Showing posts with label food and me. Show all posts
Showing posts with label food and me. Show all posts

Sunday, September 21, 2014

what's cooking today..

Two dishes for today. My favorite cendawan goreng, now i have found the perfect recipe for it.. kompom sedap.. bestnye hehehe the quest has now have reached its end hehehe...
Cendawan goreng.. i always feel that its taste similar to chicken
Emm..


Also the ayam paprik.. it easy and my first time cook it.. taste okey.. yeay😉hehe

Paprik is d'man favourite.. he always ordered it when eat at kedai.. hehe.. now i can cook it , so no need for spend money outside.. ( angkat bakul sndiri le pulak hikhikhik)


Ok.. thats all.. hope that i can cook next week too..and of course every month, just like what my wishlist for this year.. caiyok!!

Sunday, June 29, 2014

What's cooking on 29th June 2014?

Haha.. lama gila aku tak masak. Last time aku masak adalah ketika bulan Feb 2014.. kira dah 4 bulan aku tak masuk dapur.. OMG! hehehe.. ni sume gara-gara kemalasan tahap dewa dah bertapa kat aku. Tuptup dah masuk bulan puasa dah.. Hi, sume.. selamat berpuasa. Hari ni first day puasa, anda sudah pi terawih lum? ^^ *

Hari ni juadah berbuka puasa sangat simple, tiada air manis pun. Sebabnya, hujan turun dengan lebat (alhamdulilah hujan di waktu el nino ni..) jadi takde sesiapa ke baazar ramadhan hari ini. Tapi takpe, dapur kan ada.. hehe..

Ini namanya telur masak ujang- masakan negeri sembilan
mula-mula masa aku tengah masak ikut resepi dalam buku tu, aku ingatkan ini telur masak lemak cili api, tapi bile takde santan  dalam menu tu, aku check balik and baru tau rupanya ini bukan masak lemak cili api ler...
(=_=") hoho

karipap roti
senang giler resepinya.. cuma perlu roti jer, tak payah pening-pening nak buat kulit karipap tu..
sesuai ler untuk orang cam aku yang baru nak belajar masak ni..
inti aku buat inti sardin.. sedapppp...

Menu kami yang sederhana...
ada ayam bakar tapi aku tak ambil gambar sebab tak sedap.. sebab
perencahnya D'man belikan untuk aku, rakan sekerjanya jual, dia pun belilah memberi sokongan
. tapi seriously..
better lagi perencah yang aku buat sendiri..
so disappointing.

Hari ini masa buat karipap banyak masalah aku hadapi, karipap aku dok terbukak jer time goreng.. dalam banyak-banyak sikit sahaja yang jadik.. stress juga aku.. camne ler nak jadi bini orang in a few more months ni... haishhh..

sedeh jer tengok karipap terbukak gini..
tapi kami ngapp juga sebab rasa die sedap
but segan ler t nak tnjuk kat mak mertua kahkahkah...
ok .. kene praktis lebey camnie..
chiow. 





Monday, March 17, 2014

Feelin Cameron Jap


Tak pernah pun tau yang strawberry with chocolate is the best desert ever! Yummy... sebelum ni dengar orang cerita tapi tidak berkesempatan untuk merasainya sendiri. Tempoh hari singgah ke TESCO dan beli strawberry. Sebabnya stok coklat Hersey tu banyak lagi di dalam peti ais, dari biar ia expired baik nikmatinya dengan strawberi. Rasanya sangat heaven!

Strawberi +coklat, simple yet delicious.
letak jer strawberi dalam mangkuk kemudian letak coklat krim tu


Aku pakai coklat ni : emmm yummy gile!






Lepas tu sebab lapar, masak nasi goreng cili api. Kali ni letak banyak sikit cili api, walaupun tak nampak sangat cili apinya dalam gambar, tapi ada rasa pedasnya. Ayah aku makan dua tiga suap selang minum air, katanya pedas sangat ni. Adik mok makan sikit jer, ceit..  Ye, aku tau family aku kureng makan pedas.. tapi lidah aku ngam jer.. 


Makan nasi goreng cili padi bersama strawbery coklat
feelin di cameron pula ,,
tapi bukan mat salleh ini kg style nye..

Akhirnya, bungkus bagi D'man makan. Dia orang negeri sembilan, katanya sedap, tapi kalau tambah lagi cili api, lagi berapiii ....kalau berapi gitu, mampos takde orang nak makan kat rumah. Takperler tunggu kahwin nanti, aku buat ler berapi-api kat D'man, jangan sampai terbakar die nanti hohoho~ 





Saturday, March 1, 2014

Bawa bekal ke opis.

Tayang-tayang menu budget yang aku buat untuk lunch di tempat kerja. Sekarang ini aku sudah beriltizam untuk menyimpan duit, berjimat cermat dan sekali gus diet untuk persediaan di tahun depan .. fufufufuufu...

Nasi putih + telur goreng + hot dog+ kuah taucu

Nasi putih + tauhu goreng + sayur hotdog sambal kering 

Nasi putih+ kicap+hot dog goreng +telur kicap



What is cookin in Feb 2014??

A lot of fail nasi tomato hehehe..


Bulan Februari memang setiap hujung minggu aku ke dapur. Tapi menunya adalah sama. Nasi tomato. Ni disebabkan keluarga D'man nak datang merisik so untuk jamuan makan-makan mereka aku nak jamu nasi tomato. so, kenalah praktis, Wachaa!

Februari aku check tahun ni ada tiga minggu jer, jadi minggu pertama aku dah buat ikan goreng taucu dan seangkatan dengannya.Link : ini. Minggu kedua aku praktis buat nasi tomato di hari sabtu dan ahad (dua hari okeyy..). Minggu ketiga, family D'man datang dan nasi tomato yang successful berjaya dihidangkan.. hohohoo...(puji diri sendiri lebey-lebey lak:P)


Ok, tayang-tayang:



Nasi tomato- ni versi praktis
untuk real nye aku letak gajus, bawang goreng sangat meriah 

Ayam goreng rempah-
Untuk hari merisik aku hidangkan ayam masak merah, tapi lupa nak ambil gambar

Acar nenas dan timun- sangat sedap dan sangat mudah nak buat! ^^

Itu sahaja di bulan feb 2014. k chow!^^ V 

Saturday, February 8, 2014

What is cookin' 8 Feb 2014?

Hari ni lepas jer balik dari jogging kat Tasik Titiwangsa -  
fuyoooo aku bersenam sampai ke titiwangsa gile ganas hehe.. 

Aku terus shoot ke supermarket Hero dan beli barang-barang untuk masak hari ini. Kan aku nak mengimprove kan masakan aku a.k.a belajar masak tahun ni? so hari ni agak meriah ler skit skit jer tak banyak pun untuk lunch .  Jadi lauk ari ni...



Sayur kubis goreng hentam saja! 
Sayur kubis ni aku tengok dah nak dekat lame dah dalam peti ais tu. Apa lagi amik semua boh masak je sesuka hati aku. Aku letak fishball, hotdog dan tauhu. Asal ada sayur suda...

Ikan goreng taucu
hang tanya ikan apa aku aku jawab tak tau! haha! teruks aku ni, ikan pun tak kenai, miahahaha... Ikan ni  adik mok dapat masa join memancing ari tu. Banyak die dapat, 16 ekor setelah dicampurkan dengan ikan-ikan member dia yang kaki mancing skali tu.. so, ada 4 orang, bahagi sorang dapat 4 ekor bawa balik.. bolee ler.. ( cara masak di sini )


"  Oh adik!  bila nak pi mancing ikan lagi?, La ni ikan mahal kat pasar tu.." 




Ikan bakar - ikan yang adik aku bangga sebab dia yang dapat tangkap ^^V

Aku ada pemanggang ajaib miahahahahah.... suke aku nak bakar bakar segala tok nenek  makanan. Nak buat ni senang jer, pi beli perencah adabi segera yang tulis ' perencah ikan bakar' hehe.. Sonanggg.. sebelum ni aku pernah try bakar ikan guna resepi tradisional, peluh ketiak skit ler nak buat perencahnya.. tapi memang sedap . Yang guna perencah ni pun sedap gak... walaupun rupa kekurangan skit hohooho.. Yang ni kalau ikut arahan kat packet tu kata perap 5 minit jer, aku pi perap sejam sebab dok layan internet... tapi ok jer.. perap ler selama mana nak, sedapp aje..

Menu hari ini ^^V
Overall, inilah menu aku hari ni(tak termasuk ikan bakar sebab ikan dok dalam pemanggang) . Ayah aku kata meriahhh nye hahaha... thanks daddy, sebab sokong anak dara anda memasak, meow meow



Thursday, February 6, 2014

What is cookin' in January 2014

Ok, as one of my new year resolution, i wrote i'm going to cook at least one dish per month. So, in January, this is what I cook.

Ikan goreng 3 rasa!

What only a dish??

hahaha... well i did cook nasi ayam set last month for short meeting occasion between my father and D'man.  But i forgot to take pics as proof( why did i need one? ??? ") Anyway, i did manage to fulfilled the resolution "cook at least one dish every month".. hahhahahaok fine! !! this Feb will try to make more dish and better.. buhuhuhu...


Tuesday, July 9, 2013

Masak dan masak lagi

Dulu waktu muda jelita, malas nak masak. Sekarang rajin pula aku ke dapur. Semua resepi nak buat. Lagipun tambah dengan ayah yang tak sihat, aku lagi selesa masak sendiri semua lauk-lauk di rumah, senang nak monitor kandungan minyak, kholesterol, lemak, gula dan garam dalam masakan aku agar sesuai untuk kesihatan kami sefamily. Kalau beli kat luar tu, entah berapa liter minyak diorang gune,, ish-ish.. tak elok-elok..

Walaupun masakan aku tak semewah dan secantik di luar tu, tapi lebih jimat, sedap dan terjamin kehalalan, kebersihannya dan kesihatannya. Cewaahhh... Buat masa ni aku boleh masak simple-simple jer tapi cukupler kalu nak buat persediaan untuk jadi bini nanti kan? hehe ( kahwinkah aku?T.T)



 Cendawan goreng,
Aku masih lagi belajar untuk menyedapkannya. 
Selalu aku masak hari ni sedap, sok tak jadi pula, lusa sedap balik
huhu.. masih mencari-cari resepi cendawan goreng yang bila aku buat kompom sedap 





ikan kari 
Aku jarang masak kari dan kurma, jadi agak kureng di situ...
tapi kari ikan ni aku masak sedap, berlemak gitu... sedap-sedap..
sengaja aku banyakkan kuah sebab aku suka kuah banyak-banyak ni...
kira bolehlah lepas nak bagi laki makan...(adakah?)



Ini adalah ayam goreng percik tapi aku nampak apasal cam masak merah? hahaha
Rasa ada lulus
Rupa takde-fail




Kacang Buncis tempe...

Aku yang makan 


Sekian~










Saturday, April 20, 2013

My Ayam expertise dish


You know that my brothers prefer chicken dish than fish, meat and vegetables. Chicken is a main course in our lunch and dinner. Everything is ayam ayam ayam.. So, I'm proud to present my expertise chicken dish , that I expert to cook, I can 'campak-campak' jer and trang trang.. siap! And of course delicious hahaha...


Ayam masak kicap berempah

For me, there are two type of ayam masak kicap. One is as above, ayam masak kicap berempah and second is ayam masak kicap simple. The simple one have more onions and taste sweeter hehe.. If I in a lazy mode and less time, I prefer ayam masak kicap simple.. (^.^)

Ayam masak Merah

For Ayam masak merah, I have three version.

  1. Ayam masak merah with santan (Mak endeh version)- I called it tradisional because everything is handmade from its paste to everything.. 
  2. Ayam masak merah without santan ( Sos tomato+ sos cili)- modern 
  3. Ayam masak merah wangi (mix of no 1 & 2)

My favourite is of course no1.  Like people say, the old recipe is the best! hehehe... ok, chow.

P/s : All pics taken directly from kuali belanga di dapur. I have no time to put it nicely in plate and present the food beautifully coz I'm so lazy to clean the dishes after that kekeke.. Anyway, what counts is the taste. 

Wednesday, March 20, 2013

Ayam cola

Want to try this resepi for quite long time, and at last I succeeded to make it. Presenting - AYAM COLA

Ayam cola

My experience- I don't think this dish is suitable to eat with rice contrast to what written in the recipe. For me, it taste like ayam kfc without its crunchy skin. The meat itself taste sweet almost like kfc. So it much more suitable to eat this cola chicken (ayam cola) by itself with some chilli sauce and mayonnaise. 

But if you want to experiment it, please go ahead. Below is the link to the recipe. 

Saturday, February 23, 2013

Mee goreng mamak


It's so strange when we had to pay for something that we can make at house for free. When I went to mamak stall/ restaurant, I don't know why I like to order their mee goreng mamak. It's simple and easy food made and the price is in range of RM3-RM4. ( I bet, the price will increase years later).

I remember my favorite mamak stall nearby my house. It was behind a Petronas station.  My father used to brought me there during school holiday. At that time, I was in my first year high school at Negeri Sembilan  and stayed in dormitory. Once awhile, when it was school holiday, and when I came home, my father would take me there. Just the two of us (  I was my father's favorite daughter :)).

It was my first time tasted a mee goreng mamak. I remember my father asked me if it was delicious and I keep saying yes, nodding happily . He watched me finished one whole big plate, with smile on his face. I think he was happy and sastified to see his daughter eat - I was very thin at that time. The stall is no longer exist.

Today, I made myself mee goreng mamak. Personally , I think it was good.

My mee goreng mamak with my memory



























Sunday, February 17, 2013

Bubur ayam orang demam

Today, Adik mok requested me to make him chicken porridge like mcD. He was not sick but this dish is one of his favorite. Usually, I was lazy to cook it because it takes hours for rice to turn porridge, but since he was personally requested and begged me from early in the morning, as a sister, my heart melted.

Simple chicken porridge

It does not look fancy hehehe..  Well, I don't have decorative ingredients, so I  just used the basic ingredients. But don't be fooled by the look, it was delicious. Adik mok waited for 2 half hours for this, and his waiting was paid off. Still hot, he excitedly ate it, and gave me thumbs up. Later on, he ate another 3 bowls of this.

I am proud as his sister.
Link to the recipe:

Saturday, February 16, 2013

Tempe goreng belacan cili umphh!

Today, for lunch, there is tempe in the fridge. So instead of boring fried tempe, I made tempe goreng belacan cili. So umphhh!! So pedas!! I like it!! I like food that spicy. For me, cili padi is a must..  Even when I eat instant maggi, I put cili padi inside it to make it taste a little bit spicy...

Or when my father cooked fried anchovy with dry pepper. I ate the dry peppers like chips. hehe...

Tempe goreng belacan bercili


Link to how to cook it :

resepi tempe goreng belacan berapi




Friday, December 7, 2012

Aiskrim Goreng

Sejak dah reti buat aiskrim goreng ni, rajin pula aku buat. Ni suma gara-gara pekena aiskrim goreng pasar malam kat opis, dah terus addicted.. dengan adik mok sekali addicted.

Tetiba Rajin pula die teman ayah aku pegi supermarket, then time-time tu juga dia sambar roti, sambar aiskrim sekotak.. (hamboi kau...)

Aku balik keje jer, dia dah sengih-sengih suh aku buat kan aiskrim goreng. Jadi sebagai kakak yang nak dicalonkan sebagai kakak mithali marvelous kebabomm oleh adik-adiknya, aku pun masuk ler dapur, buatkan 'desert' ini..

Inilah rupanya, bulat comey kan.. sukenye aku, klass ko nyah, letak atas pinggan coca -cola tuh... ngee~


Aku buat banyak-banyak kemudian letak dalam fridge a.k.a peti ais, then bila teringin jer, sambar goreng.. teringin jer, sambar goreng, teringin lagi, sambar dan goreng lagi.. hahahar- selamat ler ayah aku tak selalu ikutkan permintaan adik mok untuk beli aiskrim setiap kali gi kedai, kalau tidak mau jadik bulat-bulat suma orang kat rumah ni, disebabkan syik melantak aiskrim goreng.. 

Sangat rangup bila roti nya dipecahkan... rangupnye....


hokeyy.. sangat sedap, aiskrimnya yang sejuk, rotinya yang rangup...
emmm.....


Okey dah, cukup-cukuplah terliur yer...


P/S : Hari ni on the way ke ofis, nampak kete kenari lupa tutup tangki minyak ngah relaks gerak di highway.. dalam hati aku dok jerit-jerit " anyone, abang-abang motor, tolongler sound kan driver tu jap, geram aku tengok tangki minyak yang tak tutup tu!" 


Monday, September 3, 2012

Ayam oh Ayam

Kegemaran adik mok adalah makan ayam goreng. Apa saja asalkan ayam goreng ( dah macam upin ipin pulak) ..

Ayam goreng halia

Me'variasi'kan masakan ayam goreng di umah selain ayam goreng Mcd, KFC, terhasil lah ayam goreng halia yang sangat sedap.. Rasanya sangat cam ayam sate... sedapppppppp..

Ayam goreng Serai
Ayam goreng serai... hmm.. not my taste.. rasanya sedikit pelik, tapi adik mok hentam juga.. (asalkan ayam goreng )

Teringin nak buat ayam goreng berempah, tapi sangat malas nak memerapnya.. next time ya mungkin..

P/S : Oh, sangat boring hari ini, amik AL untuk pegi JPN amik IC yang sudah siap. Kemudian melepak marathon cerita The king 2heart sebanyak 20 episode. Dan kemudian ada memori dan adegan mementingkan diri ( huhuhu.. aku la tu) yang membuatkan aku rasa sangat bersalah dan rasa nak marah diri sendiri sambil menjerit .. " Teruknya aku ni!!!!!!!!!" ok bye.




Tuesday, July 17, 2012

Murtabak Maggi

Resepi ni dapat dari cik pjah, my bff ... Aku try ek pjah, so jadik camnie hehehe... 

Adik aku cakap besh, and dia kata kalo goreng rangup lagi besh..tapi tekak aku tak berkenan sangat , maybe sebab aku pun memang bukan kaki makan maggi. Kiteorang makan murtabak maggi ni dengan sos cili, hehe.. kenyang~~~ 

Sesuai sangat untuk makan time hujung bulan dan ketika malam-malam bile perut rasa lapar hehehe...




jadi bulaatt... camnie rupenya nanti.. bentuk murtabak ^ ^




Ni bila di  potong..


 Mudah nye ^ ^ 

Sunday, July 15, 2012

Nasi goreng ala kantonis

Bila barang dapur takde banyak sangat dan dok pk-pk nak masak apa untuk breakfast? Kcing! Terus nak buat nasi goreng ala kantonis.Hheehe.. so success sudah first try masak nasi goreng ala kantonis ini.

Nampak cam nasi goreng kicap jer, tapi rasanya takde sama ngan nasi goreng kicap yer. Rasanya tawar tapi  sedap... tak tahu nak cakap camne, sape yang pernah makan nasi goreng ala kantonis ni kat kedai-kedai tau ler. Aku suke giler!  Kira tekak bley masuk ler. Sebabnya ia tidak berminyak sangat dan tidak masin sangat cam nasi goreng melayu yang biasa-biasa tu.Bagus ni untuk kesihatan hehehe...

Sapa yang nak merasakan kelainan syik makan nasi goreng kampung je kan, bley buat ni. Barang nak buatnya pun sangat ler sonang mek oi... Bahan yang kena ada :

  1. Kicap manis ( Dua sudu besar)
  2. Minyak Bijan ( Satu sudu besar)
  3. Bawang kuning yang di hiris ( Aku guna separuh bawang besar jer)
  4. Bawang putih (2 ulas dihiris yer)
  5. Sayur campur 
  6. Daging/Ayam etc yang dipotong kecik2 ( *kalo ada)
  7. Minyak untuk tumis (skit jer)
  8. Garam skit, ajinamoto skit
  9. Daun ketumbar ( dicincang kasar2 skit)(*kalo ada)
  10. Cili Merah ( dihiris)
  11. Daun bawang (dhiris kasar) - * kalo ada
  12. Telur ( 2-5 biji, tengok pada kuantiti nasi yang nak dibuat)
  13. Nasi untuk digoreng

Barang-barang yang * kalo ada tu, tak letak pun takper, sebab aku buat tak letak pun hehe tapi jadik jer.. tapi takde ler grand marvelous upenye nanti yer. 

Jadik bila sume bahan-bahannya sudah diprepare masak ler yer. 

Tumis bawang -bawang itu dan cili-cili , masuk daging, garam kemudian dah agak-agak daging masak,  masuk nasi. Gaul-gaul nasi tu , then masuk kicap dan minyak bijan, masuk sayur-sayur dan daun-daun tu.. Gaul lagi. Masuk kan telur., gaul sampai masak. Letak ajinamoto, rasa-rasa skit ok ke tak, then SIAP!

Ok bley makan... Sila-sila~~


Simple saje takde meriah sangat, biasaler masakan bujang ngehngeh ngeh~ 



Thursday, April 5, 2012

LaUk hari ini Lalalalalala... ~~~

Salam...

Hmm.. apa hari ini nak tulis. Sebenarnya tak tahu nak tulis apa, nak cerita panjang pun malas. Jadi wikend hari itu, nexx buat : daging masak sos tiram, nasi goreng kunyit, telur goreng, ikan masak pindang dan sayur campur.Terbanyak pula dari biasa, terlebih rajin hehehe...

Ok, let the pictures do the talk.

Sayur campur - nexx memang suka sayur!! ^_^

Nasi goreng kunyit ( sangat simple nak buat )

Daging Masak Sos Tiram.. sangat sedap yer!



Ikan Masak Pindang - Sapa yang nak diet, makan ini jer ngan nasi , confirm turun berat badan 

Telur Goreng.- It's a must dish for nexx !





Makanan yang sedap dan mengenyangkan hari ini.. I love to cook! Seriously ^^



Ok, Da~~`