Sunday, January 27, 2013

Miracle tab tak miracle pun.

Nak bebel skit, aku ni dah guna miracle tab almost 2 months, tapi TAK MIRACLE langsung pun. Aku gunakan ex radiance sachet + miracle essence = RM 130 + RM 70.. fufufufu... Yang sachet tu ada 20 sachet jer, so that's mean every month 20 hari jer leh pakai, (sebab kena minum hari-hari kan). Tapi yang menghairankan, takde apa-apa perubahan pun pada diri aku.

Glowing? heh, can't help but laughing myself out..


My last sachet  akhirnya tak sabar nak berhenti dan  toner dia yang masih ada lagi haishh..... 


Ingatkan nak try test lagi another month, tapi kakak aku kata dah ler.... takde apa-apa perubahan pun. lets sing cukup-cukup sudah.. cukup sampai di sini sahaja...

Boyfren aku laks kata ' apsal makin gelap? ' fufufufufufu =.=. So niat itu dibatalkan. Buat perabih duit jer tiap-tiap bulan.

One of my friend said that it takes few months to show the  so call 'miracle' . Tapi testimoni diorang bukan-bukanlah, kata sebulan lah, seminggu ler.. popopopopopoyoo.. testimoni ulang-ulang sama dan dah lama pun nak pakai haishh. aku terpercaya dengan testi-testi inilah .

and yang aku got news updated, my friend tu pun dah tak pakai dah produk tu.. dia pakai produk lain sudah, yang rozita che wan tu pakai.. heh~ (again burst in laughter)

different size of it..


yang sachet tu, aku anggapler cam supplemen kan, aku minum jer rasa cam orange +susu, mula2 rasa cam pelik tapi lepas dah minum beberapa hari, bleh terimalah.., tapi yang aku tak berapa berkenan adalah high defination toner ni. Bila aku letak kat tangan nak tepek2 kat muka (cam aku selalu buat bile pakai hadalabo toner tu), mengalir ajer air tu.. geram aku!! Air paip ke ni!! Hadalabo pun tak mengalir camnie!.. nak taknak kene letak banyak2 baru ler boleh melekat kat muka aku..Bagi aku membazir ler.. dah ler RM70 , kecik berbanding hadalabo toner yang aku pakai ni harga sama gak.. boleh pakai setahun berkesan lak tu- terbukti okey, dulu kulit aku kering sampai mengelupas, tapi sekarang tak lagi and aku baru pakai setahun..(p/s: hadalabo putih ni untuk bagi kulit lembap)

Hmm... yang miracle tab ni, 3 bulan jer .Tapi kalau aku pakai ni, tak sampai 3 bulan asyik mengalir jer.. bazir bazir...

So conclusion nya, aku akan hentikan penggunaan miracle tab ini, aku nak try innershine pula. Murah dari miracle yang tak miracle ini, dan testi kakak aku. dia pakai lagi glowing dari aku hahaha!

So ini testimoni aku, mungkin berbeza bagi individu lain. Ciyau!

P/s : Lesson learnt, jangan mudah terpedaya dengan testimoni produk di internet.