuk anginlah,, gastrik lah.. 

Jadi dengan bermulanya tahun baru ni, aku berazam untuk kuruskan badan sebelum raya tahun ni. Taknak dah dengar makcik makcik dan sedara mara aku kata aku gemuk dah.

Hari ni second streak aku diet. Aku try diet kalori. sehari 1200 kcal jer, tapi target aku kurang dari 1200 kcal. 

Diet atkin?

Belum ada keberanian untuk tidak makan karbohidrat. No!! I cannot live without my nasi.

Exercise?
Sedang dalam proses. Masih mengah, nak kene start slow-slow, Dah tak boleh dah nak sprinter lari cam dulu.. 

Okey, tu jer rambling here.. 

Wish me luck.

Day diet streak : day 2 


Friday, May 13, 2016

Waktu tidak sesuai untuk menimbang berat badan





Sebelum tidur : * Berat bertambh/berkurang  : berat ini dipengaruhi oleh berat dari aktiviti hari itu
seperti senaman, waku terakhir makan, waktu terakhir minum. Ia bukan berat sebenar.

Selepas minum air(banyak) - Berat bertambah kerana berat ini dipengaruhi oleh berat air.

Selepas makan: Berat bertambah : Berat dipengaruhi oleh makanan yang dimakan

Selepas lahirkan anak: Berat berkurang: Dipengaruhi oleh berat yang diperoleh semasa mengandung.

Minggu-minggu terawal proses diet anda -Berat air .

Selepas senaman- Berat berkurang : Berat ini dipengaruhi oleh berat air yang hilang semasa senaman.

Semasa minggu mestruasi: Hormon!

How much you drink today?

How much did you drink today? One of the essential tips to lose weight is drinks lots of water..


For me? 1 L per day. It's not enough orait! to lose weight I have to drink at least 3 L per day.  Lots of water is also good to increase breast milk.. yaha>.  
 I miss my little baby.. ^^ 

Monday, September 15, 2014

Detox drink

Misi menjadi kurus masih lagi gagal, exercise entah ke mana, melantak pun xigt.. jadi today i make myself a detox drink.. its for one jug,1l, which is enough for few days..
The preparation is easy.. campak je semua bahannya..

Bahan-bahannya:
Lemon 1 biji
Timun 1 biji
Halia 3 inci
Daun pudina 12 daun

Preparation:
Hiris semua, masuk dalam jug air, simpan peti ais,tinggalkan semalaman, kemudian boleh diminum setiap hari.

Kebaikan:
Mengawal berat badan, kuruskan badan, ringankan badan, detox  badan..

My detox drink..
Simple jew... 



Sunday, April 27, 2014

Horses in the park.

Went for jogging this weekend-Saturday and Sunday. Done my running for 1 and half circle and walking 1hr. Not bad for people like me who just start to exercise after quite a long 'hibernation' hehehe... Anyway, the park had changed a lot, new rail, new pathway ( i seriously got lost in one of the new pathway..huhuhu). On Saturday there more people than on Saturday although on Saturday, there is a wet market near the stadium. Also i found out there are lots of activities recently in the park.. i think the park has become quite famous around the neighborhood after all the upgrading and renovation. Like today, there is fishing tournament held in the park, so seriously it's a bit crowded. (that did not success to demotivate me huh!)

One of the things that fascinated me is sometimes around 9-10 am, there will be  a few policemen doing their rounds in the park while riding horses. Cool right? There are call 'police berkuda' (mounted police?). Usually there are 3 horses,  a black and two brown, i wonder what their names are.. Those horses are too cool and looking smart and tough.. hehe.. When they happened to be in the parks, most of joggers with kids will approach them and took some pictures. The policemen are all friendly..

I am fascinated with them, but at the same time not brave enough to come near.. Well i have a 'thing' with policeman- they frightened me , i don't know why but i just don't feel comfortable around policeman . The way the look& dress  always make me feel like a suspect, no, i am not a criminal or did any wrongdoings, it just that 'feel' urghh.. I always keep myself away from any policeman no matter how nice they are.

So, i end up admiring those horses from far... but maybe that will changes, who knows..

Singing horses game which was famous years before, bring back memories
. lalalala... hohhohoh...