Showing posts with label sok sek sok sek. Show all posts
Showing posts with label sok sek sok sek. Show all posts

Tuesday, June 7, 2016

Homeless tidak lagi

Alhamdulilah, dapat dah rumah baru. Sudah seminggupun kami pindah ke rumah. Dan Syukur sangat rumah kali ini lebih besar dari sebelum ini, malah lebih selesa. (P/S: walaupun aku baru jer shot kan plug kat dapur hari tu, heheheh)..

Sekarang ni, tengah slow slow buka kotak dan susun atur rumah elok elok. Kalau ikutkan, nak buat ala-ala komtempari style gitu.. tapi apakan daya, kami bukan orang berada. Cukuplah ada dapur dan tempat tidur. Astro pun tak pasang lagi ni.

Doakan, lamalah kami dok kat rumah ni. Doakan juga yang tuan rumah takkan naik sewa tahun depan maupun tahun, tahun yang berikutnye... Amin

Oh ya, selamat menyambut ramadhan 2016!! ^^ 

bukan rumah kami, tapi berharap dapat rumah gini.. 


Tuesday, May 17, 2016

Homeless?

Hujung bulan ni habaq yang kami akan homeless T.T;; Pasai apa? Pasai tuan rumah dok halau kami hujung bulan ni die taknak bagi kami sewa dah. Sedih betul sebab piya kecik lagi, mana nak cari rumah emergency gini? Semua yang kami dok survey mahal dari budget kami. Yang masuk budget jauh dari rumah mama (pengasuh) piya.

Bulan ni kami berdua jimat cekik ikat prut pakai tali guni, nak simpan duit untuk bayar deposit rumah. Jimat jimatpun masih tak cukup.. Mana nak cekau duet lagi 2k? Dok pikir lagi dua minggu ni, kami kena cari gak rumah yang dekat dengan Mama Piya dan within our budget. Peningzz...

Inilah kehidupan menyewa rumah kek orang lain. Bila-bila masa sahaja, tuan rumah sesuka hati mak bapak die halau kami. DIa takde bagi time langsung untuk kami p cari rumah lain. Sedeh betul menikam kalbu. Kalau dulu takde anak kecik, takpa lah, takdok la risau sangat. La ni dah ada anak manis kami yang baru ajer masuk 5 bulan, hati gundah gulana, tiduq tak lena dok pk mana nak cari rumah ni..

Haish..  D'man tiap tiap malam muka rungsing jer. Cut perbelanjaan sini sana, masih tak dapat nak sediakan duit tu.. Dia risau pasal piya tu.. Aku pulak nyesal tak sudah tak buat simpanan awal-awal. Bukannya taknak simpan, tapi macam-macam dugaan untuk kami simpan duit tu.. Boleh dikatakan, kehidupan lepas kahwin ni lebih mencabar dari ketika aku single dulu.

Gaji 3k? Hmm.. tak cukup nak hidup di KL ni. Bayangkanlah mereka yang kurang dari itu? Tawakal...

Homeless? Mungkinlah kalau kami tak dapat cari rumah baru by the end of month. Dah ler bulan June ni ramadhan..Ya, allah.. apakah dugaan-Mu ini Ya Allah..(T.T):...








Friday, May 13, 2016

Masak dan Perempuan

Perempuan ni dikatakan kalau pandai masak memang akan menjadi calon isteri no 1. Kira bak kata orang dulu-dulu
" Nak pikat lelaki mestilah dari perutnya dulu".

Maksudnye kalau pandai masak, senang ler lelaki jatuh cinta. 

Jadi yang gf-gf kene ler rajin pass makanan ke bf-bf 

senang citer setiap kali jumpe cakap ngan bf ; takyah makan kedai,  
cakap jer

" i ada masak, meh ler makan kat umah sekali ngan bapak I."  ngeh~ngeh ngeh


Thursday, April 24, 2014

Pakai cam mak-mak orang! ???

Hari ni feeling nak pakai baju cantik ke ofis. Siap gosok baju malam-malam excited punya pasal. Baju hijau, skirt hitam, matchkan dengan tudung hijau corak bunga-bunga.. Sopan nampak nice, okey ler nak ke opis jer.Skali masuk ofis, ofis mate tegur.. 'Syira, pakai cam mak-mak orang hari ni..."
wuhuhuhuuu...haru... (T.T) 
Rupanya taste aku larikk bebenar dari age sebenar..balik kena selak-selak magazine fashion ler lepas ni.. 

Friday, January 31, 2014

Tensennya aku!

Tensennya aku bila control dvd hilang. Baru nak buka dvd senaman nak senam, baru nak dengar lagu sambil menulis di nexx-novel. Sumenye spoil the mood hari ni. Apa yang di plan tak jadi. Aku sangat tension. huhuhuhu...


Tayang jap barang yang dibeli hari ni sebaik sahaja gaji masuk miahahahaha...
ini jer yang buat aku happy dan melupakan kestressan di jiwa...
SHOPPING!!!!


Thursday, June 23, 2011

Celoteh cik nerra

haha,, dah lame tak hapdate blog termasuk ler blog nexx-novel, asal nak blogging jer,, pening kepala ler, takde mood ler.. terutama bile nak tulis novel punye sambungan, buka jer computer pinjam akak, siap dah baring2-baring, pasang lagu.. tapi dok mengadap juga computer tu tanpa buat apa-apa..

Bukan nexx malas nak blogging dah... tapi tahukah anda menulis memerlukan mooD huhuhu...
ye, sememangnyer nexx menulis ikut mood, kalu baek mood banyakler idea, ade sekali tu tengah naek ktm pun boleh dtng idea hahah.. best ler kaloo gitu kan..

Tapi bulan nih cam asyik nak demam jer, pening kepala, tak sihat... adess,.. ni tengah taip ni pun tangan gigil -gigil. tapi sebab ujan sejuk sangat kat luar tu, gigil2 kat opis nih ha...hahaha

Okeyler memandangkan nexx tengah takde idea, so nexx jejalan ler menjengah dari satu youtube ke youtube yang laien.. yer.. nexx mengular di opis sebab keje suma dah siap. walaupun weekend lambat lagi tapi dari pagi mood weekend n oliday dah meresap dalam badan nexx nih

Sambil tu otak dok pk camner nak balik nih, ujan kat luar tu lebat giler siap petir bagaila.. 

okeyler.. nexx terminat ngan make up pulak bulan nih, ase cam nak kuar dan make up skrang gak..


harap-harap tak horror cenggini ler bile nexx make up~